PIV Travel
Your Trusted Travel Planner
09/01/2025
Jom jalan2 ke Medan. Naik bot ke Pulau Samosir melihat budaya diperkampungan batak. Unik dan tersendiri.
Klik link wasap dibawah utk berhubung dgn admin kami ya π
https://wa.me/60199390082
https://wa.me/60199390082
https://wa.me/60199390082
27/12/2024
Padang dan Bukittinggi menawarkan perpaduan unik antara budaya, alam, dan sejarah. Jika Anda ingin merasakan suasana Minangkabau yang autentik, kedua kota ini adalah pilihan yang tepat.
Hubungi kami untuk promosi dan info lanjut
wa.me/60199390082
wa.me/60199390082
wa.me/60199390082
22/12/2024
Cuti Panjang 2025 πΉ
Tahun 2025 dah tak lama. Dah boleh plan untuk bercuti. Jom tengok cadangan cuti panjang yang boleh diambil sepanjang tahun 2025 nanti.
14/12/2024
Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra.
Dalam flight ke Dubai, aku teringat cerita ni. Masa tu ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead.
Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.
Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk.
Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat.
Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.
Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni.
Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.
Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight.
Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat.
Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.
Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu.
Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport.
Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.
Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia.
Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.
Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia.
Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.
Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless.
Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.
Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew.
Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.
Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan.
Itu je lah aku nak cerita,
Abudi Alsagoff. Kredit kepada diri sendiri.
Saya yang tulis atas ni semua.
Outfit: https://s.shopee.com.my/g9bfEA3SE
14/12/2024
Alhamdulillah selesai renew pasport semudah ABC.
Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini.
Jom Nana kongsikan step by step.
Daripada proses permohonan online sampai ke proses pickup passport.
1) Sediakan gambar ukuran pasport - boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar atau nak gambar sendiri and edit back ground sendiri pun boleh (mine ambil kat kedai gambar untuk keselamatan).
β
Tudung gelap
β
Back ground putih
β
Natural makeup
β
Senyum tanpa gigi
β Lens berwarna
β Rambut / tudung cover kawasan muka
2) Kemudian buka laman
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
untuk upload gambar, masukkan data peribadi, lokasi ambil passport & bayaran passport (renewal - RM200, warga emas RM100 ) - WAJIB SAVE RESIT.
Boleh pilih nak collect pasport di mana nanti. Lebih baik cari tempat berdekatan anda.
3) Lepas submit - tunggu email KELULUSAN dari jabatan imigresen (permohonan Nana lulus dalam 30 minit sahaja).
4) Bila dah LULUS, print dan bawa resit bayaran tadi ke pejabat imigresen yang anda pilih online tadi. (print sendiri untuk memudahkan kerja tapi di UTC kk, ada counter printing di entrance bangunan).
5) Bila sampai pejabat imigresen tidak perlu ambil nombor, letakkan resit bayaran anda di βtrayβ counter serahan passport (UTC KK kaunter 11).
β
Resit bayaran
β
Pasport lama
β
IC
Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab masa Nana nak ambil tu tak sampai 10 minit dah dipanggil nama & boleh dapatkan passport baru.
Senang kan?
Inilah cara paling mudah & cepat untuk renew passport. Sebab Nana di Kudat, jauh untuk ke KK (pasport siap serta merta kalau buat di KK).
Tinggal isi online, dpt email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang. Ramai juga manusia di UTC untuk urusan pasport tadi.
Tapi bila buat online tinggal datang dan collect tanpa tunggu berjam untuk giliran bergambar dan sebagainya. Alhamdulillah π
Perkongsian: Wan Nurdiana (FB)
05/12/2024
Salam semua
04/04/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Kuala Selangor
50480
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |