Therapist Runner
Massage Therapy using Acupressure Techniques. Tukang Urut titik Saraf
27/11/2025
Tengahari tadi ada buat rawatan outcall di Hospital Pengajar UPM untuk pesakit masalah kanser lymphoma. Ini adalah rawatan kali kedua selepas kali pertama pada hari ahad lepas.
Pesakit ini seorang wanita berusia 75 tahun dengan keadaannya ada 5 tiub di tubuhnya. Tiub pertama, tiub nasogastrik iaitu di hidung bagi menyalurkan susu atau ubat-ubatan terus ke perutnya. Kedua, tiub pada peparunya bagi mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam organ tersebut. Tiub ketiga, kateter urin iaitu bagi mengeluarkan air kencing ke dalam beg saliran. Dan tiub terakhir, dua-duanya tiub fistula pada kedua celah ari di kakinya bagi tujuan dialisis. (bayangkan macamana nak merawatnya๐๐)
Pertama kali merawatnya pada ahad lepas, aku merawat sekadar yang mampu di tekan kerna kekakangan point untuk di tekan dan keadaan pesakit yang sangat lemah ketika itu. Tapi aku yakin sahaja tika merawatnya kerna ada pengalaman yang lebih kritikal dari pesakit ini.
Alhamdulillah keesokkan harinya (hari isnin) anak pesakit tersebut WhatsApp aku, mengatakan ibunya kencing begitu banyak hingga penuh beg urin tersebut dan kedua-dua kaki yang sembab kembali normal sedikit. Terus sahaja anaknya menyuruh aku kembali merawat ibunya. Tapi hari tersebut aku menerima berita mengejut di kampung halaman, nenek isteriku meninggal dunia.
Jadi rawatan hanya mampu di lakukan pada hari ini. Alhamdulillah aku melihat keadaan makcik ini sangat ceria serta mampu berbual dengan aku lagi. Bila di rawat pada tubuhnya, banyak point saraf sudah baik dari sebelumnya dan mampu minum sedikit air di mulutnya tanpa tersedak. SYUKUR ALHAMDULILLAH..
Siap merawat makcik tersebut, terus aku ke Semenyih merawat pesakit masalah Bell Palsy. Ini adalah kes dua aku merawat kes yang serupa pada bulan ini. Penyakit ini keadaan yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan sementara pada otot sebelah muka, biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Esok ada lagi buat rawatan outcall di luar untuk rawatan susulan penyakit fatty liver. Semoga aku terus kuat berbakti kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan selagi hayat di kandung badan.
Amin Ya Rabbal Alamin (ุขู
ูู ูุง ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู)
Ciri karakter seorang perawat alternative perlu memahami kondisi pesakit terlebih dahulu sebelum melakukan sesi rawatan. Selain itu kesabaran dalam melayani karenah pesakit kerna ia juga sebahagian terapi dalam mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi seseorang. Ini penting bagi mengurangkan kesakitan dan sesi pemulihan berjalan dengan lebih efisen.
Tapi perlu di ingatkan, pemulihan bukan berlaku secara serta merta setelah rawatan di jalankan. Tak kan sakit bertahun, rawat sekali terus sembuh? Itu magic namanya..
Satu ayat yang selalu aku ucapkan pada para pesakit, aku sekadar berusaha sebaik
mungkin tapi Allah jua Maha Penyembuh.
Alhamdulillah sudah 15 tahun dalam bidang kerja perawat ini. Semoga Allah merahmati semua pesakit yang pernah mendapatkan rawatan daripada aku samaada masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal Alamin (ุขู
ูู ูุง ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู)
19/06/2025
Selalu jumpa masa acara larian dan ada la sesekali terjumpa kat luar tapi belum pernah cuba rawatan daripada aku. Lama dah kenal bro ni sejak dari zaman kegemilangan kelab larian Chap Ayam Runner lagi.
Terima kasih bro Mohd Hailmi kerna sudi mencuba rawatan alternative dari aku. Semoga cepat sembuh dari kecederaan di ankle kaki dan dapat berlari seperti sediakala.
13/06/2025
Alhamdulillah selesai rawatan pesakit yang 5 malam ini.. rezki pesakit terakhir ini baru pulang bercuti di kota London. Dapat la sikit buah tangan dari sana, semoga ada rezki dapat buat rawatan di sana suatu hari nanti. InnShaAllah..
**Pagi tadi sempat la berlari sikit sebelum berhempas pulas mencari sesuap nasi, hidup ini keras tapi kena la balance dengan aktiviti kecergasan. Kalau sakit langsung tak boleh bekerja**
28/12/2024
Hampir seminggu lebih tidak berlari terasa berat sekali bila membuka langkah. Begitu jua lah jika anggota badan tidak di manja dengan berurut secara rutin akan terasa lesu tika hendak mulakan rencana hidup seharian.
Ajom manjakan diri๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
Pakej Full body
Half body
Full body + kesejahteraan lelaki
04/11/2024
Ada program setengah hari bersama Lppkn WP Kuala Lumpur bersempena Hari Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
23/09/2024
About me Tukang urut berjantina lelaki Mengurut lelaki Urutan Acupressure (tekan titik saraf)- Relaxing Incall (centre Seksyen 3 Bangi) & Outcall area Putrajaya, Kajang, Semenyih - Klang Valley Add on transport fee untuk luar kawasan coverage (KL/Selangor/Semenanjung Malaysia)
15/07/2024
I got 2 reactions on my recent top post! Thank you all for your continued support. I could not have done it without you. ๐๐ค๐
Inspiration comes from within yourself. One has to be positive. When you're positive, good things happen.
19/05/2024
Inspiration comes from within yourself. One has to be positive. When you're positive, good things happen.
22/04/2024
Tahukah dengan memicit atau mengosok di sekeliling telinga dapat membantu kita mencegah dari pelbagai jenis penyakit?
Telinga juga merupakan saraf keseimbangan badan seseorang kerna ia adalah saraf organ pinggang. Cuba kita letakkan kedua2 gambar organ pinggang dan telinga, kelihatan ada persamaan pada bentuk atau rupanya.
Saya sendiri selalu mempraktikkan memulas serta memicit di sekeliling kedua2 belah telinga untuk mengkoordinasikan kesihatan secara holistic.
Ia juga di antara titik saraf popular jika saya merawat pesakit tidak kira apa jua penyakit.
Ajom amalkan..๐๐ป๐๐ป
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bangi
43650