Petua Ratu

Petua Ratu

Share

Health Care Tips to Try | Backed with Scientific Research & Info Health/Beauty

27/06/2024

Tenaga Memberi Kuasa Kepada Kehidupan Kita

Craig Becker dan William Mcpeck pernah berkata :
"Walaupun pengurangan risiko dan pemeliharaan kesihatan adalah langkah yang baik, sudah tiba masanya untuk mengalihkan fokus dan usaha kita ke arah potensi kesihatan positif melalui peningkatan keupayaan fizikal, mental, dan sosial yang lebih baik."

Tenaga. Ia bermula sejak dari permulaan kehidupan, apabila sperma bertemu dengan telur.

Para saintis telah merakamkan percikan zink hijau berfluoresen yang berkelip apabila telur kita telah disenyawakan₂

Sebaik sahaja selepas persenyawaan, mitokondria telur mula melakukan kerja-kerja memacu perkembangan embrio.
Mitokondria adalah organel sel yang bertindak sebagai pembangkit tenaga utama dalam sel. Mereka menyimpan cas elektrik seperti bateri. Menjaga supaya tenaga bersinar sepanjang kehidupan kita adalah fungsi sejauh mana mitokondria kita mampu mencipta, menyimpan, dan menggunakan tenaga.

Tanpa tenaga yang mencukupi, tubuh tidak dapat melakukan kerja yang diperlukan. Ia tidak dapat menyokong kehidupan. Kekuatan sinar tenaga dan kapasiti kita untuk mencipta tenaga menentukan seberapa sihat kita sebenarnya.

Kekuatan sinar tenaga ini sudah pun kita rasai secara umum. Berasa bertenaga tak bila bangun tidur di pagi hari? Sepanjang hari? Atau adakah kehabisan tenaga sebelum hari berakhir? Adakah hidup dengan rasa sakit? Itu boleh menjadi tanda kekurangan tenaga.

Adakah berseri dengan kesihatan? Itu adalah tanda kapasiti tenaga yang baik.

Adakah kapasiti tenaga mencukupi untuk kehidupan kita dan apa yang dunia tuntut dari kita?

Kebanyakan wanita pasti akan menjawab tidak.

Sebenarnya, salah satu aduan utama di pejabat doktor pada hari ini ialah keletihan. Saya pasti sering melihat perhatikan keadaan ini daripada mesej² yang saya sering terima.

Ramai orang kini menganggap adalah normal untuk sentiasa berasa letih, untuk mudah dijangkiti virus, dan mempunyai masalah emosi serta tindak balas stres yang besar, tetapi semua ini tidak normal.

Pada mereka yang sering berhubung dengan saya, saya melihat corak yang serupa: gaya hidup yang bercanggah dengan prinsip kesihatan serta menyumbang kepada kekurangan tenaga dan disfungsi sistem imun.

Mereka terkena satu peristiwa stres besar, dijangkiti jangkitan yang teruk, dan tidak pulih ke tahap tenaga yang sebelumnya. Mereka tinggal pada tahap kesihatan yang tidak optimal.

Apabila anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi, anda boleh merasainya. Otak anda tidak dapat berfungsi secara optimal, tubuh anda tidak dapat beroperasi secara cekap, dan kehidupan anda boleh terasa lebih sukar, tegang, dan menyesakkan.

Jika anda belum sakit, dari masa ke masa, pengeluaran tenaga yang tidak mencukupi secara berterusan hampir pasti akan menyebabkan penyakit atau apa² kondisi.

Tenaga adalah faktor asas utama dalam kedua-dua jangka hayat (panjangnya umur) dan kesihatan (jangka hayat kesihatan). Jika anda ingin hidup menikmati kehidupan dari sekarang hingga akhir, memperluaskan kapasiti tenaga untuk mencerahkan sinar anda adalah tempat sepatutnya diberi sepenuh tumpuan.

- bersambung nanti

1.Craig Becker and William Mcpeck, “Creating Positive Health: It’s More Than Risk Reduction.” NWI White Paper, December 11, 2013.

2.Francesca E. Duncan, Emily L. Que, Nan Zhang, et al., “The Zinc Spark Is an Inorganic Signature of Human Egg Activation,” Scientific Reports 6 (2016),

Photos from Petua Ratu's post 02/02/2023

Bagus rupanya bila dah faham pasal
📌 Radikal Bebas
📌 Tekanan Oksidatif
📌 Antioksidan

Bila dah faham fungsi & kebaikan, dapat selesaikan masalah ekzema yg menyerang orang dewasa terutama mereka yang hamil dan tiba² ekzema menjadi teruk sedangkan sebelumnya ok sahaja.

Dah faham topik ni?
Kalau belum jom belajar 💪🏻
Tekan link di bawah 👇🏻
https://bit.ly/ekzemaactionplans

31/01/2023

Jika anda bergelut dengan pertumbuhan berlebihan masalah fungal (ringworm atau candida), puncanya mungkin masalah ketoksikan logam berat berlebihan - Dr Melina Roberts
Check yang ni dulu sebelum cuba pantangkan apa sahaja makanan. Takut kita akan kekurangan nutrisi - sedangkan masalah kita sebenarnya bukan makanan tertentu tapi berlebihan heavy metals dalam badan
Apa yang kau boleh buat?
📌 Mengurangkan pendedahan
Kita terdedah kepada logam berat melalui air atau makanan, bio akumulasi dalam tisu ikan atau pendedahan langsung dari persekitaran.

📌 Minum air silicon-rich mineral water
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22976072/

📌 Pastikan tahap glutathione anda terkawal dan ambil suplemen glutation tambahan
https://bit.ly/GlutationSupps

29/01/2023

Walaupun kita sudah tahu tentang kuasa pelembap minyak kelapa, kita juga pernah mendengar rungutan tentang ia menjadi masalah bagi orang yang mempunyai kulit berjerawat & ekzema. Kami bertanya kepada Dr. Corey L. Hartman, pakar dermatologi yang diperakui pengarah & pengasas Skin Wellness Dermatology in Birmingham, Alabama untuk menjawab soalan ini.

Adakah minyak kelapa menyumbat pori-pori kulit Doc?
Minyak kelapa sangat komedogenik. Ini bermaksud ia menyumbat liang pori² & mempunyai peluang tinggi untuk menyebabkan jerawat, whitehead, blackhead dan menyebabkan ekzema meradang & semakin teruk atau bintik hitam. Oleh itu, saya tidak mengesyorkan menggunakan minyak kelapa jika anda mengalami masalah jerawat atau mempunyai kulit sensitif (ekzema & alahan)

Adakah penting jenis minyak kelapa yang anda gunakan?
Minyak kelapa mentah adalah yang paling komedogenik. Versi lain—seperti emulsinya —mungkin kurang komedogenik, tetapi memandangkan terdapat begitu banyak alternatif minyak lain yang boleh memberi manfaat kepada kulit tanpa menyumbat pori² kulit, saya mengesyorkan untuk mengelakkan mengggunakan minyak kelapa (dalam semua bentuknya) jika anda cenderung untuk "breakout" dan kulit meradang. Cuba minyak yg bukan komedogenik dahulu seperti shea butter, minyak biji bunga matahari, minyak argan atau h**p oil sebagai gantinya.

Bagaimana jika minyak kelapa digunakan pada badan anda tetapi tidak pada muka anda-adakah anda masih menghadapi risiko ia akan bermasalah?
Anda mempunyai pori² di seluruh badan anda, bukan hanya muka anda, jadi jika anda menggunakan minyak kelapa pada badan anda, anda menghadapi risiko menyumbat pori² pada badan anda & menyebabkan jerawat & kerengsaan.

Adakah minyak kelapa selamat digunakan pada jenis kulit lain?
Jika kulit anda tidak sensitif dan jerawat tidak membimbangkan anda, kulit anda mungkin bertolak ansur dengan minyak kelapa dengan baik, tetapi seperti mana-mana produk baharu, pastikan anda melakukan ujian patch test sebelum meletakkannya di mana-mana bahagian muka atau kulit

Untuk melakukan ini, sapukan sedikit minyak kelapa pada lengan anda—sama ada di sepanjang bahagian bawah pergelangan tangan anda, di leher anda atau di bawah telinga anda dan tunggu 24 jam. Jika anda tidak mempunyai tindak balas, anda boleh meneruskan penggunaannya pada bahagian badan yang lebih besar.

Apakah potensi manfaat minyak kelapa untuk orang yang boleh bertolak ansur dengannya?
Jika anda mempunyai kulit kering, menggunakan minyak kelapa selepas pelembap boleh membantu mengunci kelembapan ke dalam kulit anda. Minyak kelapa juga didapati mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-radang bagi sesetengah orang

Intinya: Jika anda mudah rengsa dan sensitif kepada minyak kelapa, sudah pun mempunyai masalah jerawat dan ekzema teruk, lebih baik anda skip dan cari alternatif lain.

sumber :
We Ask a Derm: Does Coconut Oil Clog Pores?
purewow[dot]com

Comedogenic Ratings
This list displays a rating for the tendency of the ingredients to clog pores, which may cause acne. The ratings listed here have been derived and compiled from various sources. For more information visit the Journal of American Academy of Dermatology.

0 – Not Likely to Clog Pores
1 – Low
2 – Moderately Low
3 – Moderate
4 – Fairly High
5 – High

Oils
Almond Oil – 2
Apricot Kernel Oil – 2
Avocado Oil – 2
Camphor – 2
Castor Oil – 1
Cocoa Butter – 4
Coconut Butter – 4
Coconut Oil – 4
Corn Oil – 3
Cotton Seed Oil – 3
Evening Primrose Oil – 2
Grape Seed Oil – 2
Hazelnut Oil – 2
H**p Seed Oil – 0
Mineral Oil – 0
Mink Oil – 3
Olive Oil – 2
Peanut Oil – 2
Petrolatum – 0
Safflower Oil (Carthamus tinctorius) – 0
Sandalwood Seed Oil – 2
Sesame Oil – 2
Shea Butter – 0
Soybean Oil – 3
Sunflower Oil – 0
Wheat Germ Oil – 5
Shark Liver Oil – 3

Alcohol, Esters, Ethers, & Sugars
Polysorbate 20 – 0
Polysorbate 80 – 0
Sterol Esters – 0
Behenyl Triglyceride – 0
Butylene Glycol – 1
Cetearyl Alcohol – 2
Diethylene Glycol Monomethyl Ether-0
Glycerin – 0
Glyceryl Stearate NSE – 1
Glyceryl Stearate SE – 3
Glyceryl Tricapylo/Caprate – 1
Glyceryl-3-Diisostearate – 4
Hexadecyl Alcohol – 5
Isocetyl Stearate – 5
Isopropyl Alcohol – 0
Laureth 23 – 3
Laureth 4 – 5
Octyl Stearate – 5
Oleth-10 – 2
Oleth-3 – 5
Oleyl Alcohol – 4
Polyethylene Glycol (PEG 400) – 1
Polyethylene Glycol 300 – 1
Polyglyceryl-3-Diisostearate – 4
Propylene Glycol – 0
Propylene Glycol Monostearate – 4
SD Alcohol 40 – 0
Sorbitan Laurate – 1
Sorbitol – 0
Steareth 10 – 4
Steareth 100 – 0
Steareth 2 – 2
Steareth 20 – 2
Wheat Germ Glyceride – 3

Waxes
Beeswax – 2
Candelilla Wax – 1
Carnuba Wax – 1
Ceresin Wax – 0
Emulsifying Wax NF – 2
Jojoba Oil – 2
Lanolin Wax – 1
Sulfated Jojoba Oil – 3

Botanicals
Algae Extract – 5
Aloe Vera Gel – 0
Calendula – 1
Carrageenans – 5
Chamomile – 2
Chamomile Extract – 0
Cold Pressed Aloe – 0
Red Algae – 5

Vitamins & Herbs
Ascorbic Acid – 0
Black Walnut Extract – 0
Tocopherol (Vitamin E) – 2
Vitamin A Palmitate – 2
Panthenol – 0

Antioxidants
Beta Carotene – 1
BHA – 2

Thickeners, Emulsifiers, Detergents
Carbomer 940 – 1
Hydroxypropyl Cellulose – 1
Kaolin – 0
Magnesium Aluminum Silicate – 0
Sodium Laureth Sulfate – 3
Sodium Lauryl Sulfate – 5
Sorbitan Oleate – 3

Minerals
Algin – 4
Colloidal Sulfur – 3
Flowers of Sulfur – 0
Potassium Chloride – 5
Precipitated Sulfur – 0
Sodium Chloride (Salt) – 5
Talc – 1
Zinc Stearate – 0

Photos from Petua Ratu's post 12/01/2023

Kulit Cantik Bersih dan Cerah hanya amalkan 3 benda ini sahaja dari White➕Lab 😍

Yang pertama Whitelab Gluta (Capsule) ✅
Yang kedua Whitelab Premium (Sachet) ✅
Yang Ketiga Whitelab Savon (Soap)

Terbukti ramai yang menggunakan sangat berpuas dan terus jatuh cinta. Tak cari yang lain dahh 🥰

Korang dah cuba ke belum 🤔
Berminat boleh klik link di bio

Photos from Petua Ratu's post 02/08/2022

🥑 FOLATE vs ASID FOLIK 💊
Folate adalah bentuk semula jadi dan aktif vitamin B9 yang terdapat dalam makanan dan supplemen seperti MethylFolate.

Asid folik ialah versi sintetik "buatan manusia" vitamin ini dan sering dijumpai dalam multivitamin, makanan yang diperkaya, dan ubat-ubatan tertentu.

Asid folik perlu ditukar sebelum badan anda boleh menggunakannya.

Jika anda termasuk dalam 40-60% orang yang mempunyai keupayaan yang berkurangan untuk menukarnya, disebabkan oleh varian gen MTHFR, kemungkinan besar badan anda tidak dapat menggunakannya utk proses biokimia dalam badan

Jadi cuba dan makan makanan kaya folate dan ambil MethylFolate yg mengandungi bentuk Folate yang AKTIF

Mengapa kita memerlukan Folate semasa kehamilan
💥mencegah kecacatan tiub neural
💥diperlukan untuk membuat sel darah merah
💥menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat

myfolite mengandungi 800mcg L-5-methyltetrahydrofolate
(60 vegan caps)

Info lanjut klik link di profile

Photos from Petua Ratu's post 01/08/2022

Ciri Kulit Kusam Yang Perlu Dikenali & Cara Mengatasinya

Kulit yang sihat :
cukup lembab saat disentuh, tekstur kenyal, padat & lembut.

Kulit yg kusam :
tidak cukup kelembapan, kulit disamarkan oleh warna yg lebih gelap.

Tona kulit gelap pada kulit kusam berbeza daripada tona kulit gelap semulajadi.
Kulit gelap akan tetap nampak berseri asalkan sihat & cukup lembap.

Sedangkan kulit kusam nampak tidak sihat & tidak cerah. Jenis kulit ini pada asasnya adalah bertentangan dengan kulit yg cerah & sihat.

Puncanya?
Kulit organ terbesar badan jadi akan sangat kelihatan bila ia tidak sihat.

Sebenarnya b*k perkara yang boleh menyebabkan kulit kusam tapi jom lihat 3 faktor yg perlu di ambil penekanan kerana berhubung kait dgn radikal bebas
1. Tabiat berjaga malam
Sistem imun membentuk kolagen & keratin semasa tidur, mereka bahan2 yg menegangkan & menyuburkan kulit.
Jika sudah biasa berjaga malam, badan tak dpt menghasilkan kolagen & keratin sempurna.
Akibatnya, kulit tidak dpt menjana semula secara optimum sehingga anda akan kelihatan tidak segar
2.Tekanan yg tidak terurus
Tekanan yg kronik & berlarutan boleh mengganggu kesihatan kulit anda.
Ia menyebabkan peningkatan kortisol dalam badan dan kulit, yg boleh memburukkan lagi penyakit kulit sedia ada, seperti rosacea, jeragat & jerawat.
Ia menyumbang kepada punca kulit kusam dan tidak kelihatan berseri.
3. Terlalu banyak makan makanan manis
Gula yang tinggi akan mencetuskan keradangan di seluruh badan yg memusnahkan kolagen dalam kulit. Ini menjadikan kulit kelihatan kusam & kelihatan lebih tua serta berkedut.
Sebagai antioksidan dan penyahtoksin induk, Glutathione melawan radikal bebas yg dihasilkan oleh pencemaran, cahaya matahari, tekanan, kesan tidur lambat & amalan pemakanan tinggi gula. Radikal bebas memburukkan struktur keseluruhan kulit & membawa kepada masalah kulit seperti penuaan pramatang, keradangan, hiperpigmentasi & fungsi kulit yang rosak.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 14:00 - 20:00
Tuesday 14:00 - 20:00
Wednesday 14:00 - 20:00
Thursday 14:00 - 20:00
Friday 14:00 - 20:00