Heallia Ipoh

Heallia Ipoh

Share

JUS HALIA ASLI BENTONG YANG MUDAH DIMINUM DAN DIBAWA KEMANA SAHAJA

02/04/2021

Salam Jumaat semua!
MasyaAllah! Hari yang baik ni Lia nak kongsikan sepotong ayat Al Quran dari surah Al - Insan dari ayat yang ke 17. Dalam ayat ini Allah Taala berfirman:
" Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga ) diberi minum segelas air yang bercampur dengan Halia." (Surah Al - Insan : 17).
Allahu Akbar! Rupanya minuman Jalia yang kita amalkan ni ada disebut di dalam Al Quran sebagai minuman orang yang bertaqwa di dalam syurga. Pastinya apa yang kita amalkan ini tidak sia-sia. Jadi terusamalkan Jus Heallia ini dengan penuh istiqamah yer!
Sedikit info mengenai Halia>
Nama umum: Halia
Nama dalam Al-Qur'an: 'Zanjabil' atau زَنجَبِيلً
Nama saintifik: Zingiber officinale
Famili: Zingiberaceae
Taburan asal: Asia
Surah dan ayat: (76: 17)

24/03/2021

Halia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid?
Ya! Kajian mendapati halia mampu mengurangkan kesakitan semasa awal kedatangan haid. Di mana, pengambilan halia 2 hari sebelum kedatangan haid mampu mengurangkan kesakitan akibat haid.
Penggunaan halia secara tradisional telah lama diperkenalkan untuk melegakan kesakitan. Pengambilan halia mampu mengurangkan kesakitan kerana mempunyai kesan kecekapan seperti ubat tahan sakit yang lain seperti mefenamic acid, ibuprofen dan zinc sulfate.
Tapi sukar untuk menelan air halia? Kini tiada masaalah lagi. dengan innovasi Heallia Jus Asli halia bentong dengan gabungan lemon dan madu, pasti keenkannya menghilangkan stigma anda terhadap halia! Cubalah hari ini!

15/03/2021

Kenapa saya terlalu sayangkan Heallia?

Sebabnya Heallia boleh bantu saya serta merta keluarkan angin yang bersimpul dalam badan saya! Huh! Lega rasanya!

15/03/2021

KHASIAT HALIA UNTUK IBU MENGANDUNG

Membantu Penurunan Kadar Kolesterol

Kelebihan air halia untuk ibu mengandung adalah ia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, sekaligus dapat mencegah penyakit jantung dan strok ketika hamil.

Melancarkan Peredaran Darah

Mengambil air halia juga dapat melancarkan peredaran darah kepada janin dan tahap kesihatan terjaga dengan baik.

Mengurangkan Pedih Ulu Hati

Adakah anda mengalami pedih ulu hati semasa hamil? Kini, tak perlu lagi bimbang kerana jika mengambil air halia, ia dapat meringankan gejala tersebut.

Merehatkan Otot

Sememangnya ketika mengandung, tubuh lebih cepat penat kerana mengalami banyak perubahan namun jika minum air herba ini ia dapat membantu merehatkan otot dan sengal-sengal di seluruh tubuh.

Mengurangkan Kram dan Bengkak di Tubuh Selama Kehamilan

Apabila mengandung, ibu akan sering mengalami kram dan bengkak pada bahagian tubuh, namun rasa tidak selesa itu dapat dikurangkan dengan
minum air halia ini.

Penyerapan Zat Gizi

Kandungan dalam halia juga dapat membantu penyerapan zat gizi yang lebih baik pada janin supaya proses perkembangan dan pertumbuhannya sempurna dan sihat.

Membantu Pulih Peradangan (inflamasi)

Halia kaya dengan anti-inflamasi yang boleh meredakan pelbagai jenis keradangan pada tubuh. Apabila ibu rajin minum air halia ia dapat memberi kesegaran kerana daya tahan tubuh yang lebih baik.

Sembuhkan Batuk dan Selsema

Ibu hamil yang mengalami batuk dan selsema juga disarankan minum air halia kerana ia lebih baik jika dibandingkan makan ubat yang boleh memberi kesan yang tak bagus untuk janin.

Sumber Zat Besi dan Vitamin C

Halia juga menjadi makanan herba yang kaya dengan zat besi dan Vitamin C bagi janin. Malah ia juga dapat mencegah anemia dan tubuh lebih terpelihara kerana mendapat Vitamin C yang mencukupi.

15/03/2021

Ramai yang bertanya, ibu mengandung boleh ambil Jus Heallia ke?

Untuk pengetahuan semua, air halia sangat digalakkan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung ketika diawal pagi.

Antara tujuan utamanya adalah untuk mengatasi rasa mual-mual dan muntah ketika mengandung. Untuk kesan yang lebih baik,ibu mengandung boleh mengamalkannya sepanjang tempoh kehamilan dengan kadar yang diperlukan mengikut ketahanan badan dan tidak berlebihan.

Jadi, ibu-ibu mengandung jangan khuatir lagi. Dapatkan Jus Heallia ini dari wakil jualan kami yang berdekatan hari ini juga!

12/03/2021

Kepesatan dunia hari ini memaksa kita bergerak lebih pantas. Pergerakan yang pantas memerlukan tubuh badan yang cergas. Aliran darah yang lancar adalah kunci pergerakan tanpa batas.

Heallia minuman asas tumbuhan yang memberikan kelancaran darah secara semulajadi. Nikmati Kebaikannya.

06/03/2021

TERUSKAN BERSENAM

Walaupun Heallia boleh membantu membakar kolestrol, melancarkan darah, detox dan sebagainya. Namun aktiviti bersenam tetap terus diamalkan. Seperti mana saranan kempen Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Berjalan 10.000 Langkah Sehari.

Rata-rata antara kita yang bekerja hanya melangkah purata 3,000 sahaja sehari. Selebihnya hendaklah kita menambahnya dengan bersenam berjalan kaki sendiri di taman rekreasi.

Fakta Ringkas Berjalan Kaki 10,000 Langkah Sehari

Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.

Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.

Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.

Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai kita harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.

Jom jadi pengguna Heallia yang aktif dan bijak. Teruskan bersenam, tambahkan makanan yang baik dengan mengamalkan Jus Asli Halia Bentong ini.

06/03/2021

SILA BAWA BERTENANG!

Hakikatnya ramai yang tidak menyedari atau mengetahui bahawa akar ajaib ini mampu mengurangkan tekanan!

Walaupan halia ini adalah sebahagian dari rempah masakan, namun khasiatnya tiada tanding tara terutamanya membakar lemak serta melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung oksigen dapat disalurkan dengan lebih baik di dalam tubuh kita ke otak, menjadikan kita lebih tenang dan waras dalam sesuatu masa.

Ketahui juga, Halia Bentong disenaraikan sebagai halia yang terbaik di Malaysia. Bagi anda yang sukar mendapatkan Halia Bentong segar untuk diamalkan, usah khuatir!

Heallia Jus Asli Halia Bentong adalah jus yang menggunakan Halia Bentong segar diadun dengan lemon dan madu, pasti bertambah keenakannya.

06/03/2021

NILAI PELUKAN KASIH SAYANG

Jika sebelum ini kita berbicara tentang Jus Halia mampu mengurangkan tekanan darah dan depression. Apakata sebagai pasangan yang hidup dengan penuh kasih sayang, lakukan satu perkara ini dan rutinkan setiap hari untuk kesan kesihatan yang lebih baik. Bayangkan jika kita pengamal Heallia dan ditambah dengan aktiviti fizikal sebegini, pastinya kehidupan kita lebih bahagia bukan?

Bagaimana Pelukan Memberi Kesan Positif?

Oksitosin adalah bahan kimia di dalam badan kita yang kadang-kadang dipanggil ‘hormon pelukan’ oleh saintis kerana parasnya meningkat apabila kita memeluk, menyentuh atau duduk dekat dengan orang lain. Oksitosin dikaitkan dengan kebahagiaan dan kurang tekanan.

Penyelidik juga mendapati bahawa hormon ini mempunyai kesan yang kuat pada wanita. Oksitosin menyebabkan pengurangan tekanan darah dan hormon stres norepinephrine.

Kajian mendapati bahawa manfaat positif oksitosin adalah paling kuat pada wanita yang mempunyai hubungan yang lebih baik dan pelukan yang lebih kerap dengan pasangan romantik mereka. Wanita juga melihat kesan positif oksitosin apabila mendukung bayi mereka.

Jadi apa lagi, jom amalkan Heallia dan mulakan memeluk orang yang tersayang hari ini juga.

P/S Haaa.. besar kesannya kan? Tapi larangan keras Lia nih! Bagi pasangan yang belum bernikah tu jangan gatal² nak peluk pasangan korang ekh! Lagi satu, Heallia tu jangan dipeluk je, minum sampai habis! Dah habis beli lain! 😅

06/03/2021

Cuti2 bersama lia🥰

Hi korang! Petang² cuti² macam ni, dah berheallia ke tu? Lia nak share sikit quote yang selalu Lia pegang ni. Sebab Lia tak pernah terfikir untuk prove something pada orang lain, sebab tu Lia sentiasa bahagia dan happy go lucky lagi!

02/03/2021

https://JusHeallia.wasap.my

TANDA-TANDA ANGIN BERLEBIHAN DALAM BADAN

Pemakanan merupakan faktor atau punca utama bagi masalah angin terjadi di dalam badan manusia. Angin terjadi akibat proses biologi apabila makanan dan minuman di cerna. Selalunya angin ini terdiri dari gas karbon dioksida, oksigen, hidrogen, nitrogen dan metana.

Terdapat banyak tanda-tanda atau symptom yang mengatakan bahawa angin banyak di dalam badan antaranya ialah badan sering merasa lesu, letih dan tidak bertenaga dalam melakukan tugasan harian seperti mengemas rumah atau melakukan tugasan di pejabat.

Kedua, kaki dan tangan kiri atau kanan selalu merasa kebas, lenguh atau sengal. Ini boleh sering terjadi kepada golongan yang berumur.

Ketiga, selalu menguap atau mudah merasa megantuk ketika melakukan kerja atau tidak.

Keempat, sesetengah badan manusia yang mempunyai penyakit angin akan merasa sukar untuk bernafas atau nafas mereka menjadi pendek, ini sangat berbahaya dan perlu berjumpa dengan doktor atau pegamal perubatan yang profesional.

Kelima, kepala sering sakit dan perasaan mudah marah senang terjadi dan ini boleh menganggu aktiviti harian seseorang .

Keenam, hilang selera makan, hilang selera makan akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang dan boleh membawa kepada peyakit lain.

Dan yang ketujuh p**a tengkuk atau pinggang merasa tegang dan perut merasa tidak selesa. Ini adalah antara symptom terjadinya angin di dalam badan Tetapi punca-punca ini munkin berlainan ke atas setiap individu yang mengalaminya.

Selain dari mendapatkan nasihat doktor, langkah mudah yang boleh diambil untuk menyelesaikan angin dalam badan adalah dengan mengamalkan air halia. Namun kebanyakan daripada kita hari ini agak sibuk dengan aktiviti harian, kita kurang berkesempatan untuk menyediakannya setiap hari.

Dengan adanya formulasi baru, Heallia minuman Jus Asli Halia Bentong yang sedia diminum ini membantu kita untuk mudah mengamalkannya setiap hari. Selain Halia Bentong, Lemon dan Madu juga terkandung di dalam Heallia ini yang memberi kesan tambahan yang baik bagi pengguna.

Dapatkannya hari ini juga dari wakil jualan kami yang sah dan nikmati kebaikannya.

28/02/2021

Hi korang! Petang² yang menghangat ni, jangan lupa Heallia Ice yang diperkaya dengan khasiat Halia, Lemon dan Madu yer!

Ketiga² gabungan bahan yang sangat terkenal dengan kebaikannya! Jom dapatkan hari ini juga!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Ipoh