Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang

Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang

Share

Persatuan ini merupakan wadah perjuangan buat Ahli Fisioterapi di negeri Pulau Pinang untuk mengadakan sebarang aktiviti dan program demi memajukan profesion.

13/08/2026

π™…π˜Όπ™‚π˜Ό π™…π˜Όπ™‰π™π™π™‰π™‚ & π˜Ύπ™€π™‚π˜Όπ™ƒ π™Žπ™π™π™Šπ™†
🌟 Sempena Hari Fisioterapi Sedunia – Peringkat Pulau Pinang 🌟

Jom ramai-ramai hadir ke Karnival Kesihatan 2026 yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk anda seisi keluarga! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau

🎟️ MASUK PERCUMA!

Ayuh tingkatkan kesedaran tentang penjagaan jantung dan pencegahan strok sambil meluangkan masa bersama keluarga dan komuniti. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat, pemeriksaan kesihatan serta menyertai pelbagai aktiviti menarik!

πŸ“£ 𝖣𝖠𝖳𝖠𝖭𝖦𝖫𝖠𝖧 𝖑𝖀𝖱𝖠𝖬𝖠𝖨-𝖱𝖠𝖬𝖠𝖨!

❀️ Jaga Jantung, Cegah Strok, Hidup Lebih Sihat!

Anjuran:
Perkhidmatan Fisioterapi Kesihatan Awam Pulau Pinang
dengan kerjasama
Jawatankuasa Teknikal Fisioterapi Pulau Pinang

21/03/2026
Photos from Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang's post 24/01/2026

Kursus Mesin ESWT Piezowave2

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Kursus Mesin ESWT Piezowave2 khususnya Ahli Jawatankuasa Penganjur, jemputan daripada Kedah, dan Ahli Fisioterapi yang bertugas di fasiliti kesihatan kerajaan di negeri Pulau Pinang (perubatan dan kesihatan awam).

Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada penceramah kursus ini, Encik Mohd Nazrie Bin Ishak, seorang Ahli Fisioterapi yang sangat berpengalaman terutama dalam pengendalian modaliti elektro-terapi serta pelvic health, men's health dan women's health.

Penerangan dan perkongsian mengenai aspek teoretikal oleh beliau dalam kursus ini sangat jelas dan mudah difahami.

Selanjutnya semua peserta didedahkan dengan aplikasi mesin dalam sesi praktikal. Seusai praktikal, semua perlu membuat pembentangan berdasarkan senario yang diberi. Praktis seperti ini menjadikan sesi pembelajaran benar-benar meresap ke dalam minda, πŸ˜‰.

Tidak lupa juga kepada Senator YB Lingesh RA, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr. Goh Hin Kwang, mantan Ketua Unit Fisioterapi Hospital Pulau Pinang, Rajpal Singh, dan dif kehormat yang lain yang sanggup meluangkan masa untuk turut serta dalam kursus ini.

Adalah menjadi harapan agar semua yang hadir mendapat manfaat daripada kursus pada hari ini dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pesakit.

Amalan klinikal yang baik mestilah berteraskan praktis yang tepat dan berasaskan bukti empirikal.

Semoga Profesion Fisioterapi semakin berkembang dan menjadi tonggak dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Hospital Pulau Pinang
24 Januari 2026

Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang
Lim Guan Eng
Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
RSN Rayer, Jelutong
Syerleena Abdul Rashid
Ramkarpal Singh

Photos from Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang's post 17/01/2026

Sidang Media Penyerahan Mesin Shockwave Therapy Piezowave2 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa kenamaan daripada ADUN dan Ahli Parlimen di negeri Pulau Pinang dan juga Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin.

Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang, Encik Rajpal Singh atas kesungguhan dan iltizam dalam usaha menjayakan sumbangan mesin Shockwave Therapy Piezowave2 semenjak awal tahun 2025.

Encik Rajpal Singh telah merintis jalan agar perkhidmatan fisioterapi diperkukuhkan di Hospital Pulau Pinang melalui kerjasama Persatuan Fisioterapi dan Kecergasan Pulau Pinang bersama ADUN dan Ahli Parlimen di negeri Pulau Pinang.

Dengan adanya mesin berteknologi tinggi dari Jerman ini, pastinya perkhidmatan fisioterapi kepada para pesakit akan menjadi lebih efektif seterusnya memberi kelebihan kepada masyarakat setempat agar dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan bebas kesakitan.

Kerjasama erat yang dibentuk oleh beliau bersama ADUN dan Ahli Parlimen di negeri Pulau Pinang menunjukkan kesepaduan tenaga di antara NGO dan kerajaan, seiring hasrat yang sering digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerangka polisi kerajaan madani.

Terima kasih atas jasa dan sumbangan mesin untuk perkhidmatan fisioterapi di negeri Pulau Pinang.

Penghargaan kepada:

YB Lim Guan Eng
YB Senator Lingesh RA
YB RSN Rayer, Jelutong
YB Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
YB Syerleena Abdul Rashid
YB Ramkarpal Singh
Dato' Sri Ng Ting Soo

17 Januari 2026
Hospital Pulau Pinang

Photos from Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Pulau Pinang's post 24/12/2025

Selamat Bersara kepada Encik Rajpal Singh!

Setinggi penghargaan dititipkan atas segala jasa bakti sepanjang 37 tahun perkhidmatan di sektor kerajaan.

Encik Muhammad Hizami Mustafa Mustafa selaku Ketua Bidang Fisioterapi Pulau Pinang mewakili rakan setugas dalam Profesion Fisioterapi Pulau Pinang (termasuk di Perubatan, Kesihatan Awam dan kader di Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan ahli Persatuan Fisioterapi dan Kecergasan Pulau Pinang mengucapkan selamat bersara kepada Encik Rajpal Singh.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir semasa majlis persaraan Encik Rajpal Singh antaranya Dr. Goh Hin Kwang (Pengarah Hospital Pulau Pinang), Dr. Shameni (Pengarah Hospital Seberang Jaya), Dr. Wong Kar Ming (Pengarah Hospital Balik Pulau), Dr. Prashant (Pengarah Hospital Bukit Mertajam), Encik Helmi Hashim (Ketua Profesion Fisioterapi Kebangsaan) dan lain-lain.

Kepada Encik Rajpal Singh, jasa dan perjuanganmu akan sentiasa dikenang.

27/09/2025

D'bendang Physio Fun Run 2025

Website