OCOC
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OCOC, Health/Beauty, Assra Marketing Sdn. Bhd PT 1120 Jalan Ahmad TG, Kota Bharu.
assalamualaikum
SANTAN PENGGANTI SUSU
Kebiasaan lepas senaman, saya akan buat smoothie. Tak pakai susu. Pakai santan.
Maryam pernah tanya saya kenapa tak pakai susu. Biasanya smoothie ni tak sah kalau tak pekena susu.
"Santan power lagi" kata saya.
Bila campur dengan minuman, santan kekal power. Tak berubah sangat molekulnya.
Ada protein globulin. Penting untuk fungsi hati, pembekuan darah dan cegah jangkitan.
Ada albumin untuk elak cecair memasuki salur darah. Neutralkan toksin.
Ada lecithin - bahan padu dalam proses metabolik untuk bakar lemak.
Dan juga cephalin untuk atasi jangkitan bakteria.
Dah bunyi macam saintis food chemistry.
Mujur Maryam faham bab molekul ni. Kalau tidak jenuh juga cari poin lain.
Banyak mitos pasal santan ni. Antara mitos utama ialah ambil santan naikkan kolesterol.
Lepas itu tuduh nasi lemak sajian tak sihat.
Padahal pengkaji dari Jepun dapati nasi lemak antara 10 makanan kategori breakfast tersihat dunia.
Macam mana nasi tak sihat boleh jadi sihat?
Sebab proses memasak nasi dengan santan atau minyak kelapa turunkan jumlah kalori karbo kepada separuh.
Karbo tadi tukar jadi 'resistant starch.' Kanji jenis ni tak akan ditukarkan kepada glukosa.
Nilai indeks glisemik pun akan berubah. Makin menurun.
Jadi, tekanan darah tak de lah mencanak naik.
Terima kasih kepada Medium Chain Triglycerides atau MCT.
MCT naikkan metabolisme tubuh. Boost fungsi thyroid. Bab thyroid kena ambil tahu. Kena jaga betul betul.
Bila thyroid terjaga, fungsi fat burning pun mula berlaku.
Bukan itu saja, lemak dari santan juga stabilkan gula dalam darah. Secara tak langsung kawal insulin sensitivity.
Paling dahsyat kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan energi.
Bagi saya, kelapa ni khazanah alam yang luarbiasa. Patut dianggap sebagai 'superfood'. Patut masuk dalam diet harian.
Boleh begitu?
20/03/2023
TIPS PILIH MAKANAN
---------------------
1. Rancang apa yang kita nak makan
2. Semak apa khasiat yanga da pada makanan tu
3. Pilih yang segar
4. Pastikan tiada gula putih atau pemanis tiruan seperti sucralose
5. Elakkan makanan karbo ringkas seperti kuih, roti putih, pastri, nasi putih.
P/S: Nak kenalpasti masalah pada bahagian otak anda yang mungkin bermasalah?
20/03/2023
Kenapa perlu ambil MCT OIL?
Produk alami yang diuji di MARDI dan diiktiraf sebagai pembakar lemak semulajadi.
Mengandungi peptide YY dan leptin, 2 hormon penting yang memberikan rasa kenyang. MCT Oil ini akan mengurangkan rasa ‘craving'.
Memberi tenaga dan membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam perut secara optimum. Sekali gus meningkatkan sistem imun badan.
✅ Bakar Lemak
✅ Tingkatkan Energi dalam badan
✅ Jantung Sihat
✅ Turunkan Kolestrol Jahat
✅ Kulit Cantik
✅ Elak Rambut Beruban
✅ Rasa Kenyang
Tiada bau, warna dan rasa, boleh diminum terus atau ditambah dalam minuman dan makanan.
Bahan-bahan terkandung dalam MCT Oil:
1. Asid kaprilik (C8) – menghasilkan ketone dengan pantas yang membantu meningkatkan metabolisma
2. Asid Kaprik (C10) – membantu pencernaan dan mengubah lemak sedia ada kepada tenaga.
20/03/2023
Kenapa telur sangat bagus untuk kesihatan?
Berkali-kali saya sebut khasiat telur ini.
Terutamanya kalau diambil waktu pagi.
Telur merupakan makanan tinggi protein yang sangat sesuai untuk diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster.
Sebenarnya, ramai yang takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol.
Apa komen anda?
Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi.
Malah telur ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan.
Ada kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Ada 11 khasiat telur yang patut anda tahu.
1. Bekalkan Tenaga
2. Bagus Untuk Kulit
3. Menurunkan Berat Badan
4. Bantu Untuk Tidur
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kota Bharu
15300