Lavoo Beauty HQ
Rangkaian penjagaan rambut PROTEIN PERTAMA DI MALAYSIA menjadikan rambut anda lebat, tebal dan kuat
Apa Itu Hair Mask ?
Hair mask merupakan produk rawatan pelembap rambut yang berfungsi merawat kerosakan rambut dari akar dan lapisan bawah kulit kepala. Fungsi hair mask hampir sama dengan pelembap atau conditioner. Akan tetapi ia jauh lebih kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh rambut seperti minyak semulajadi dari sumber tumbuhan dan lain-lain. Kuasa penembusan krim hair mask menyerap lebih jauh ke dalam akar rambut dan kulit kepala berbanding dengan pelembap rambut yang hanya bertindak pada lapisan luar kulit kepala dan rambut.
Terdapat beraneka jenama hair mask di pasaran. Sedia jenama memaparkan kandungan bahan yang berbeza. Akan tetapi secara asasnya hair mask mempunyai persamaan iaitu kandungan minyak tumbuhan. Antaranya minyak jojoba, minyak zaitun, minyak kacang almond dan avokado. Sumber lain yang mengandungi kandungan nutrien yang unik seperti pisang dan madu adalah antara bahan lain dalam penghasilan hair mask oleh sesetengah syarikat pengeluar rangkaian produk rambut.
KENAPA PERLU CUCI RAMBUT HARI HARI?
1. Tinggal dekat iklim lembap dan panas
- Itulah sebabnya kenapa kamu perlu mencuci rambut setiap hari! Sama seperti orang berkeringat setiap hari di gym, yang tinggal di negara beriklim lembap dan panas boleh mengakibatkan penambahan minyak pada kulit kepala. Cuci setiap hari boleh
memelihara kulat rambut anda dan bebas kelemumur.
2. Mempunyai rambut nipis
- Jika tekstur rambut kamu nipis dan halus, kamu tahu helaian rambut akan cepat berminyak. Itulah sebabnya minyak dari kulit kepala akan merebak dan menyebabkan rambut kamu kelihatan berminyak dan tidak bermaya. Jadi sebaiknya mencuci rambut setiap hari supaya bebas minyak dan terlihat segar.
3. Work out setiap hari
- Work out dan berpeluh setiap hari boleh menyebabkan minyak berlebihan pada kulit kepala, yang boleh menyebabkan masalah kulit kepala. Oleh itu, jika berpeluh setiap hari, sebaiknya untuk mencuci secara harian bagi memastikan kulit kepala sihat.
4. Mempunyai kulit kepala berminyak
- Syampu setiap hari mungkin boleh menghilangkan minyak yang sihat. Tetapi kulit kepala yang terlalu berminyak dapat menyuburkan kulit yang menyebabkan seborrhea – di mana keadaan yang menyebabkan kulit kepala gatal dan bersisik. Jika kulit kepala kamu secara semulajadi sudah berminyak, cuci sekali sehari patut kamu lakukan.
5. Mempunyai kelemumur
- Syampu menghilangkan sel-sel kulit mati yang kemudiannya akan berkumpul dan jatuh (juga dikenali sebagai klemumur). Memang benar untuk sesetengah yang mencuci terlalu kerap boleh membawa kepada kulit kepala kering, menyebabkan kelemumur, tetapi jika kulit kepala berasa gatal, mencuci rambut boleh membantu menghilangkan sel-sel mati dan ketidakselesaan.
6. Mahu rambut cepat tumbuh dan panjang
- Cuci rambut membantu menghilangkan folikel rambut mati, yang seterusnya dapat merangsang pertumbuhan. Oleh itu, jika kamu mahu rambut tumbuh lebat dan panjang secara sihat, cucilah rambut sekerapnya.
Apa itu Hair Tonic ?
✅ Hair tonic adalah vitamin rambut yang memiliki bahan dasar minyak,dan parfum. Mayoritas hair tonic mengandungi vitamin E ,vitamin B2 ,lactic acid,dan bahan natural lainnya yang baik untuk kulit kepala.
Apa fungsi Hair Tonic?
✅ Fungsi dari Hair Tonic yang paling utama adalah untuk menutrisi kulit kepala secara intensif untuk membuatnya lebih sihat.,menguatkan folikel rambut dan memperbaiki jaringannya.
JANGAN SKIP CONDITIONER ‼️‼️
✨ Perapi rambut adalah "Makanan rambut" yang wajib dalam usaha mendapatkan rambut sihat dan bersinar,lembut dan cantik beralun
✨ Namun gaya hidup,faktor persekitaran,pemakanan,penggunaan bahan kimia,bahan pewarna,kerinting rambut dan lain-lain telah merosakkan serta menghilangkan minyak semula jadi bermanfaat untuk rambut.
Oleh itu perapi rambut sangat penting dalam usaha mengembalikan kecantikkan dan kesihatan rambut.
U ols tahu tak setiap individu mempunyai jenis kulit kepala yang berbeza, bukan kulit muka sahaja tau. 😱😱
Tapi apa jenis kulit yang ada dan bagaimana cara untuk kita kenali jenis kulit kepala kita?
Sangat penting untuk kita tahu jenis kulit kepala kita untuk kita tentukan hair routine dan product yang sesuai untuk masalah rambut kita.
4 Jenis Kulit Kepala yang kita boleh kita bezakan
1. Kulit Kepala Normal
2. Kulit Kepala Kering
3. Kulit Kepala Kombinasi
4. Kulit Kepala Berminyak
3 Cara untuk kita kenali jenis kulit kepala
1. T-zone muka
2. Helaian Rambut
3. Texture Rambut
Jadi anda rasa apa jenis kulit kepala anda??
Siapa lagi blm try Lavoo Protein Treatment Series ni??
Yang paling penting Lavoo Protein ni adalah ;
✨ FREE PARABEN
✨ FREE SLS
Korang ingat skincare je ke ada basic skincare routine? rambut pon kena ada tauu.😜Kalau tau basic, senang je nak jaga rambut
Antara produk yang diperlukan untuk basic haircare routine ialah shampoo, conditioner, dan hair serum.
1. Shampoo
Setiap individu pasti mempunyai shampoo kesukaan masing masing. Tujuan kita mencuci rambut menggunakan shampoo ialah untuk membuang kekotoran pada rambut seperti minyak pada kulit kepala dan debu yang melekat pada rambut.
Memiliki kulit kepala yang bersih amat penting untuk kesihatan kulit kepala. Jika tidak mencuci rambut dengan betul, risiko untuk mendapat masalah seperti rambut gugur, kelemumur, dan jerawat pada kepala amat tinggi.
2. Conditioner.
conditoner membantu melembapkan folikel rambut dan memberi nutrisi pada rambut agar rambut dapat membekalkan kolagen yang mencukupi untuk pertumbuhan rambut. Jika tidak menggunakan conditioner, ianya akan menyebabkan rambut kering dan mudah putus.
Fungsi kolagen ialah untuk mencegah kerosakan pada folikel rambut, mencegah penipisan rambut, memperlambat proses beruban, dan membuatkan rambut menjadi lebih kuat.
3. Hair Serum
Selain daripada menjadikan rambut anda kelihatan sihat dan berkilau, serum juga berfungsi sebagai heat protection sekiranya anda menggunakan hair dryer. Dengan menggunakan serum, ianya dapat mengelakkan rambut anda daripada rosak dan menjadi kusam.
08/11/2021
CARA UNTUK MENGENALI JENIS KULIT KEPALA ANDA !!
Tidak semua wanita dikurniakan rambut normal semulajadi. Perbezaan cuaca, gaya hidup,
pemakanan dan peningkatan usia mampu menukar takdir rambut yang sihat kepada pudar tanpa
tarikan. Selain itu, penggunaan produk rambut yang bertentangan dengan jenis rambut anda juga
mendorong pelbagai masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan bercabang. Untuk mengetahui
apakah jenis rambut yang anda miliki, cuba lakukan ujian mudah ini.
Langkah 1: Sehari sebelum membuat ujian ini, syampu rambut anda seperti biasa.
Langkah 2: Menggunakan sehelai kertas tisu, pedapkan ke akar/pangkal rambut di bahagian tengah
kepala serta di belakang cuping telinga selama seminit. Jika kertas tisu nampak berminyak, ini
menunjukkan kondisi rambut yang terlebih lembapan, dan begitu juga sebaliknya.
KENALI JENIS-JENIS RAMBUT
1.NORMAL
- Rambut dari jenis normal begitu mudah diurus, bersinar dan tidak berminyak
2.BERMINYAK
- Lazimnya rambut hanya cantik bermaya sehari dua selepas bersyampu. Tetapi bila masuk sahaja hari
ketiga, ia mulai ‘berat’ dan berminyak-minyak. Biasanya rambut dari jenis ini sering berdepan
masalah kelemumur.
3.KOMBINASI
- Lahir dari kombinasi berminyak dan kering, rambut kombinasi mudah dikenalpasti kerana rona
hujung rambut berwarna lebih cerah berbanding pangkalnya. Ini juga menunjukkan akar rambut
anda berminyak tetapi bila sampai ke hujung, ia kering seperti akar kayu.
Setelah anda mengetahui jenis-jenis rambut yang anda miliki, adalah lebih baik menggunakan
syampu serta perapi yang sesuai untuk jenis rambut kerana tidak semua jenis rambut sesuai
menggunakan syampu yang sama. Pengetahuan yang lebih mengenai jenis rambut mampu
menyelamatkan rambut dari masalah seperti kelemumur, keguguran rambut, rambut rosak dan
sebagainya.
03/11/2021
PENTING UNTUK LELAKI DAN WANITA !!
Mitos menyatakan kita tidak elok mencuci rambut setiap hari kerana dikhuatiri menyebabkan rambut kering tetapi bagaimana p**a individu yang mempunyai masalah tertentu? Masih perlu ikut lagi ke dengan mitos mengarut itu?
Sebenarnya beberapa individu perlu cuci rambut setiap hari kerana ia membuatkan rambut kelihatan bermaya, terasa ringan dan segar. Malah keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap memang membuatkan kita rasa tidak selesa kalau tidak mencuci rambut sekerap mungkin.
Tidak mencuci rambut hari-hari akan menyebabkan kulit kepala kita akan tersumbat dengan kekotoran dan kulit kepala mudah berminyak sekaligus akan menyebabkan kemunculan kelemumur dan rambut mudah untuk gugur.
Siapa yang perlu untuk cuci rambut setiap hari?
1. Wanita yang bertudung!! Keadaan rambut yang bertutup akan menyebabkan kulit kepala berpeluh dan minyak keluar lebih banyak lagi-lagi jika anda selalu terdedah dengan keadaan panas.
2. Wanita yang tidak bertudung!! Rambut andah lebih mudah untuk terdedah dengan kotoran dan habuk, hal ini akan menyebabkan kulit kepala anda lebih mudah untuk tersumbat.
3. Individu yang selalu Work out. Ini kerana boleh menyebabkan minyak berlebihan dan peluh pada kulit kepala, yang boleh menyebabkan masalah pada kulit kepala. Oleh itu, jika berpeluh setiap hari, sebaiknya untuk mencuci secara harian bagi memastikan kulit kepala sihat.
4. Individu yang mempunyai masalah kulit berminyak, minyak yang berlebihan boleh munyumbat liang pori pada kulit kepala kita dan boleh menyebabkan jerawat pada kulit kepala atau di sepanjang garis rambut dan perlu mencuci rambut lebih kerap untuk memastikan rambut mereka kelihatan bersih.
5. Individu yang mempunyai masalah kelemumur, kulit kepala yang berminyak lebih cenderung masalah ini menyebabkan kulit kepala senang untuk gatal. mencuci rambut boleh membantu menghilangkan sel-sel mati dan ketidakselesaan.
6. Individu yang nak rambut cepat panjang mencuci rambut boleh menghilangkan folikel rambut mati, dan turut dapat merangsangkan pertumbuhan rambut yang baru.
Shampoo setiap hari sebenarnya tidakkan merosakkan dan mengeringkan rambut jika pemilihan shampoo yang betul. Jika masalah rambut kering yang anda dapati apabila anda shampoo setiap hari itu bermaksud anda tidak menggunakan shampoo yang betul atau selepas shampoo anda tidak memakai conditioner.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
17, Jalan Susur Perdana Utama
Batu Pahat
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 12:30 |