Zakirin Osman

Zakirin Osman

Share

Ilmu santai kesihatan berdasarkan sains & pengalaman sebenar. Reflux, obesiti, diabetes & darah tinggi, semuanya berpunca daripada ketidakseimbangan hormon.

IFLK bantu reset hormon secara semula jadi & mula pemulihan tubuh dari akar, bukan sekadar ubat.

03/08/2026

"Kolesterol tinggi! Mati dah aku..."

Itulah ayat yang selalu keluar bila orang tengok Lipid Profile. Aku p**a lain sikit. Aku tak terus panik tengok LDL. Mata aku akan cari dulu TG dengan HDL.

Cara aku tengok kalau bacaan LDL di bawah 5.0 mmoL, kebiasaannya masih okey. Tapi jangan tengok LDL sahaja. Tengok juga bacaan TG dan HDL.

Kalau bacaan LDL di bawah 3.0 mmoL, aku akan mula tertanya tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku pada metabolisme badan. Jangan cepat anggap lagi rendah lagi bagus. Kalau bacaan LDL melebihi 7.0 mmoL, semak dulu sama ada ada faktor keradangan (inflammation) dalam badan. Jangan terus salahkan kolesterol.

Kemudian tengok p**a bacaan TG dan HDL. Kalau bacaan HDL lebih tinggi daripada bacaan TG, itu petanda yang lebih baik. Badan semakin cekap menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.Kalau bacaan TG lebih tinggi daripada bacaan HDL, itu petanda badan masih banyak bergantung kepada gula sebagai tenaga. Sudah sampai masa ubah gaya hidup.

Kalau bacaan TG dan HDL hampir sama, teruskan usaha. Masih ada ruang untuk memperbaiki metabolisme.

Sebenarnya, Lipid Profile bukan sekadar melihat jumlah kolesterol. Aku lebih s**a melihat trend metabolisme, iaitu sama ada badan lebih banyak menggunakan gula atau lemak sendiri sebagai sumber tenaga.Bila kita faham bahasa tubuh, kita tak mudah panik bila tengok keputusan darah. Kita akan lebih faham kenapa sesuatu bacaan berubah dan apa yang perlu diperbaiki.

Semua ini dah di susun langkah demi langkah dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan. Bermula dengan memahami bahasa tubuh, bagaimana insulin bekerja, kenapa metabolisme boleh rosak, sehinggalah panduan apa yang sesuai dimakan selepas Intermittent Fasting (IF). Bila ada ilmu, kita bukan sekadar ikut ikut, tetapi faham apa yang sedang berlaku di dalam badan.

penjelasan lengkap di sini:

https://sakitbukansumpahan.my/

02/08/2026

Ramai orang tengok keputusan Lipid Profile semata mata pada angka kolesterol. Hakikatnya, ada perkara yang lebih penting untuk diperhatikan, iaitu corak atau trend metabolisme badan.

Mengikut pendekatan ilmu kesihatan, inilah antara perkara yang boleh dijadikan panduan awal:

LDL bawah 5.0 mmoL kebiasaannya masih baik, tetapi jangan nilai LDL sahaja. Lihat juga nisbah Triglycerides (TG) dan HDL.

LDL bawah 3.0 mmoL tidak semestinya semakin rendah semakin bagus. Ia perlu dinilai bersama keseluruhan bacaan lipid dan keadaan metabolik seseorang.

Manakala LDL melebihi 7.0 mmoL jangan terus panik. Periksa juga sama ada terdapat faktor keradangan (inflammation), tekanan metabolik atau masalah kesihatan lain yang sedang berlaku.

Satu lagi petunjuk yang sangat menarik ialah hubungan antara TG dan HDL:

Jika HDL lebih tinggi daripada TG, ini biasanya memberi gambaran metabolik yang lebih baik.

TG lebih tinggi daripada HDL ini petanda badan mungkin sedang bergantung kepada gula sebagai sumber tenaga utama. Sudah tiba masanya untuk menilai semula gaya pemakanan dan gaya hidup.

Jika TG dan HDL hampir sama, ini satu permulaan yang baik, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki.

Apa sebenarnya yang cuba ditunjukkan oleh Lipid Profile?

Bagi saya, ujian ini bukan sekadar mengukur berapa tinggi kolesterol, tapi memberi gambaran bagaimana badan menghasilkan dan menggunakan tenaga.

Jika badan semakin cekap menggunakan lemak badan sendiri sebagai sumber tenaga, hati akan menghasilkan lebih banyak lipoprotein untuk mengangkut trigliserida ke tisu yang memerlukannya. Sebab itu, perubahan pada bacaan LDL tidak boleh dinilai secara berasingan tanpa melihat gambaran keseluruhan.

Sebaliknya, apabila seseorang terlalu bergantung kepada makanan tinggi karbohidrat dan gula setiap hari, corak metabolisme akan berubah. Lama kelamaan bacaan TG boleh meningkat manakala nisbah TG dan HDL menjadi kurang baik. Inilah antara petanda awal bahawa kesihatan metabolik mungkin semakin merosot.

Sebab itu, jangan terlalu fokus kepada satu nombor sahaja. Fahami keseluruhan cerita di sebalik keputusan darah anda. Apabila kita memahami bagaimana badan berfungsi, lebih mudah untuk membuat perubahan yang membantu badan kembali kepada keadaan asal yang lebih sihat.

Dalam Ebook Sakit Bukan Sumpahan, saya kongsikan kefahaman tentang bahasa tubuh badan supaya anda lebih faham mengapa sesuatu simptom berlaku, apa yang cuba disampaikan oleh badan, dan apakah tindakan awal yang lebih bijak untuk dipertimbangkan.

Penjelasan lengkap di sini:

https://sakitbukansumpahan.my/

01/08/2026

"Nak kurus, kena bersenam dulu."

Inilah antara mitos paling besar yang menyebabkan ramai orang gagal.Ramai yang datang dengan berat badan berlebihan, gula tinggi, tekanan darah tinggi, malah ada yang cepat penat dan sakit sendi.

Tetapi nasihat pertama yang mereka selalu terima ialah "pergi jogging." Kena lari setiap hari, "buat HIIT". Masalahnya kalau punca badan rosak ialah Insulin Resistance akibat terlalu lama mengambil karbohidrat ringkas dan gula berlebihan, adakah bersenam sahaja mampu menyelesaikan puncanya?

Fokus paling utama ialah pulihkan hormon dan metabolisme badan terlebih dahulu.

1) Amalkan Intermittent Fasting secara berperingkat.
2) Utamakan protein haiwan yang berkualiti seperti telur, ayam, ikan dan daging supaya lebih kenyang dan cukup nutrisi.
3) Tambahkan sayuran secukupnya untuk menyokong kesihatan usus.
4) Lengkapkan keperluan nutrisi dengan suplemen berkualiti jika perlu.

Apabila berat mula turun, gula darah semakin stabil dan badan menjadi lebih ringan,barulah senaman menjadi hadiah untuk badan. Ketika itu berjalan, berjoging atau mengangkat berat bukan lagi satu seksaan, tetapi aktiviti untuk membina otot, meningkatkan kecergasan dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Jangan terbalikkan proses, bukan bersenam dahulu untuk kurus, tapi pulihkan metabolisme dahulu, badan akan mula melepaskan lemak simpanan.

Jika anda masih keliru kenapa sudah bersenam tetapi berat s**ar turun, mungkin anda sedang fokus pada simptom, bukan puncanya.

Ebook Sakit Bukan Sumpahan ni sesuai untuk mereka yang nak faham tentang Insulin Resistance, Intermittent Fasting dan cara makan yang membantu badan kembali menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

Klik link dan mula faham bahasa tubuh anda sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

30/07/2026

Selain mengurangkan gula dan karbohidrat proses, ada satu lagi perkara yang ramai orang moden kekurangan...

Cahaya matahari.

Ramai sibuk cari ubat, tetapi lupa badan kita memang direka untuk berinteraksi dengan cahaya matahari setiap hari.

Dalam ilmu kesihatan, kita bukan sekadar bincang pasal makan. Kita juga bincang tentang gaya hidup yang membantu badan kembali berfungsi dengan lebih baik.

1) Kurangkan gula dan makanan ultra proses.

2) Dapatkan protein yang mencukupi.

3) Tambahkan sedikit suplemen berkualiti untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian.

4) Berpuasa secara berperingkat.

5) Bergerak setiap hari.

6) Luangkan masa mendapat cahaya matahari pagi.

Bila insulin semakin terkawal dan gaya hidup berubah, ramai mula nampak perubahan pada bacaan kesihatan mereka.

Kalau nak faham bagaimana insulin, pemakanan dan gaya hidup saling berkait, saya ada terangkan dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan.

Klik link dan mula faham bahasa tubuh anda sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

29/07/2026

2 tahun lepas:

Salleh - "Aku tiap² hari bedal ja karbo dan manis tak ada nak pantang². Elok ja badan aku, kurus ja."

Aku - Badan kau tak serius lagi Insulin Resistance symptom, boleh la seronok.

Minggu lepas:

Salleh - "wehh, kenapa gula aku 13mmol/L ja taknak turun?"

Aku - "Kau kurus kan. Seronok tak?"

Ramai orang sangka kurus tu sihat.Hakikatnya, tak semestinya. Ada orang badannya kurus, tapi lemak berkumpul di tempat yang lebih bahaya, di sekeliling organ dalaman. Bila ruang simpanan lemak bawah kulit dah terhad, lebihan tenaga mula parking di hati, pankreas dan organ lain. Luar nampak slim tapi dalam dah mula sesak. Sebab tu ada orang tak buncit sangat, tak gemuk sangat, rapi darah tinggi datang, kencing manis datang, fatty liver pun datang.

Jangan tunggu badan bagi amaran melalui bacaan gula tinggi baru nak berubah. Kadang² badan dah beri amaran bertahun tahun, cuma kita yang tak faham bahasa dia.

Kalau nak faham kenapa perkara ni boleh berlaku, macam mana insulin resistance bermula dan apa langkah pemakanan yang boleh membantu mengurangkan risikonya, saya kongsikan semuanya dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan

Sebelum badan bersuara melalui penyakit, lebih baik kita belajar memahami isyaratnya.

klik link dan dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

26/07/2026

Nak Sihat? Nak Kurus? Pinggan Kamu Kena Betul Dulu. Jangan fokus nak kurangkan makan. Fokus betulkan apa yang kita makan.

Bayangkan pinggan kita macam satu pas**an bola. Kalau 80% pemain tu penyerang, memang haru biru. Tak ada siapa nak bertahan. Begitu juga pinggan kita.Protein sepatutnya jadi pemain utama. Sekitar 40 ke 60% daripada pinggan.Ayam,ikan,daging dan telur.Makan lauk sampai kenyang.

Badan kita dibina daripada protein. Otot perlukan protein. Hormon perlukan protein. Sistem imun pun perlukan protein.

Sayur hijau p**a sekadar pelengkap, dalam 20% pun dah memadai. Ia membantu tambah rasa kenyang, membekalkan serat dan menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus. Tapi jangan ingat lagi banyak lagi bagus.
Ada orang semangkuk pinggan penuh sayur, lepas tu sembelit.

Sayuran bawah tanah seperti kentang, keledek dan seumpamanya mengandungi lebih banyak kanji dan karbohidrat. Kalau nak makan, ambillah sedikit sahaja. Sekitar 10 ke 15% daripada pinggan.

Nasi p**a macam mana?. Ini yang ramai terbalik.Nasi dijadikan makanan utama, lauk jadi penumpang. Sedangkan nasi hanyalah sumber tenaga. Kalau kerja berat, bers**an atau memang menggunakan tenaga yang tinggi, sedikit nasi boleh membantu. Tetapi kalau kerja lebih banyak duduk, nasi satu gunung tu nak dibakar dengan apa?..

Gandum dan gula p**a kalau boleh, elakkan.
Kalau tak mampu elak terus, jarangkan.

Minuman terbaik?.Air kosong, tak perlu fancy, tak perlu warna warni. Tak perlu ada 17 sudu gula.

Akhir sekali beri peluang perut berehat. Puasa 12 hingga 16 jam sehari termasuk waktu tidur. Bukan sebab nak seksa diri, tapi supaya badan ada masa membaiki sel, mengimbangkan hormon dan menggunakan tenaga yang tersimpan. Kadang² masalah kita bukan sebab makan sikit.
Tetapi sebab terlalu kerap makan.

Ramai sangka sihat itu mahal. Sebenarnya yang mahal ialah bila kita terpaksa bayar harga sebuah penyakit.

Bila faham ilmu bahasa badan, kita tak lagi bergantung pada produk atau diet viral. Anda akan tahu apa yang perlu dibuat dan yang lebih penting, kenapa perlu dibuat.

Dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan dan faham bahasa tubuh anda sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

25/07/2026

"Saya Tak Mimum Manis Dan Ambil Gula Banyak Pun".

Ada seorang abang ni datang sembang dengan saya, dia kata "Saya tak makan gula banyak pun".

Saya pun tanyalah dia
"Sehari makan apa?"

Dia jawab dengan penuh yakin. 8 pagi pekena roti canai banjir dengan air kosong.

-11 pagi saya makan terus berat nasi campur dengan air kosong.

-4 petang makan ringan² ja kuih muih dengan mee goreng mamak dgn air kosong

-Pukul 7 sebelum maghrib makan nasi kt rumah dengan air kosong.

-Pukul 9 malam balik surau kadang g lepak kedai pekena beger ja dengan air kosong.

-Malam kat rumah kadang lewat sikit tidur tu lapar saya makan megi dengan air kosong.

Lepas habis cerita, dia pandang saya. "Nampak kan? Saya tak minum manis pun."

Saya pun senyum dan jawab..
"Betul bang... air memang kosong, tapi pinggan abang tu tak kosong." 😅😅

Badan kita tak kenal nama makanan. Badan kita cuma tahu "Oh... glukosa datang lagi." Sebab tu ramai orang pelik. "Eh...aku tak makan gula sangat pun. Macam mana boleh kena kencing manis?" Hakikatnya yang menaikkan insulin bukan gula putih sahaja. Karbohidrat yang terlalu kerap sepanjang hari pun buat insulin bekerja tanpa henti.

Bila insulin sentiasa tinggi, lemak susah dibakar, badan cepat lapar, perut makin maju ke depan. Itulah sebabnya dalam ilmu pemakanan, kita tak suruh takut gula semata mata, kita belajar faham bagaimana badan berfungsi.

Sebab itu, menjaga kesihatan bukan sekadar buang gula dalam minuman.
Yang lebih penting ialah memahami jumlah dan kekerapan karbohidrat yang masuk ke dalam badan.
Ramai yang sangka mereka sudah jaga makan,tapi sebenarnya mereka cuma menukar air manis kepada air kosong, sedangkan glukosa tetap masuk berkali kali sehari melalui makanan.

Dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan, saya terangkan semuanya dengan bahasa yang mudah difahami supaya anda faham kenapa berat susah turun, kenapa cepat lapar, dan kenapa penyakit metabolik boleh berlaku walaupun rasa diri tak makan gula sangat.

Ilmu yang betul akan mengubah cara kita melihat makanan sebelum makanan mengubah kesihatan kita.

Klik link dan mula faham bahasa tubuh anda sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

23/07/2026

Kenapa lelaki selalu nampak buncit dulu, tapi wanita p**a mula berubah selepas menopaus?. Kalau kita masih percaya semua orang gemuk hanya sebab terlebih kalori, soalan ini s**ar dijawab. Hakikatnya, tubuh manusia bukan sekadar mesin kira kalori. Ia dikawal oleh hormon.

Wanita yang masih mempunyai hormon estrogen dan estradiol pada paras normal lazimnya lebih cenderung menyimpan lemak di bahagian punggung, paha dan payudara. Dari sudut metabolik, simpanan lemak di kawasan ini secara umumnya kurang berisiko berbanding lemak yang berkumpul di dalam rongga abdomen (visceral fat).

Sebab itu ramai wanita ketika usia muda kelihatan tidak terlalu buncit walaupun berat badan meningkat.Tetapi apabila memasuki fasa menopaus, perubahan hormon berlaku. Lemak mula lebih mudah berkumpul di bahagian perut. Pada ketika inilah risiko penyakit metabolik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung juga mula meningkat jika gaya hidup tidak berubah.

Lelaki p**a mempunyai cabaran yang berbeza. Secara semula jadi, lelaki lebih bergantung kepada j***m otot yang baik untuk membantu penggunaan tenaga dan penyimpanan glukosa. Apabila otot semakin berkurang akibat kurang bersenam, kurang protein atau peningkatan usia, lebihan tenaga lebih mudah disimpan sebagai lemak, terutama di bahagian perut. Sebab itulah dua orang makan jumlah nasi yang sama, tetapi hasilnya boleh berbeza. Seorang kekal sihat. Seorang lagi semakin buncit.

Kerana badan mereka tidak dikawal oleh hormon dan metabolisme yang sama. Inilah yang ramai tidak diajar. Mereka hanya diajar kira kalori. Sedangkan badan manusia mengira hormon.

Dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan saya dah terangkan semuanya.Bukan untuk menyuruh anda takut makan.Tetapi supaya anda faham bagaimana metabolisme berfungsi, bagaimana hormon mempengaruhi pembakaran dan penyimpanan lemak, dan kenapa penyelesaian sebenar bukan sekadar makan kurang, bergerak lebih.

Apabila kita faham , kita akan berhenti menyalahkan diri sendiri. Kita mula memahami badan sendiri dan dari situlah perubahan sebenar bermula.

Klik link di bawah dan mula faham bahasa tubuh anda sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

22/07/2026

Saya tak makan gula pun. Ayat itulah yang paling kerap saya dengar. Bila tanya apa yang dimakan setiap hari...
Roti pagi. Mee tengah hari. petang kuih dengan petang. Malam makan lagi megi,beger dan air manis sebelum tidur.

Hakikatnya, gula bukan datang daripada air manis sahaja. Semua makanan tinggi karbohidrat yang cepat dipecahkan menjadi glukosa juga memberi beban kepada insulin.
Ramai ingat penyakit datang secara tiba². Sebenarnya tidak. Ia bermula bertahun tahun lebih awal, ketika badan dipaksa mengeluarkan insulin terlalu tinggi setiap kali kita makan. Lama kelamaan, sel badan mula pekak terhadap insulin. Isyarat insulin semakin s**ar diterima. Gula p**a tidak dapat masuk ke dalam sel dengan baik. Akhirnya gula mula berkumpul di dalam darah.

Bila diperiksa, doktor kata, "Awak dah ada kencing manis."

Tapi cerita tidak berhenti di situ. Gula yang sentiasa tinggi boleh bergabung dengan protein dalam badan melalui proses yang dipanggil glycation. Proses inilah yang boleh merosakkan dinding salur darah sedikit demi sedikit. Salur darah menjadi kurang anjal, tekanan darah meningkat, dan risiko serangan jantung, strok serta kerosakan buah pinggang turut meningkat. Dalam banyak kes, faktor lain seperti keradangan, tekanan darah yang tidak terkawal dan gangguan metabolik juga memainkan peranan.

Yang menyedihkan ramai masih berkata, "Tak apa, hidup sekali." Sedangkan setiap hari mereka masih mengambil makanan tinggi gula dan karbohidrat tanpa kawalan. Bukan kerana mereka degil. Tetapi kerana mereka tidak pernah diajar bagaimana metabolisme badan sebenarnya berfungsi.

Jangan tunggu Hba1c naik. Jangan tunggu darah tinggi. Jangan tunggu buah pinggang rosak. Jangan tunggu doktor kata kena cucuk insulin.

Belajar sebelum terlambat. Bila kita faham bagaimana insulin bekerja, kita akan faham kenapa mengawal pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat adalah antara langkah penting untuk menjaga kesihatan metabolik.

Ilmu dahulu. Barulah tindakan kita betul. Kerana penyakit metabolik bukan muncul dalam seminggu. Ia dibina sedikit demi sedikit daripada apa yang kita pilih untuk makan setiap hari.

klik link dan dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan sekarang:

https://sakitbukansumpahan.my/

21/07/2026

Ramai kata otak perlukan gula. Kawan kata jangan makan lemak. Google p**a kata Keto rosakkan buah pinggang. Jadi... nak ikut siapa?

Saya pernah berada di tempat itu. Setiap kali cuba berubah, ada sahaja orang bagi pendapat. Sorang suruh makan ikut piramid makanan. Sorang lagi kata nasi wajib sebab otak perlukan gula. Ada p**a yang takutkan telur dan daging. Akhirnya saya sedar masalahnya bukan sebab kita kurang maklumat. Tapi sebab kita terlalu banyak salah maklumat.

Ramai tak sedar bahawa apa yang kita percaya selama ini mungkin hanyalah mitos yang diulang berkali kali sehingga dianggap fakta.

Ilmu metabolik mengajar kita satu perkara, badan manusia bukan rosak kerana kekurangan nasi. Tetapi ramai yang rosak kerana terlebih tenaga yang tidak digunakan.

Kalau kita asyik rawat simptom tanpa memahami puncanya, sampai bila pun kita akan bergantung kepada ubat.
Sebab itu saya selalu tanya,kita lebih s**a makan ubat seumur hidup atau belajar menjaga badan supaya kurang bergantung kepada ubat?

Ilmu sentiasa lebih murah daripada kos sebuah penyakit. Kalau benar² nak faham bagaimana badan menghasilkan tenaga, apa itu insulin resistance, kenapa lemak bukan musuh, dan kenapa IFLK semakin mendapat perhatian dalam dunia metabolik...

Tubuh manusia sebenarnya boleh menghasilkan glukosa sendiri apabila diperlukan melalui proses gluconeogenesis. Sebab itu, karbohidrat bukan satu satunya sumber tenaga untuk badan. Bila kita faham cara metabolisme berfungsi, barulah kita tidak mudah percaya kepada mitos yang berlegar di media sosial.

Ramai menyesal selepas sakit. Jarang orang menyesal kerana belajar awal. Ilmu metabolik bukan untuk membuatkan kita takut kepada makanan, tetapi supaya kita faham kenapa badan menjadi sakit dan bagaimana membuat pilihan yang lebih baik.

klik link dan dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan sekarang.

https://sakitbukansumpahan.my/

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Melaka
Alor Gajah