Daisy Gift & Craft

Daisy Gift & Craft

Share

Sharing health info and tips. Also product recommendation for those needed.

15/10/2022

Bebola Kentang Cheese

Bahan

4 biji kentang yg sederhana - kukus/rebus sampai empuk
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
5 tangkai daun bawang - hiris
Black pepper
Lada sulah
Kiub pati ayam - jika s**a.. akak tak letak
1 sudu marjerin
2 biji telur
Serbuk roti
Cheese beqa.. potong dadu kecil

Cara2 :

👉🏻Kentang kukus tadi - lenyekkan sampai hancur
👉🏻Masuk garam.. kemudian tepung gandum
👉🏻Masuk bahan lain.. black pepper, lada sulah, marjerin, daun bawang..
👉🏻Gaul2 sebatikan.. lumurkan tangan dgn sedikit minyak.. buat bulat2 ikut besar mana.. buat kesemuanya
👉🏻Kemudian ambil seketul yg siap di buat bulat tadi.. leperkan sedikit.. masuk seketul keju tadi.. bulat2 kan semula
👉🏻Pukul telur buat 2 bekas.. celupkan bebola tadi dlm telur.. kemudian gaul dlm serbuk roti
👉🏻Ulang sekali celup dlm telur & kemudian gaul lagi dgn serbuk roti.. biar bebola tu nampak tebal dgn salutan serbuk roti
👉🏻Masa nak goreng nnti tak la terkeluar cheese dia
👉🏻Dah siap semuanya.. masuk peti sejuk selama 1 - 2 jam.. akak letak kat tempat beku lebih kurang 45 minit..
👉🏻Goreng dlm minyak panas hingga garing masak keemasan
👉🏻Sedia dihidang.. sedap cicah dgn sos cili, mayonis dll

Kredit: zura zul

05/10/2022

Masak apa harini ?

🙂 itu lah kehidupan seorang isteri dan ibu .. Walaupun bertitle ibu tiri .. Tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung 🙃 Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak² ..🥰 semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita 🤲

Ni resepi dia abang kakak adik ... 😀😃😄

Bahan2:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar yis

3/4 cawan air suam

2 sudu besar gula

1 sudu besar marjerin

1 sudu kecil baking powder

Cara:

Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu2 je. Bila dah rata sikit, letok marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat2kan. Pahtu celup dalam telur yg dipecah dan golek² dalam serbuk roti..😀Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap. 😊

Inti dia pakai sos carbonara saje...tumis bawang holand dan bawang putih..cincang sosej dan tumis dgn lada hitam.. Campur kiub ayam sikit ..letak air sikit ..agak² dh pekat baru tutup api 😄😄 Nk letak inti ape² pun boleh 😉

KREDIT : Che Fyqah

29/09/2022

Untuk yang belum tahu.
Cara saya nak semai anak betik, biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai. Itu biji betik yg akan mengeluarkan buah yg betina, yang bewarna pudar hitam tu pokok betik jantan tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja.

Kredit: Juraida Hamzah

Photos from Aneka Resepi Harian's post 24/08/2022
23/08/2022

Resepi Ayam Percik Air Fryer

Bahan perapan :
-2 ulas bawang putih
-6 ulas bawang merah@1 bawang besar
-3 inci halia
-2 batang serai(potong kecil)
-2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
-1/4 cawan santan pekat
-gula&garam secukup rasa
***blender semua bahan... Perap ayam selama 2jam+++..lagi lama perap lagi sedap... Bakar suhu 170 selama 15min..kalih bakar lagi 10min...siappp...

Sumber : Zamaizura Nawawi

Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama - Rencah Rasa 01/08/2022

Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama - Rencah Rasa Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiaw tinggal cedok jer.. Stok [...]

Photos 30/07/2022

Minum petang kita buat bebola keledek
Alhamdulillah❤️sedap.
Lembut di dalam ranggup di luar
Saya guna resepi dibawah👇

Coqkodok/Bebola Keledek Manis

Bahan²
1 1/2 cwn keledek oren/ungu
siap direbus dan dilenyek
1/4 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung pulut
3/4 cwn tepung beras
1 sdt baking powder
secubit garam

Caranya
~satukan semua bahan²
~sebatikan sehingga jadi doh
uli manja2 je ye
~bulat²kan
~goreng sehingga masak dan kuning keemasan
~angkat dan hidangkan ketika panas
~siap

Selamat Mencuba

kredit : Eniza M. Salim

Cara Buat Sup Ayam Sihat, Tak Perlu Guna Minyak. Lagi Mudah & Sedap, Terasa Manis Asli Ayam - Vanilla Kismis 15/07/2022

Cara Buat Sup Ayam Sihat, Tak Perlu Guna Minyak. Lagi Mudah & Sedap, Terasa Manis Asli Ayam - Vanilla Kismis Rasa nak makan lauk sihat tanpa minyak tapi sedap! Ha boleh buat sup ayam sihat perkongsian Nik Nur Adilin. Tak perlu tumis, tanpa guna minyak lagi jimat

Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa Basah Agar Tahan Lama & Tak Patah - Rencah Rasa 04/07/2022

Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa Basah Agar Tahan Lama & Tak Patah - Rencah Rasa Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak [...]

06/06/2022

Nasi lemak daun pisang 😁
Punca rezeki saya sebagai suri rumah.
Sambal bilis tu saya masak 4jam utk bagi cili dia betul² masak,

Saya bagi resepi sambal dekat sini ye,moga sama² kita di murahkan rezeki ☺ saya berniaga dekat rumah je,GOMBAK

Bahan²

𝐊𝐈𝐒𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐔𝐒
👇🏻
Cili kering 2kg
Bawang besar
(ni kna lebih dari cili)
Bawang putih
(ni sy guna sikit je,dalam 5 biji/labu)
Belacan
Buah keras
(sy letak 20 biji)
Biji gajus
(sy letak 20 biji)
******
Gula
(sy letak setengah kilo)
Asam jawa
(3 sudu mkn)
Garam
(sy letak 2 sudu mkn)
Ajinamoto
(Sy letak 1 sudu mkn)
Sos tiram
(Sy letak 3 sudu mkn)
Madu
(Sy letak 3 sudu mkn)
Serbuk ikan bilis yg dah di goreng
minyak masak guna yg kita dah goreng ikan bilis

Cara²

Minyak kna betul² panas,tumis bahan kisar sampai pecah minyak,kecikkan api,masak 4 jam,kna selalu kacau,biar x bekerak kat bawah,
Sampai dia bertukar kaler,☺
Photos from Puan Shafa

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Butterworth

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00