Klang INFO

Klang INFO

Share

INFO terkini mengenai isu semasa di KLANG khususnya Dan diseluruh Malaysia amnya. melalui berita semasa, infografik, informasi santai Dan video terkini.

12/02/2026

Hari ni gempar kesesakan luar biasa melanda Lembah Klang sebut sahaja lokasi dimana pasti jammed.

Satu Kuala Lumpur dan kawasan bandar sekitarnya dilaporkan mengalami kesesakan trafik luar biasa yang jarang berlaku secara serentak di hampir semua laluan utama.

Paparan peta trafik (Waze/Google Maps) menunjukkan aliran 'merah pekat' melanda nadi ibu kota pagi dan petang tadi!

Antara kawasan yang terjejas teruk :

📌 Pusat Bandar: Jalan-jalan utama menghubungkan kawasan perniagaan 'locked'.

📌 Laluan Ampang: Aliran trafik sangat perlahan keluar masuk bandar.

📌 Barat KL: Kelana Jaya, Subang Jaya & Shah Alam sesak teruk.

📌 Selatan/Tenggara: Puchong dan Seri Kembangan mencatatkan kelewatan luar biasa.

📌 Utara KL: Batu Caves dan Wangsa Maju turut 'lumpuh'.

Teruknya jammed hari ni sampai penunggang motosikal pun terpaksa menunggu lama kerana ruang untuk mencelah sudah tiada.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hairan kerana tiada laporan kemalangan besar atau banjir kilat yang menjadi punca.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca sebenar Lautan Merah yang melanda Lembah Klang hari ini.

Siapa yang tersangkut dalam hari ini. Cuba komen dibawah.

Photos from Klang INFO's post 12/02/2026

PELABUHAN KLANG, 11 FEBRUARI | 9 KONTENA BERISI E-WASTE DAN SISA YANG TIDAK DIBENARKAN DITEMUI

Agensi Kawalan dan Perlindungan
Sempadan (AKPS) Port Klang diketuai oleh Komander DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal, telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sepuluh (10) buah kontena semalam di tapak pemeriksaan kontena Unit Scanner CT1
Pelabuhan Klang Barat.

Pemeriksaan ini turut disertai oleh AKPS-Port Klang
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),
JAS (Jabatan Alam Sekitar),
LPK (Lembaga Pelabuhan Klang)
SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia),
Westports (Pelabuhan Barat).

Hasil pemeriksaan mendapati 7 kontena berisi eWaste, 1 kontena mengandungi bahan buangan terjadual dan 1 kontena mengandungi campuran sampah plastik dan kertas sementara 1 lagi mengandungi mesin industri (tiada bahan terlarang).

Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Jumlah berat dagangan ialah 195,720 kilogram dan negara pengeksport bagi kesemua kontena ini ialah Amerika Syarikat .

Tindakan BERTERUSAN akan dilaksanakan AKPS-PORT KLANG bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan "tong sampah" dunia. Syabas kepada semua agensi yang terlibat dalam melindungi kelestarian alam sekitar dan kedaulatan sempadan negara!

10/02/2026

PELABUHAN KLANG | 10 Februari 2026 - Satu lawatan kerja oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah diadakan di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ( AKPS) Pelabuhan Klang pada 9 Februari 2026.

Fokus utama lawatan adalah untuk:

• Menerima taklimat keselamatan daripada Komander AKPS Port Klang

• Meneliti isu kemasukan e-waste secara haram melalui pintu masuk utama negara.

• Meninjau pelaksanaan prosedur kerja (SOP) operasi penguatkuasaan di lapangan.

Kehadiran YBhg. Tan Sri membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan dalam menangani isu alam sekitar dan integriti penguatkuasaan di sempadan.

Photos from Klang INFO's post 10/02/2026

PELABUHAN KLANG | 10 Februari 2026 - Satu lawatan kerja oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah diadakan di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ( AKPS) Pelabuhan Klang pada 9 Februari 2026.

Fokus utama lawatan adalah untuk:

• Menerima taklimat keselamatan daripada Komander AKPS Port Klang

• Meneliti isu kemasukan e-waste secara haram melalui pintu masuk utama negara.

• Meninjau pelaksanaan prosedur kerja (SOP) operasi penguatkuasaan di lapangan.

Kehadiran YBhg. Tan Sri membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan dalam menangani isu alam sekitar dan integriti penguatkuasaan di sempadan.

Photos from Klang INFO's post 10/02/2026

PELABUHAN KLANG | 9 Februari 2026 – DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia-Port Klang (AKPS)
telah mengadakan lawatan kerja dan sesi perbincangan

lawatan kerja dan sesi perbincangan telah diadakan hari ini bersama pengurusan Port Klang Cruise Terminal (PKCT).

Fokus utama perbincangan mengenal pasti kawasan berisiko yang memerlukan kawalan keselamatan lebih ketat. Menilai semula kesesuaian ruang operasi bagi memastikan kelancaran aliran penumpang dan petugas dan Cadangan transformasi & penambahbaikan struktur di kawasan tertentu bagi memenuhi piawaian keselamatan.

Segala cadangan penambahbaikan akan diteliti dan dilaksanakan secara berfasa demi memastikan integriti sempadan negara tidak dicerobohi. AKPS terus komited dalam melaksanakan amanah demi keselamatan rakyat dan negara.

05/02/2026

Ada apa sebenarnya kat klang ni?

01/02/2026

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menutup ladang ternakan babi di Kuala Langat dalam tempoh terdekat tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kajian terperinci berhubung keperluan bekalan babi di negeri ini selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Menurut beliau, sebarang keputusan yang dibuat selepas kajian itu selesai perlu mengambil kira kesan terhadap bekalan dan harga pasaran agar tidak membebankan pengguna.

28/01/2026

PORT KLANG, 27 Januari 2026 | Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Port Klang dalam satu operasi bersama telah menahan sejumlah 5 kontena.

Hasil risikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) - Port Klang dan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS)-Selangor , Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Pengurusan Westport telah menemukan (5) buah kontena yang sarat dengan sisa elektronik (E-Waste), sisa terlarang dan sisa sampah dalam satu operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dijalankan pada hari ini.

Kesemua kontena berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Kerjasama dan penemuan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan penyeludupan serta memastikan kawalan import dilaksanakan secara tegas demi melindungi keselamatan, alam sekitar dan kepentingan negara.

24/01/2026

Orang KLANG kalau tak tau nak lepak mana malam malam? Bukan setakat healing je tapi makanan Dan minuman dia pun sedap!
Kredit: FuyohhTV

23/01/2026

Asik jalan-jalan di tempat orang je.
Apa kata jalan tempat sendiri pulak.
Rupanya banyak lagi tempat yg tak pernah pergi.

Sumber: hey_armay

22/01/2026

7 Tempat makan legend Yang korang cuba Kalau datang klang!
Kredit: FuyohhTV

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Klang