Mek Enon Empire

Mek Enon Empire

Share

�Lips By Mek Enon
RM20 1 PIECE
RM35 2 PIECES COMBO ANY COLOUR











| Boleh tekan link di b

13/01/2024

Boss tangkap gambar ni masa saya tengah risik2 budak budak muda untuk recruit🤣.

Personally., siapa yang kenal saya dari sekolah rendah sampai la kolej, saya memang shy shy person🤣. Saya bukan jenis yang boleh sembang dengan semua orang ya. Kalau nak lintas tempat yang crowded pun saya tak boleh. Sebab rasa MALU .

Tapi lepas saya join industri ini, saya sendiri boleh nampak. Saya BERUBAH. BERUBAH menjadi better.

Dulu dengan kawan kawan mungkin jrang bertegur. Sekarang lelaki atau perempuan saya boleh tegur ya.

“Alah nak close sebab tu tegur”

Ini bukan semata mata nak close ya, tapi lepas masuk industri ni, saya ambil positif way.saya ada ramai kawan compare last time.ini pun dah buat saya happy🥹

Jadi pada mana2 kawan atau sesiapa yang rasa nak ubah diri become better dan positif, korang boleh cuba join industri ini,

Korang boleh nampak career path dalam industri ini❤️

Photos from Mek Enon Empire's post 06/01/2024

Ini realiti masa kini ya

Lately ni, ramai client mira yang cakna dengan takaful.Bila jumpa, masa tu baru tahu umur 29 tahun kena buat angio. Tapi insurans company tak cover full . Ada juga umur 33 tahun dah ada diabetes dan cucuk insulin.
Allahu..takut sangat dengar😢
Kepada yang masih tak ada takaful, luangkan masa dan cari agent insurans anda. Ambil tahu dan cakna apa yang anda masih kurang protection. Tak paksa ambil cuma nak anda andw CAKNA

19/10/2023

Acap kali perkataan “ tak mampu” diberi pada agent2 .

Mira nak share satu cerita.
Mira ada seorang client.wanita lewat 40 an.bersuami dan ada anak2 yang masih bersekolah. Punca pendapatan sehari2 ,menjadi penjaga lembu orang kampung. Beri makan lembu dan bawa lembu p**ang ke kandang setiap petang.
Sekali lagi, PEREMPUAN ya. Gaji dibayar pun mengikut hari ya.
Bukan macam kite . Setiap bulan gaji masuk akaun bank.

Kenapa mira tak terima kalau orang cakap tak mampu?
Sebab dah terbukti,bukan u tak ada duit tapi u tak ada KESEDARAN. !

Kakak yang mengembala lembu, mampu bayar tiap bulan RM110.40 pada AIA tanpa kelewatan ya!

Sebab apa? Dia pernah bagitahu
“ akak kalau abang dah tak ada nanti, sekurangnya akk ada duit hibah ni utk akak dan anak2”. adik beradik tak kan tolong akk.mertua pun tak pernah ambil tahu kami anak beranak. “

Masa tu tertusuk dalam hati mira bila dengar akak cakap mcm tu.
Sungguh kurang berkemampuan, tidak mewah, duit pun dicatu utk sehari hari, tapi tetap ketepikan duit takaful .
Tak banyak tapi insya Allah mampu membantu kakak di kemudian hari😭

Yang selalu guna perkataan “tak mampu”
Adalah golongan yang tiap tiap bulan
-pergi starbuck, pergi bercuti cuti , shopping setiap bulan .

Tak percaya??? Cube tgk feed anda yang selalu kata takmampu pada takaful tu.

Anda MAMPU. Cuma anda TAK MAHU.

Sekian dari Misi.
Semoga bermanfaat dan dapat membuka hati dan mata awak2

21/09/2023

Sekadar perkongsian dari seorang jururawat O&G.

Teringat ingat kisah yang berlaku beberapa minggu lepas.

Berumur 22 tahun di sahkan kanser . Simptom cume period tidak teratur dan abnormal bleeding sahaja. Itu sahaja ya.

Manis orangnya. Ditemani mak nya sekali.

Semoga dimudahkan urusan awak adik M🤲🏻

02/08/2023

Baru2 ni ada terjumpa kawan lama.

Boleh kata dah few years la tak bersua.

Baru la tahu beliau ada buat operation. Total kos RM 27 000.

INSURANS COMPANY DECLINE.

Nasib baik suami mampu., dapat la bayar dan claim kemudian .tapi katanya ralat sangat sebab tu duit simpanan kecemasan.

Mira tanya la kenapa tak ambil insurans utk diri sendiri
“Utk anak2 aku,aku memang ambil mira. Tapi untuk aku, aku fikir ak ad insurans company. Tak sangka p**a macamni”

Allahu.emak emak punya pengorbanan🤲🏻🥺

Mira cakap mira cube utk dia. Tapi jika ad sejarah penyakit mungkin ad exclusion atau decline.

P/S : korang yang masih sihat. Tiada sejarah sakit. Tolong la cepat cepat sign up insurans. Jangan bertangguh. Rugi korang rugi🥺

Photos from Mek Enon Empire's post 27/07/2023

Kebenaran menyedihkan tentang kehidupan

22/07/2023

Kenapa Hibah Takaful dulu?
Sebab kena pastikan akan ada “cash segera” jika berlaku 3 keadaan ini:

1) Kematian
2) Hilang upaya penuh dan kekal (lumpuh)
3) Pampasan dari penyakit kritikal (kanser,koma,buta,buah pinggang rosak)

Kerana 3 situasi ini boleh menyebabkan kita/pasangan boleh hilang pendapatan selamanya.

Kemudian baru tambah…

Medical Card - Sebab apa? Kita masih ada pilihan hospital kerajaan. Kalau dah cukup 3 yang utama, ada lebihan baru buat Medical Card.

Nak tau lebih lanjut, klik je link kat bio. Saya sedia membantu.

Photos from Mek Enon Empire's post 20/06/2023

Jadi penting ke tak penting?

17/06/2023

TANGGUNG KOS RAWATAN DENGAN KWSP ❗

Hampir 70% rakyat Malaysia tidak memiliki Takaful dan kebanyakkan adalah Orang melayu. Bila sakit gelabah gunakan saving , dan keluarkan kwsp.

Tengok ni👇
- Bila nak guna company medical benefit tapi Cover sedikit 🥴 Bila nak keluarkan kwsp terpaksa tunggu sehingga 2bulan.

Bila ditanya medical card, terlupa nak apply. Padahal waktu tersebut kita sihat dan fikir company medical benefit mencukupi😬

Tak cukup Kos rawatan terpaksa minta derma, pinjam dengan sedara atau buat pinjaman loan?

Jika ada cara lebih jimat dan mudah kenapa susahkan diri dan ahli keluarga❓

Dengan Takaful korang tak perlu risau kos rawatan, tak perlu menunggu tempoh untuk rawatan, dan tak perlu ahli keluarga risau.

Nak tahu Medical Card terbaik untuk family klik link di bio

08/06/2023

Sekiranya pendapatan anda RM120,000 setahun, tidak perlulah di pindahkan semuanya kepada takaful.

Cukup sekadar RM3,000-RM4,000 setahun saja di pindahkan, supaya BEKALAN RM120,000 itu dapat di nikmati oleh pasangan/waris sekurang²nya 1 tahun selepas ketiadaan anda. Murahkan 💝💝💝

Nak transfer sekarang, kilk saja link 👇👇👇, insyaAllah kita rancang, Allah berkati.

03/06/2023

Realiti Gaiss,
Masa sihat, bila di APPROACH, sibuk bagi alasan, nak compare lah, nak itu lah, nak ini lah...Last² bertangguh aje.

Bila kesihatan di uji, angguk² faham saja depan doktor. Takkan nak kata "maaf doktor, saya tak MINAT sakit² ni" atau "eh! apa ni Doc, saya tak abis compare quotation takaful lagi ni"..😌😌

Masa ni kalau bayar takaful ribu riban sebulan pun dh tak jalan. Confirm DECLINE.

So Gaiss, buang sikap tangguh² tu, benda murah RM69.00 saja sebulan, benda boleh cepat, kenapa nak fikir lama²..

Jom apply medical card/Hibah sekarang, klik utk free consultation

16/05/2023

PART 2
➡️ bapa

Produk yang paling penting bagi ketua keluarga adalah hibah. Ini bagi menggantikan pendapatan keluarga jika sesuatu musibah berlaku kepada ketua keluarga yang mencari nafkah. Medical card bukan tak penting, tapi ada pilihan untuk rawatan di hospital kerajaan. Tapi jika mampu, ambil lah kedua-dua hibah dan medical card. Saranan saya, ambil perlindungan yang tinggi, sebaik-baiknya bersamaan 10 tahun gaji. Jika gaji 5k sebulan, dapatkan produk hibah 5x12x10 = +-600K.

➡️ Ibu

Jika ibu yang bekerja mencari nafkah, hibah adalah produk yang penting. Tetapi orang perempuan biasanya jarang nak tinggalkan duit kepada suami. Rasanya ramai yang faham kenapa kan?? Wanita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berbanding lelaki, maka medical card adalah penting kepada wanita. So saranan saya, ambil produk hibah yang sekadar memadai (untuk ditinggalkan kepada anak-anak) dan utamakan medical card.

➡️ Anak-anak

Kanak-kanak lebih memerlukan medical card berbanding hibah. Kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk diserang pelbagai penyakit. Produk hibah kurang penting kerana ibu bapa masih boleh meneruskan kehidupan (dari aspek kewangan) jika anak-anak meninggal dunia.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


A2-1-3 Apartment Tainia Jalan Kenyalang 11/3 Kota Damansara
Kuala Selangor
47810