RF3World District Stockist Bayan Lepas

RF3World District Stockist Bayan Lepas

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RF3World District Stockist Bayan Lepas, Beauty, cosmetic & personal care, Bayan Lepas, Bayan Lepas.

12/01/2026

Tahi Telinga Anda Jenis Kering atau Basah? Jawapannya Menentukan Adakah Ketiak Anda 'Masam' Atau Tidak. 👂👃

Cuba ingat balik kali terakhir anda korek telinga (guna pengorek besi atau cotton bud).

Apa rupa hasil tuaian anda?

A - Kering: Berhabuk, serbuk putih/kelabu, dan tidak melekit.
B - Basah: Likat, berminyak, warna kuning gelap/coklat, dan melekit.

Tahniah kepada Kumpulan A (Kering).
Anda sebenarnya telah memenangi "Loteri Genetik".

Kajian genetik mendapati bahawa tekstur tahi telinga manusia dikawal oleh satu gen bernama ABCC11. Apa yang mengejutkan, gen yang sama ini juga mengawal penghasilan bau badan di bawah lengan (ketiak).

Kenapa?

Tubuh kita ada kelenjar peluh dipanggil Apocrine Glands (banyak di ketiak dan alat sulit). Kelenjar inilah yang keluarkan peluh yang dis**ai bakteria. Bila bakteria makan peluh ni, barulah terhasil bau "masam" atau B.O (Body Odor).

1. Geng Tahi Telinga Kering
Genetik anda menyebabkan kelenjar Apocrine anda kurang aktif. Ketiak anda kurang menghasilkan bahan yang bakteria s**a. Jadi, secara semulajadi, badan anda KURANG BERBAU walaupun berpeluh. Ramai orang Asia Timur (Korea, Jepun, China) dan sebahagian orang Melayu ada gen ini. Anda mungkin tak perlu pakai deodoran pun tak apa!

2. Geng Tahi Telinga Basah
Genetik anda adalah jenis dominan (biasa pada orang Eropah & Afrika). Kelenjar Apocrine anda sangat aktif. Maka, anda wajib berkawan baik dengan deodoran. Jika lupa pakai sehari, satu pejabat boleh bau kehadiran anda.

Fakta Menarik
Di Korea Selatan, jualan deodoran sangat rendah berbanding negara lain. Kenapa? Kerana hampir 100% rakyat mereka mempunyai gen tahi telinga kering (Mutasi genetik). Mereka memang tak berbau badan secara genetik!

Jadi, janganlah pelik kenapa kawan anda tak mandi pagi pun badan dia tak bau, sedangkan anda baru sejam keluar rumah dah berbau bawang. Itu bukan salah takdir, itu salah Gen ABCC11.

Sekarang, cuba check telinga masing-masing. Anda Kumpulan A atau B? Jujur ya!

11/01/2026

Lepas pakai hand sanitizer, terus pegang resit? Adakah ia sesuatu yang baik?

Pernah tak buat macam ni?

Masuk kedai, picit sanitizer, gosok tangan sampai kering, lepas tu bayar dan AMBIL RESIT.

Kemudian selit resit tu dalam dompet atau poket seluar.

Nampak bersih. Nampak selamat.

TAPI ANDA SILAP BESAR.

Tanpa sedar, anda baru saja membuka "pintu pagar" kulit anda seluas-luasnya untuk bahan kimia berbahaya masuk terus ke saluran darah!

Apa Benda Putih Licin Pada Resit Tu?
Itu bukan kertas biasa. Itu THERMAL PAPER.

Ia disalut dengan bahan kimia Bisphenol A (BPA) supaya tulisan timbul bila kena haba.

Masalahnya, BPA pada resit ini bersifat "Bebas" (Free Monomer). Ia tak melekat kuat, ia cuma "tumpang lalu".

Kenapa Kombinasi "Sanitizer + Resit" Ini MERBAHAYA?

Kajian Universiti Missouri membuktikan fakta yang menakutkan:
Bila tangan anda ada alkohol (Sanitizer) atau berminyak (Losyen/Makan Ayam Goreng)
1. Kulit anda hilang lapisan pelindung minyak semula jadi.
2. Liang roma kulit menjadi "Span".
3. BPA dari resit diserap masuk 100 KALI GANDA LEBIH PANTAS ke dalam darah!


Risiko Jangka Masa Panjang (Jangan Main-Main):
BPA adalah Endocrine Disruptor (Pengganggu Hormon). Ia "menyamar" jadi hormon Estrogen dalam badan.
Kesan kumpul sikit-sikit lama-lama?
❌ Gangguan kesuburan (Sperma & Telur merosot).
❌ Risiko obesiti & Diabetes.
❌ Risiko Kanser berkaitan hormon (Payudara/Prostat).

Apa Patut Anda Buat Sekarang?
✅ Katakan TIDAK: Kalau juruwang tanya "Nak resit?", jawab TAK NAK (kecuali resit penting waranti/claim).

✅ Minta e-Resit: Gunakan teknologi. Selamatkan pokok, selamatkan hormon.

✅ Cuci Tangan: Jika terpaksa pegang, jangan makan terus! Basuh tangan dengan sabun untuk buang sisa BPA.

✅ Asingkan Dompet: Jangan campur resit dengan duit kertas. BPA boleh berpindah (cross-contamination).

Malam ni,
cuba cek dompet korang sekarang.
Kalau tebal sebab duit takpe.
Tapi kalau tebal sebab simpan resit tahun lepas, BUANG SEKARANG!

Jangan simpan "racun" dekat dengan pangkal rahim atau alat sulit anda (dalam poket seluar).

Tag kawan korang yang dompet dia penuh sampah resit. Selamatkan dia!

06/08/2025

Krim anugerah kesayangan 80 negara.

06/08/2025

"Tak salah makan gaji, yang salah bila nampak jalan keluar tapi tetap pilih duduk diam."

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bayan Lepas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Bayan Lepas
Bayan Lepas