Bodymist ByDhia Cheras

Bodymist ByDhia Cheras

Share

Seronok niaga bydhia bodymist ni, demand tinggi taww. N tak susah nak jual sebab spray-spray terus semua s**a. Siapa tak s**a wangi kan?

Mana yg nak selit oder boleh pm kita

06/01/2022

Komisen tinggi -RM18/sebotol atau 43%.
Tiada bayaran diperlukan, buat je dulu macam saya ajar.
Tiada komitmen bulanan kena achieve. Santai-santai je guna HP buat kerja

09/12/2021

Mencari kawan-kawan yang bersemangat ingin mencari income tambahan tanpa perlu keluar keluar rumah, hanya perlukan Handphone dan data sahaja.

16/11/2021

Pelbagai langkah dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularannya di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak.

Justeru penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik perlu diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

VF immune enhancement system, Formulasi Prof Zainal Aripin telah diformulasikan untuk :
1 - Membantu menguatkan immune sistem dan sistem pernafasan (paru paru).
2 - Melindungi organ pernafasan dan menghalang jangkitan dari merosakkan salur pernafasan dan badan.
3 - Detox paru paru dan badan apabila berlaku jangkitan.
4 - merawat badan yang dijangkiti penyakit yang menyerang sistem pernafasan

Ikhtiar itu perlu, terutama untuk orang yang kita sayang.

15/11/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Doa Pagi Selasa*

1⃣1⃣ *Rabiulakhir 1443H*
1⃣6⃣ *November 2021*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang teramatnya.

Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami, sungguh nafsu menyuruh kepada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami,
kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.

Kami berlindung kepada Allah daripada semua perbuatan yang derhaka, daripada semua musuh yang dominan, daripada semua penguasa yang kejam.

Ya Allah, Jadikan kami antara pas**an-Mu,
kerana pas**an-Mu sahaja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami antara kekasih-Mu, kerana kekasih-Mu sahaja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah, baikkan agama kami kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami.

Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat daripada kejelekan. Ya Allah sampaikan selawat kepada Muhammad, kepada keluarganya, dan kepada para sahabatnya. Berilah kami pada hari Selasa, tiga hal, jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.

Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus langit dan bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murka-Nya. Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya reda-Nya. Akhirilah hidup kami dengan keampunan...

أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________

*' DISEBALIK KITA menghadapi KesulitaN dalam kehidupan, kita TELAH dikurniakan satu pengalamAN yang akan menjadi pengajarAN. '*

* #*

15/11/2021

Jangan pernah takut kalau tak salah.
Jangan pernah bimbang kalau diugut.
Jangan pernah had kan diri dari potensi sebenar.

Kuatkan minda, kuatkan hati, kuatkan tekad, anda boleh berjaya.

Rezeki ada di mana-mana. Jangan pernah lupa, Allah jua pemberi rezeki yang tidak pernah putus.

13/11/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Doa hari Ahad*

0⃣9⃣ *Rabiulakhir 1443H*
1⃣4⃣ *November 2021*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya serta sahabat-sahabatnya, dengan asma Allah yang tidak aku harapkan kecuali kurnia-Mu, tidak aku takutkan kecuali keadilan-Mu, tidak aku percayai kecuali firman-Mu, tidak aku pegangi kecuali tali-Mu, kepada-Mu aku berlindung wahai pemilik reda dan ampunan daripada kezaliman dan permusuhan, daripada bencana zaman, daripada runtunan kesedihan, daripada rangkaian kemalangan, daripada habisnya jangka sebelum siap sedia.

Aku berlindung kepada-Mu ya Rabbi daripada bisikan syaitan, aku bernaung pada kekuasaan-Mu daripada kezaliman, terimalah apa yang ada daripada solatku dan jadikan hari esokku dan sesudahnya lebih baik dari saat ini dan hari ini, muliakan keluargaku, jagalah waktu jaga dan tidurku, Engkaulah Allah penjaga terbaik, Engkaulah yang paling pengasih daripada segala yang mengasihi,
Ya Allah, aku berlepas diri pada hariku ini dan pada hari-hari sesudahnya daripada kemusyrikan dan kekafiran.

Aku ikhlaskan doaku, mengharapkan ijabah-Mu,
Aku sentiasa taat mengharapkan balasan-Mu,
limpahkan sejahtera kepada Muhammad dan keluarga Muhammad serta sahabat- sahabatnya, sebaik-baiknya makhluk-Mu yang menyeru pada kebesaran-Mu, muliakanlah aku dengan kemuliaan-Mu yang tidak pernah punah,
Tutuplah urusanku dengan kebergantungan kepada-Mu,
tutuplah usiaku dengan maghfirah-Mu, sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________

*' Tanamlah SIFAT MALU dalam diri KiTa kerana didalamnya terdapat seribu macam KEBAIKAN'.*

* #*

13/11/2021

Walaupun dah boleh bebas ke sana ke mari, wajib ingat batas-batas pergaulan untuk memutuskan rantaian Covid 19.

Bermula dengan amalkan kaedah homeopathy yang dihasilkan Vital Force iaitu Immune System Enhancement(ISE). Ia bertindak untuk menguatkan system organ dalaman kita daripada virus yang menyerang dan diformulasikan daripada 100% remedi yang dipilih khas.

Selepas amalkan ISE, Ambil p**a V2 yang membantu menyah logam berat (heavy metal) yang masuk ke dalam sistem badan, sama ada daripada punca makan, ubatan, kosmetik dan suntikan.

Sangat sesuai bagi individu yang kerap menerima suntikan dan masalah seangkatan dengannya.

Hanya spraykan ke lidah seperti yang di cadangkan oleh Vital Force.

12/11/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

0⃣8⃣ *Rabiulakhir 1443H*
1⃣3⃣ *November 2021*

*Doa hari Sabtu*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِe ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

A’udzubillah – kepada Allah kami berlindung daripada kekejaman manusia yang zalim, daripada iri hati manusia dengki.

Kami memuji Dia atas pujian semua yang memuji.
Ya Allah,
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai reda-Mu.
Bantulah kami mentaati-Mu dan melazimkan ibadah kepada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

Kasihanilah kami, palingkanlah kami daripada maksiat kepada-Mu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami kepada apa yang bermanfaat bagi kami, selama Engkau menghidupkan kami
dengan kitab-Mu, legakan dada kami dengan bacaannya, ringankan beban kami serta kurniakan kepada kami keselamatan agama dan diri, jangan terlantarkan kami daripada semua orang yang menjadi kerinduan kami, sempurnakanlah kebaikan-Mu kepada kami pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu...

أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________

* #*

12/11/2021

Alhamdulillah, berakhir sudah peperiksaan anak-anak KAFA dan yang setara dengannya.

Mungkin ada lagi yang dijadualkan mengambil peperiksaan pada Minggu hadapan.

Hadapi dengan tenang, yakin dengan usaha yang telah diberikan.

Ibu ayah pun dah berikan Fiqri Liquid agar kekal fokus dan mampu mengingati segala yang dipelajari.

InsyaAllah, kita sama-sama usaha dan ikhtiar, demi kejayaan anak-anak.

11/11/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Doa Hari Jumaat*

0⃣7⃣ *Rabiulakhir 1443H*
1⃣2⃣ *November 2021*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik, dan hidayah kepada kami supaya kami dapat membaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberikan manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
_________________________

* #*

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Cheras, Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Cheras
Cheras, Kuala Lumpur