MyKish.Brunei.Official

MyKish.Brunei.Official

Share

MyKish MagiKaler BALM Strawberry Energy Kiss

MASYA by MyKish

22/03/2019

Biskita kan ke KL dan mencari transportation Premium selesa dengan pemandu yg friendly? ane boleh try servis tip top 👍👍😊

23/02/2019

Happy National Day Brunei Darussalam 🇧🇳 🇧🇳 🇧🇳

12/02/2019

Agent di Seluruh Daerah Brunei diperlukan!

Masane kami buka untuk yg menjadi agent. Siapa berminat blih whats app us ya 8222778😊 tq

22/01/2019

Assalamualaikum. Semoga biskita dilimpahi rezeki dan perkara-perkara yang baik.
Ameen🤲 🤲😊😊

01/01/2019

Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan setia kami. Semoga tahun Baru ini lebih bermakna untuk kita semua😍😘

14/10/2018

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas👍

19/09/2018

[EKSKLUSIF]

Berita baik untuk wanita

✅ Kajian terkini yang di lakukan kepada 7663 wanita menunjukkan dengan meminum secawan susu soya setiap minggu dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 80%.

✅ Kesan yang sama juga boleh di perolehi untuk produk dari soya seperti tofu, tempeh, Miso dan lain lain.

✅ Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita.

✅ Selain itu, menyusu badan dan aktif dalam aktivititi fizikal juga merupakan factor penting untuk mengurangkan kanser merbahaya ini.

* Untuk makluman, ini merupakan kajian terbesar bagi kanser payudara yang melibatkan wanita yang telah di jalankan selama 14 tahun (2002- 2016)

Rujukan

Tan M-M, Ho W-K, Yoon S-Y, Mariapun S, Hasan SN, Lee DS-C, et al. (2018) A case-control study of breast cancer risk factors in 7,663 women in Malaysia. PLoS ONE 13(9): e0203469. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0203469

11/09/2018

Salam Maal Hijrah 1440 H. Semoga tahun ini Jauh lebih baik daripada tahun- tahun lepas.😊

22/08/2018

Salam eidul adha🕋🕋🕋🕋

14/08/2018

PREMENSTRUAL SYNDROME ( PMS )

PMS atau sindrom pra Haid adalah gabungan simptom yang diberikan kepada symptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan sesorang perempuan, 2 minggu sebelum period datang. Biasanya PMS akan jadi kurang bila period dah bermula dan akan hilang apabila berahirnya period.

Symptomnya berbeza antara individu. Yang paling biasa didapati adalah :

📌Mood swing
📌Rasa kemurungan, senang marah, senang terganggu
📌Sedeh, rasa cuak dan beremosi
📌Penat, susah nak tidur
📌Pening kepala
📌Perubahan pada selera makan – nafsu makan menjadi jadi ( mengidam macam-macam )
📌Susah untuk fokus
📌Rasa kembung
📌Perubahan pada kulit dan rambut
📌Buah dada kadang2 rasa bengkak dan kurang selesa
📌Cirit birit atau sembelit

Sebagaimana yang saya cakap tadi, symptom BERBEZA untuk individu, jika dilihat simptom-simptom ini akan ada pattern bila dah lama diperhatikan

Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat. Sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang dua minggu sebelum haid mereka bermula. manakala yang lain hanya mengalaminya dalam beberapa hari yang terakhir sebelum haid . Ramai wanita mendapati bahawa simptom-simptom PMS jadi semakin teruk apabila permulaan haid makin hampir.

Adalah perkara biasa bagi simptom-simptom PMS beransur hilang apabila haid anda bermula. Tetapi sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang tempoh haid mereka. PMS tidak semestinya berlaku setiap bulan. Anda juga boleh jadi takda langsung PMS untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia kembali semula selepas itu.

Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda. Tetapi kira-kira satu dalam 10 wanita dengan PMS terpaksa mengambil cuti kerana simptom yang teruk.

Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku kepada anda, jumpalah doktor. Mood yang berubah ini boleh membuatkan hubungan dengan rakan sekerja, suami dan anak-anak menjadi sukar.

Paling teruk, PMS boleh sebabkan seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri. PMS jenis ini, iaitu di mana simptom-simptomnya sangat teruk dan kebanyakannya adalah dari segi emosi dan kelakuan, kadang kala dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder - PMDD).

Apa sebabnya PMS ni ?

Sebab sebenar memang belum diketahui. Tapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah. Ada sesetengah wanita ini sensitif kepada perubahan paras hormon ni seterusnya menyebabkan timbulnya simptom-simptom yg tadi tu. PMS juga dikatakan ada kaitan dengan bahan neurotransmitter dalam badan seperti serotonin dan gamma-amino butyric acid (GABA). Tapi bukan semua wanita mengalami PMS ni

Mcm mana saya nak tahu saya ni ada PMS ke tidak ?

Anda seharusnya mencatat symptom yang anda ada tu dalam diari ke atau rekod dalam handphone anda yang canggih tu. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk 2 kali kitaran haid. Lepas tu jumpa Dr dan tunjukkan hasil rekod anda tu, nanti Dr akan menilai sama ada itu adalah PMS untuk anda atau tidak.

Tips menghadapi PMS

✅Kenal pasti bagaimana PMS menjejaskan anda dan keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan. Gunakan diari PMS anda untuk mengenal pasti setiap simptom dan bilakah ia bermula. Anda mungkin rasa PMS anda lebih terkawal jika anda boleh menjangka bila simptom-simptomnya mungkin akan bermula.

✅Apabila anda lebih memahami PMS anda, beritahulah orang yang terdekat dengan anda supaya mereka boleh faham kesannya terhadap diri anda.

✅Anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup yang akan memperbaiki kesihatan anda secara amnya dan mungkin membantu dalam menangani PMS. Ini termasuk:

✅Makan makanan yang seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleks dalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam.

✅Kerap bersenam. Sasarkan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi. Berenang, berbasikal atau berjalan laju adalah senaman yang elok.

✅Jika anda merokok, berhenti merokok.

✅Kurangkan atau berhenti meminum minuman keras.

✅Pastikan tabiat tidur anda adalah tetap.

✅ Pengurusan stres. Yoga dan senaman regangan lain serta senaman pernafasan dapat membantu. Senaman sememangnya bagus kerana ia boleh memperbaiki mood anda

✳️Jika dengan cara-cara di atas tak dapat membantu mengurangkan PMS, perlu berjumpa doktor. Anda akan dimulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan lain jika difikirkan perlu

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

15/07/2018

Daulat Tuanku

04/07/2018

Jangan lupa penjagaan bibir juga untuk bibir kelihatan lebih cantik & sihat. .
Semua mesti taknak bibir kering kontang, terkopek & mudah luka betul tak? .
Pilihan Terbaik?
Hanya dengan MyKish™️ GOLD MagiKaler BALM Strawberry Energy Kiss 💄🍓💋😘

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Gadong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Gadong
Gadong