Tips Cantik Kurus Zara Jane

Tips Cantik Kurus Zara Jane

Share

Tips Kurus, Tips Cantik, Tips Make Up Mudah

25/04/2025

Ohh telur.. Ohhh protein

Zara s**a makan telur setengah masak yg kuning dia macam custard cam ni.. Sedap!

Tengah berusaha menurunkan lagi 4 kg jer

10/01/2025

Day 14 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Mee soto portion suku suku separuh.. Cukup protein, carbo dan lebih vegetables

Siap!

08/01/2025

Day 12 misi menurunkan berat badan ukut portion suku suku separuh

Menu hari ni spaghetti balognese daging.. Meriah tamato

Beef sauce calories 325
Pasta 252 calories
Cherry tomatoes 25 calories

Total calories 602 calories

Setiap pemakanan ikut calorie intake masing2, sebab anak2 Zara makan heavy food untuk lunch dan dinner mereka ambil sup saja jadi mereka mampu ambil 602 calories. Kalau kita makan kurang sgt calories pun tak berapa elok untuk kesihatan dan lambat nak turun berat badan. Ini yang Zara belajar masa misi Zara sendiri berjaya turun, terkini -105kg dari 178 kg ke 73 kg

08/01/2025

Day 11 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Menu hari ni Chicken Pulao yg sangat sihat.. Mudah nak masak makan bersama salad timun

Chicken Pulao calories 348

Salad timun 110 calories

Total 458 calories

08/01/2025

Day 10 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Ikan sambal, telur dadar dan buncis

Budak2 punyalah happy dapat makan lauk ni. Ni dah macam suku, separuh separuh.. Yelah tetap Zara nak mereka makan protein n sayur lebih. Nasi tetap suku. Cepat sikit turun berat badan.

IKAN SAMBAL 219 calories
TELOR DADAR 154 calories
KACANG BUNCIS CALORIES 92
NASI 1 SENDUK 140 calories
TOTAL 605 calories

Sayur kalau lebih cam ni lah, calorie tak melampau sangat

3 org anak buat intermittent fasting jugak, 3 lagi anak n husband stop makan sebelum pukul 6 petang

08/01/2025

Day 9 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Hari ni suku suku separuh semua dalam quiche ni.. Ada ayam, pelbagai sayuran macam mushroom, bayam, tomato, Bawang, Bawang putih, chili.. Telur n susu bersama cheese

Resepi

Tumis bawang hiris, Bawang putih sampai layu.. Masuk ayam dan rempah kari daging cukup untuk banyak mana ayam.. Masuk mushrooms, bayam hiris, tomato dadu atau hiris, cili hiris, garam .. Gaul semua sampai tomato layu.. Letak tepi

Pukul telur bersama susu atau krim masakan.. 4 biji telur pada 250 mls susu, garam, serbuk lada putih

Letak minyak pada acuan bakar dan letak lauk tumisan di dalam acuan.. Tuang bancuhan telur dan gaul sikit jadi telur masuk ke ruangan lauk dan telur bercampur dgn lauk. Tabur cheese di atas, Zara kadang guna cheddar kadang parmesian..

Bakar 180 untuk 40 min lampu atas atau sampai masak

08/01/2025

Day 8 Misi menurunkan berat badan suami dan anak2
Menu dinner hari ni adalah

NIGERIAN NATIVE PASTA
biasa org Nigeria guna spaghetti tapi Zara guna pasta spiral ni jer..

Protein nya guna ayam, sedap p**a kejadian nya lebih kurang macam pasta goreng tapi mereka guna bell pepper lebih untuk perencah.

08/01/2025

Day 7 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Makaroni ayam simple untuk my kids suku suku separuh brunch

Photos from Tips Cantik Kurus Zara Jane's post 08/01/2025

Day 6 Misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Menu hari ni suku suku separuh Nasi Ayam Pulao Briyani sihat

Makaroni sup ayam untuk makan mlm untuk yg lapar

Misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Photos from Tips Cantik Kurus Zara Jane's post 08/01/2025

Day 5 misi menurunkan berat badan suami dan anak2

Menu hari ni suku suku separuh nasi putih, ayam bakar pedas dan lemak tempeh kacang panjang

Creamy tomato mushrooms n chicken soup untuk budak2 makan selepas pukul 6 ptg kalau lapar.. No heavy meal lepas pukul 6

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Cantik Kurus Zara Jane posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Johor Bahru.