Mohd Abdullah AUC
Kesihatan & Keceriaan
01/01/2022
#3 AMALAN PERNIAGAAN YANG BUAT REZEKI BERKAT DAN MENCURAH-CURAH
Perkongsian ilmu istimewa ini Hajar kutip dari video Ustaz Ebit Lew dalam satu sharing beliau.. Allahu, begitu sayu sekali perkongsian dari Ustaz.. Rupa-rupanya inilah amalan yang kita dah tahu, tapi tak buat.. ruginya kita selama ni.. 😓😓
# 1. NIAT BERNIAGA KERANA ALLAH
Kata ustaz, pernah ditanya pada seorang sahabat beliau ni..
' Kenapa nak bisnes lagi.. kan dah ada banyak duit, semua pun cukup lengkap.. apa lagi yang nak dicari?
Lalu sahabat ini menjawab,
' Ustaz, saya buat bisnes ni kerana Allah Ustaz.. saya nak ambik sunnah Nabi saw.. Saya niat dalam hati bila Allah beri saya untung, saya nak sedekah dan zakat sebanyak-banyaknya..nak bantu ummat dan agama Islam.. Saya rasa bahagia Ustaz..'
' Apa lagi yang saya boleh buat untuk agama saya Ustaz? Cuma ini yang saya mampu.. Nak berperang fisabilillah, belum tahu mampu ke tak..'
#2. JAGA SOLAT
Janji Allah SWT pada yang menjaga solat :
- Dikurniakan REZEKI yang BERKAT
- Terlepas dari seksaan KUBUR
- Akan terima buku catatan amalan dengan tangan KANAN
- Melintas di titian Sirat sepantas KILAT
- Masuk SYURGA tanpa HISAB
Pesan Ustaz lagi, jangan tinggal solat Dhuha dan solat Tahajjud.. Sebab Allah janjikan rezeki yang tak disangka-sangka pada orang yang tunaikan solat2 sunat ni.. Solat Dhuha, tanda syukur kita pada Allah..
#3. SAYANGI KELUARGA
Niatlah kita berniaga sebab nak tunaikan amanah yang Allah beri.. iaitu nak cari nafkah yang berkat dan halal untuk keluarga.. Supaya kita tak meminta-minta pada orang lain..
Pegang AMANAH Allah ni erat2, buat apapun sebab Allah yang suruh, supaya Allah sayang.. Jaga dan sayangi isteri dan anak2.. mak ayah, adik beradik dan sahabat2 pun kerana Allah..
Allah kata, siapa yang buat keluarga dan mak ayahnya gembira, Allah akan berikan kegembiraan buat dia di akhirat.. Ingat, jika kebaikan yang kita beri, kebaikan juga yang Allah pulangkan pada kita nanti..
Perkongsian Ustaz Ebit Lew
Sahabatku, ini jugalah yang FTR cuba sampaikan.. Nak kita semua sama-sama buat apa sahaja supaya Allah sayang.. jaga NIAT.. jaga SOLAT, jaga SILATURRAHIM.. Maka Allah perbaiki HIDUP dan REZEKI, Insyaa Allah.
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? ”
Jemput LIKE dan SHARE, dipanjangkan pada sahabat2 yang lain, moga kita sama2 beroleh manfaatnya.
Dan moga Allah alirkan pahala dakwah atas usaha kita yang sedikit ini.. Aaminn Ya Mujib.. 🤗🤗
Kredit: Hajar Abdullah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala