PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026

PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026

Share

program komuniti, kemahiran dan Kapasiti

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 29/08/2026

🌸 MAJLIS 10,000 WANITA SELANGOR BERSELAWAT

Masjid Negeri Selangor, Shah Alam

Program ini menghimpunkan 10,000 wanita Selangor dalam majlis berselawat sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta membina jiwa wanita yang solehah, bersatu dan berdaya.

“10,000 Wanita, Satu Hati, Berselawat Penuh Cinta”

Tarikh : 22/08/2026
Masa : 7.00 malam
Tempat: Masjid Negeri Shah alam

I ❤️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 13/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam Program Sentuhan Kristal: Gaya Menawan.
Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan kreativiti wanita, malah memberi peluang mempelajari kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan serta memperkasakan ekonomi keluarga.
Semoga ilmu yang diperoleh hari ini memberi manfaat dan menjadi langkah ke arah melahirkan lebih ramai wanita yang berdaya saing dan berjaya.

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri




I ❤️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 28/06/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Program Kempen Kesedaran Keganasan Rumah Tangga, anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Pelabuhan Klang, DUN Meru, DUN Sementa dan DUN Bandar Baru Klang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Mariam Abdul Rashid atas kesudian merasmikan program pada hari ini.
Semoga kempen ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa keganasan rumah tangga bukanlah isu peribadi yang harus didiamkan, sebaliknya tanggungjawab bersama untuk dicegah. Marilah kita berganding bahu membina keluarga yang harmoni, saling menghormati dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan.

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri






I ♥️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 22/06/2026

Program Ceramah Kesedaran Jenayah Siber dan Penipuan Dalam Talian (Scammer)
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber dan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa. Melalui ceramah ini, peserta akan didedahkan kepada modus operandi scammer, langkah-langkah pencegahan, serta cara melindungi maklumat peribadi dan kewangan daripada menjadi mangsa penipuan.

Objektif Program:
Meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai bentuk jenayah siber dan penipuan dalam talian.
Memberi pendedahan tentang taktik dan helah yang digunakan oleh scammer.
Mendidik masyarakat mengenai langkah keselamatan digital yang berkesan.
Menggalakkan tindakan pantas dan saluran yang betul untuk membuat aduan sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri






I ♥️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 26/05/2026

Perut Sihat Kekal Cergas
Dengan Smoothie
24/5/2026
9 pagi
NADI Kg Pendamar Pelabuhan Klang

Amalkan gaya hidup sihat dengan smoothie berkhasiat untuk membantu menjaga kesihatan perut, meningkatkan tenaga dan mengekalkan kecergasan setiap hari.
Badan yang sihat bermula daripada pemakanan yang baik. Jom mulakan langkah kecil ke arah hidup lebih aktif, segar dan bertenaga.

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri









I ♥️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 26/05/2026

Kongsi Rezeki Sebar Kasih Sayang
(Serahan Bakul Makanan)
23/5/2026
2 petang
Tingkat 1 Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang

Semoga setiap serahan bakul makanan ini menjadi lambang kasih sayang, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.
Sekecil mana sumbangan, besar nilainya buat insan yang menerima. Bersama kita menyemai kasih, mengeratkan ukhuwah dan membawa sinar harapan kepada masyarakat.

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri







I ♥️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 26/05/2026

Glow & CONFIDENT MAKEUP
23/05/2026
Tingkat 1 Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang

Setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri.
Dengan sentuhan makeup yang lembut dan elegan, serlahkan aura keyakinan diri untuk tampil lebih anggun, berseri dan mempesona.
Cantik bukan sekadar pada rupa, tetapi hadir daripada keyakinan dan senyuman yang ikhlas.💄🌸

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri







I ♥️ Pelabuhan Klang

10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu.
Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Sesungguhnya, kekuatan seorang ibu adalah tiang kebahagiaan keluarga dan masyarakat.
Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan. 💐






I ♥️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 13/04/2026

SENI BENANG & JARUM JAHITAN

*BENGKEL JAHITAN KAIN PARIO*
💜💜💜💜💜💜💜💜💜

TARIKH : 11.04.2026 (SABTU)
MASA : 8.30 am - 1.00 tghari
TMPT : KOLEJ WIT, KG.IDAMAN

🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️

Tahniah buat kalian, yang sabar menari bersama jarum dan benang—setiap jahitan adalah puisi, setiap helaian adalah kisah kejayaan.

Dari benang dan kain, anda telah mencipta sesuatu yang hebat. Teruskan melangkah ke arah kejayaan..

Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri







I ❤️ Pelabuhan Klang

Photos from PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026's post 31/03/2026

Menghadiri Townhall Raya Wanita Selangor Bersama YAB Menteri Besar Selangor

Tarikh : 31 Mac 2026
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Banguna
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah







Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri

I ❤️ PORT KLANG

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PWB DUN Pelabuhan Klang 2024/2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.