UP Barokah Rawatan Islam

UP Barokah Rawatan Islam

Share

Ikhtiar Rawatan Islam. Bersedia membantu anda dalam rawatan ke rumah rumah.

Untuk urusan sihir, saka, ain, pemagaran premis atau kediaman, syifa boleh hubungi 011-40554216 (wasap) bertempat di kemaman, Terengganu

29/08/2026

Bismillah.

Alhamdulillah, ana dah selamat sampai.

In sya Allah esok, 29/8/2026, Pusat Rawatan akan beroperasi seperti biasa dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selepas jam 6.00 petang, hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Bagi yang ingin datang mendapatkan ikhtiar, sila DM terlebih dahulu untuk booking slot. Ini bagi memastikan urusan rawatan lebih teratur serta menjaga aib dan privasi pesakit pesakit yang lain.

Mohon kerjasama dan faham daripada semua. Semoga Allah permudahkan setiap urusan dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji.

Ikhtiar dengan ilmu, sembuh dengan izin Allah.

Pusat rawatan bertempat di Kemaman dan bersedia untuk rawatan ke kediaman anda di seluruh Malaysia.

RuqyahSyarIyyah IkhtiarRawatan Kemaman Terengganu RawatanRuqyah Dakwah IslamicHealing JagaAibPesakit

25/08/2026

KUALA LUMPUR 26–28 OGOS | HANYA TINGGAL BEBERAPA SLOT IKHTIAR

Bismillah.

In shaa Allah, esok 26–28 Ogos, ana akan berada di Kuala Lumpur untuk urusan ikhtiar.

Kepada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur dan sekitarnya yang ingin mendapatkan ruang untuk ikhtiar, boleh DM ana segera.

Hanya tinggal beberapa slot sahaja lagi. Insya-Allah ana akan cuba susun mengikut kekosongan yang ada.

Semoga Allah permudahkan segala urusan, memberikan kesembuhan dan menjadikan ikhtiar ini asbab kepada kebaikan.

“Ikhtiar dengan ilmu, sembuh dengan izin Allah.”

Ruqyah IkhtiarDenganIlmu

24/08/2026

KISAH KEDAI KLASIK: 5 JAM BERUSAHA MEMULIHKAN PESAKIT (part 2)

Bismillah.

Perkongsian kes dari Kemaman. Ini merupakan video lama yang belum sempat ana kongsikan kisahnya.

Ana dipanggil ke sebuah kedai klasik yang menyimpan pelbagai barang barang lama. Pada asalnya, ana datang untuk melakukan pemagaran di premis tersebut.

Sesampainya di kedai, ana memberi salam kepada pesakit. Namun, ketika melihat ana, reaksinya berubah seolah olah melihat sesuatu yang menakutkan. Tidak lama kemudian, dia terus mengalami kerasukan.

Pada ketika itu ana sendiri tidak mengetahui apa masalah, simptom atau puncanya. Bacaan demi bacaan dibacakan, namun tidak memberikan kesan langsung. Kes ini agak mencabar kerana puncanya masih belum diketahui.

Selepas ahli keluarga tiba, barulah ana bertanyakan latar belakang pesakit. Dari situ baru diketahui bahawa pesakit tersebut sering mendengar bacaan hizib di TikTok.

Setelah mengetahui perkara tersebut, ana turut membacakan bacaan hizib berkenaan. Alhamdulillah, keadaan mula berubah dan akhirnya gangguan tersebut dapat ditenangkan.

Dalam proses itu, makhluk yang mengganggu mendakwa ia datang daripada salah satu barang klasik yang terdapat di dalam premis tersebut. Setelah dicari, ditemukan sebuah potret yang berbentuk seperti patung ukiran.

Alhamdulillah, setelah hampir 5 jam berusaha, keadaan kembali tenang seperti biasa.

Apa pun, ambillah kisah ini sebagai iktibar. Jangan mudah membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara sebelum kita mengetahui latar belakang, keadaan dan puncanya.

Semoga Allah memberikan perlindungan dan memudahkan setiap urusan ikhtiar kita.

Ikhtiar dengan ilmu, sembuh dengan izin Allah.

Ruqyah Iktibar

23/08/2026

Bismillah..

Kali ini ana ambil ruang untuk iktikaf di masjid ini. Semoga Allah menerima setiap doa, mengampunkan segala kekurangan dan mengabulkan doa doa ana sepanjang musafir kali ini.

Moga perjalanan ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi asbab kepada kebaikan buat diri, keluarga dan semua yang ana temui.

Doakan ana. 🤲🏻

20/08/2026

Bila Badan Sakit, Gatal & Susah Tidur — Apa Ikhtiar Yang Boleh Dibuat?

Bismillah 🤲🏻

Antara pertanyaan yang ana terima daripada salah seorang follower TikTok:

“Badan sakit, letih, emosi tak stabil, gatal-gatal seluruh tubuh dan susah nak tidur. Tengah alami sekarang 😭 Nak bagi kurang macam mana ustaz?”

Jangan terus membuat kesimpulan bahawa semua simptom ini berpunca daripada gangguan. Ikhtiar dari sudut kesihatan tetap penting untuk mencari punca sebenar.

Dalam masa yang sama, boleh amalkan ruqyah ringkas dengan membaca:
Al-Fatihah
Ayat Kursi
3 Qul
Bismillah 5

Hembuskan bacaan pada air, kemudian jadikan sebagai minuman dan mandian sebagai salah satu ikhtiar.

Sekiranya keadaan berterusan, semakin teruk atau menimbulkan ketidakselesaan yang kuat, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika ingin mendapatkan ikhtiar ruqyah, boleh berjumpa perawat Islam yang berdekatan dan mengamalkan ruqyah syar’iyyah.

Kita ikhtiar dengan ilmu, berdoa dengan yakin dan serahkan kesembuhan kepada Allah SWT.

“Ikhtiar dengan ilmu, sembuh dengan izin Allah.”

AyatKursi 3Qul Bismillah5 UPBarokah PusatRawatanIslam Kemaman

02/06/2026

Gangguan Berulang Kembali, Ikhtiar Kecemasan Tengah Malam

Bismillah.

Kes kecemasan malam ini. Ana menerima panggilan sekitar jam 12 malam memaklumkan adiknya mengalami keadaan badan yang tidak sedap serta terasa berat pada bahagian bahu. Seingat ana, beliau pernah mendapatkan ikhtiar rawatan kira kira 5 bulan yang lalu.

Dari penelitian simptom, didapati terdapat gangguan liar yang sering menyinggah selain mempunyai rekod gangguan saka keturunan. Bacaan ruqyah dilakukan seperti biasa dan ketika proses berlangsung, ibunya memuntahkan sisa sisa gangguan yang menjadi asbab kepada kesan yang dialami.

Setiap ujian yang datang adalah peluang untuk terus berikhtiar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kesembuhan, ketenangan dan perlindungan buat seluruh keluarga ini.

“IKHTIAR DENGAN ILMU, SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH”

Follow, like, komen & share untuk perkongsian seterusnya.

02/06/2026

Amukan Anak Menjadi Petunjuk Kepada Gangguan Yang Tersembunyi

Bismillah.

Perkongsian kali ini berlaku di Kemaman. Sebelum meneruskan kisah ini, ana ingin maklumkan bahawa ana akan berada di Kuala Lumpur pada 8 & 9 Jun untuk sesi ikhtiar rawatan. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat ikhtiar, boleh DM ana untuk maklumat lanjut.

Kembali kepada kisah ini…

Seorang anak sering mengamuk tanpa sebab yang jelas, terutama apabila bersama ibunya. Pada awalnya, ramai menyangka masalah itu berpunca daripada anak tersebut. Namun, setelah sesi temubual dan penelitian terhadap simptom yang dialami, ana mendapati puncanya mungkin bukan pada si anak.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, ana mengambil keputusan untuk melakukan sesi scan terhadap kedua-dua ibu dan bapanya. Ketika proses tersebut berlangsung, berlaku sesuatu yang tidak dijangka apabila si ibu tiba tiba mengalami kerasukan.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah punca sebenar berada pada anak atau ada perkara lain yang tersembunyi selama ini?

Nantikan sambungan kisah ikhtiar ini. Semoga menjadi asbab kefahaman dan manfaat buat kita semua.

“IKHTIAR DENGAN ILMU, SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH”

Follow, like, komen & share untuk perkongsian seterusnya.

01/06/2026

Bisul Bersilih Ganti Selama 3 Tahun, Rupanya Ada Gangguan Yang Perlu Diikhtiarkan

Bismillah.

Salah satu video daripada 5 kes pada 29/5/2026.

Pesakit mengalami masalah bisul yang muncul dari bahagian pinggang hingga ke bawah secara bersilih ganti selama hampir 3 tahun. Selain itu, turut mengalami sakit badan berpanjangan, gangguan tidur, mimpi mimpi pelik, emosi yang tidak stabil serta kegatalan pada tubuh.

Ketika sesi ruqyah dijalankan, terdapat tanda tanda gangguan luar(jin asyik) serta gangguan saka keturunan (buaya) yang dikenal pasti melalui proses ikhtiar rawatan. Gangguan ini dipercayai menjadi antara asbab yang menyumbang kepada pelbagai simptom yang dialami termasuk kemunculan bisul yang berulang.

Setiap penyakit dan ujian mempunyai asbabnya. Tugas kita adalah berikhtiar mencari punca dan merawatnya dengan kaedah yang dibenarkan syarak, sambil meyakini bahawa kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan, keafiatan dan perlindungan yang berterusan buat beliau serta seluruh ahli keluarganya.

“IKHTIAR DENGAN ILMU, SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH”

Follow, like, komen & share untuk perkongsian seterusnya.

Telephone

Website