Candy Lush Cosmetics
Candy Lush Cosmetics
25/01/2020
🌟5 TIPS ATASI MASALAH BIBIR GELAP AKIBAT LIPSTIK🌟
Anda tentu tak mahu bibir bertukar warna yang tidak mempesonakan, ye tak❓ Ok. Mari lihat 5 tips di bawah ini untuk memastikan bibir tidak menjadi gelap akibat menggunakan lipstik atau gincu.
💛Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan ‘makeup remover’. Jangan digosok terlalu kasar, cuba lap secara perlahan-lahan kesan gincu itu sehingga bersih.
🧡Selain ‘makeup remover’, anda juga boleh mengggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk menanggalkan kesan warna pada bibir.
💛Seminggu sekali, disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Ini dapat memastikan semua pigmen warna dari lipstik atau gincu yang anda pakai dapat dibersihkan sepenuhnya dan dapat mengelakkan akumulasi pigmen. Mudah saja nak buat scrub bibir ni. Anda boleh gunakan campuran gula dan madu saja. Bibir pun boleh menjadiu lembut, lembap dan tidak mengelupas.
🧡Sebelum mengoles sebarang gincu atau lipmatte, sapu lah lip balm terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang terbaik, pakai lipbalm yang mengandungi ciri-ciri SPF.
💛Jika boleh, elakkan lah lip tint/paint yang warnanya boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Ada wanita yang pernah cuba untuk uji dengan menyapu lip paint di lengan, rupanya hanya selepas 2 hari baru ia akan tertanggal sepenuhnya. Cuba bayangkan andai warna itu kekal lama di kulit bibir anda❓Ahah ... sudah pasti pigmen warnanya bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap. Jadi, jangan terkejut andai ada wanita yang memilih untuk menggunakan lipstik atau gincu yang tidak mempunyai kesan tahan lama pada bibir. Biar senang untuk dicuci dan ditanggalkan.
Dah dapat sesuatu daripada perkongsian ini❓
Anda disyorkan carilah lipstik yang tidak berisiko untuk menggelapkan bibir anda. Boleh cuba cari jenis lipstik diperbuat dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan diperkaya dengan Vitamin C & E.
Test
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Batu Caves
68100