Ntdot Million Diamond 7
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ntdot Million Diamond 7, Beauty, cosmetic & personal care, Kuala.
17/10/2022
RESEPI KERUTUK DAGING
--------------------------------------------
Daging (potong ikut s**a)
1bj bawang bsaq*
3ulas bawang putih*
5btg serai*
1inci halia*
6tgkai cili kering*
1inci lengkuas (ikut s**a)* saya skip
Sdikit jintan manis (ikut s**a)*
Kerisik (ikut s**a)
1bungkus rempah kerutuk
1/2kotak santan
Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa)
Serbuk perasa
Garam
Rempah 4 sekawan
Cara
1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk..
2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk
3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut s**a nk tahap kpekatan tu camna..klu s**a bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering...
Selamat Mencuba😉
Kredit Resepi : jamaliah samsudin
17/10/2022
Resepi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah!
Bahan bahan:-
-1 pack mee kuning
-isi ayam potong kecil ( ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
- daun kucai
-1 biji buah tomato - potong kasar
- 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
- segenggam cili kering ( potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
- kicap manis mudim
-1 sudu besar Garam
-5 sudu besar gula
-5 sudu besar Minyak masak
Cara cara:
Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bg isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yg dkisar td, lepastu boleh terus masuk gula ,garam, kicap. nak bg warna cantik kicap jgn kedekut sngt 😒
tunggu smpai mndidih , n nampk mcm pekat dah, rasa sikit ok x.lepastu Masukkan mee dan gaul sebati.
jgn tinggal me tu.. gaul ja dia smpai agak2 bersalut dah ..n kuah agak2 nak kering tu.. lepaskan tomato n daun kucai yg dh di potong tu... gaul dlm 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.
p/s... jgn smpai kering tau ... 😜😜😜😜
Mee sedia dihidangkan
Kredit: Cik Puan Hajar
17/10/2022
RESEPI ROJAK AYAM
Bahan² KUAH:-
1 1/2 cwn kacang tanah goreng, buang kulit dan kisar halus
2 keping nissan
2 biji bawang besar holland**
3 ulas bawang putih
2 senduk nasi cili giling
4 keping biskut marie dikisar (utk pekatkan kuah) -optional. Klau x nk guna boleh ganti dgn bancuhan tepung jagung
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula
Air anggaran pekat kuah
Sedikit minyak utk menumis
Cara² buat KUAH:-
1. Blend bahan² bertanda *
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yg dikisar dan nissan. Masukkan biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Masak hingga kita dapat kepekatan yang kita nak.
Bahan² CUCUR:-
3 senduk tepung gandum
Air secukupnya
1 sdt soda bikarbonat
1 ikat kangkung- hiris halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Cara buat CUCUR :-
1. Masukkan semua bahan². Gaul rata². Perap 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak (buat besar² sbb cucur akan dipotong)
4. Bila dah masak, angkat dan potong.
Bahan² ROJAK:-
1 ekor ayam (potong empat)
1 batang timun (hiris nipis)
1 biji sengkuang (hiris nipis)
1 pokok daun salad (hiris nipis)
2-3 biji ubi kentang (rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap)
4 keping tauhu (goreng dan potong)
4 biji telur (rebus keras dan goreng sekejap)
1 bungkus mee kuning dicelur sekejap
Cara² buat ROJAK:-
1. Ayam dipotong empat. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis. Rebus ayam dengan sedikit air saja, sampai kering air ayam. Angkat dan goreng sekejap.
Potong ayam kecik² dan campur bersama² bahan² rojak dan cucur tepung. Tuang kuah atas rojak.
Kredit : Rosmaliza Omar
17/10/2022
RESEPI RENDANG DAGING
Bahan-bahan :
1 kilo daging(potong ikut s**a)
4 cawan santan pekat(drp 2 biji kelapa)kalo x de guna santan kotak 2 kotak kecil
4 cawan air
1 1/2 keping asam keping
2 sdb gula
2 sdt garam(jika kurang sila tambah)
Sedikit bahan perasa(jika s**a)
4 sdb kerisik(kalo guna dlm peket kecik guna 4 peket)
3 helai daun kunyit(hiris halus)
5 helai daun limau purut
3 senduk minyak masak utk menumis
Bahan kisar :
30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas putih
Halia(sebesar ibu jari nak 2)
Lengkuas(buh sikit jer)
5 batang serai
1 1/2 sdb biji ketumbar
1 1/2 sdb jintan manis
(kisar semua bahan ini)
Cara-cara :
1.Panaskan minyak.
2.Tumis bahan kisar..tumis hingga pecah minyak..masukkan daging,santan,air dan daun limau purut..masak hingga kuah mula kering..masukkan asam keping,gula,garam dan bahan perasa...teruskan masak hingga kuah rendang pekat..tabur daun kunyit...gaul seketika dan tutup api..
(jika daging masih liat bleh tambah air.
Masaklah hingga daging empuk)
Credit : Hasni Hassan
17/10/2022
RESEPI NASI BRIYANI SEGERA
Bahan-bahan :
3 pot beras basmathi
(guna beras biasa pun rasa sama jgak)
1 pek serbuk briyani maggi
6 ketul ayam bahagian kepak
(nak guna ayam bahagian apa pun boleh je)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 sudu besar mnyak masak
1 kotak kecik kismis
Cara-cara :
1.beras rendam dalam 30mnit tos dan ketepikan dahulu.
2.dalam periuk mas**an mnyak dan tumis 3 sekawan tu sehingga naik bau dan mas**an 4 pot air..
3.apabila air dah mula menggelegak mas**an serbuk briyani maggi tu dan mas**an ayam... rebus ayam tu sehigga separuh masak..
(step diatas ni saya guna noxxa. masuk semua bahan2 tu dalam noxxa hp 10 mnit)
4.apabila ayam dah separuh masak tutup api dan tuang semua kedalam rice cooker.. mas**an beras yg telah di toskan tadi... mas**an kismis dan masak nasi seperti biasa...
5.tunggu nasi masak dan siappp.....
6.boleh terus dihidang..
7.makan panas2 pun sedap makan bila dah sejuk pun sedap....
Credit : Are Peace
17/10/2022
Resepi Bebola Ayam
Bhn2:
Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)
3 sdb tepong jagong
Sebiji telor ambek putihnya saja
1/2 btg karot
Sedikit daun bwg n daun ketumbar
Cili besar merah dibuang biji
Sesudu mnyk bijan
Kiub ayam knorr, sedikit, garam, gula, lada sulah n serbok perasa
Cara2:
Kisar semua bahan hingga lumat.
Bentukkan bulat hingga habes.
Panaskn air. Bila mengelegak, masokkan bebola. Biar hingga timbol n angkat.
Siap utk dihidang brsama sos cili.
Boleh juga digoreng. Mmg yummy.
Kalau s**a boleh juga dibuat sup, bebola msk sos plum, bebola sweet sour, sambal bebola.
Selamat mencuba.
Kredit resepi masakan yati mohamed.
17/10/2022
Asam Pedas Tenggiri .
Sediakan:
3 keping ikan tenggiri
Daun kesum
Bunga kantan
Halba
Asam keping
Kisar :
Bawang besar 2 biji
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 1 genggam
Halia 1 inci
Lada hitam 2 camca kecil
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali . Masukkan halba , bila dah naik bau masukkan bahan kisar . Biar garing .
2. Masukkan air . Sukat ikut kepekatan yg kita nak . Perasakan secukup rasa masam masin pedas nya . Lepastu boleh masukkan ikan , daun kesum , bunga kantan dan asam keping .
3. Reneh smpai ikan masak , siap untuk dihidangkan !
Kredit lina kasmani
17/10/2022
Roti Paratha Sosej Cheese
Tengok haritu orang buat nampak sedap sangat,so kita pun try lah. Resepi kita selit sekali lagi 🤗
Bahan-Bahan:
- roti paratha
- sosej
- cheese keping
- kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)
Cara Membuat:
- Potong roti paratha macam dalam gambar
- Letak kan cheese dan sosej lepastu gulung macam dalam gambar
- Sapu kan kuning telur
- Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .
**Roti paratha cepat lembut,jadi saya buat sekeping-sekeping dan masuk dalam peti ais semula,nak buat lagi keluarkan semula .
Sumber: Izz Aishah
15/10/2022
Bahulu Bonda..
(Sukatan guna mangkuk)
1 mangkuk telur (8biji telur).
1 1/2 mangkuk gula pasir(blender smpai jd tepung)
3 sudu besar perisa ros.
2 1/2 mangkuk tepung gandum (jemur tepung bagi ringan)
Cara2:
Pukul telur, perisa ros dan gula smpai kembang (menjadi putih)..
Setelah kembang, masukkn tepung sedikit demi sedikit... Jika lembut blh tmbh tepung.. Jgn terlalu keras nanti bile bahulu dh sejuk bahulu akan keras..
Lumurkan tuang dengan mnyk supaya tidak melekat.. Bakar dlm 10-15minit.. Bergantung pd api.. Jgn terlalu lama.. Takut hangus..
Selamat mencuba....
Kredit resepi kepada Fara Wahida
15/10/2022
BBQ Kambing 😋
Resepi ni terbukti sedap..
Jom kita tengok resepi dari Dr. G ni.. Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
5 - 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.
Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.
Panggang menggunakan arang.
Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ Selamat mencuba ~
kredit resepi: Delihayat Kitchen
15/10/2022
Resepi sponge milky cocolate cakes
bahan2
5 biji telur gred B
1 sb ovalate
1 cawan gula halus (200-210g)
2 cawan tepung self rising(200g)
4sb /30g serbuk koko
1sb emolco coklat
1sk esen creamy vanila
1/4 cawan (60g) susu kotak coklat ducth lady
mix semua guna low speed
dah sebati guna hight speed sampai warna dark brown jd soft brown (bergantung kelajuan mixer masing2)
matikan mixer
masukkan 1/2 cawan butter cair kalau xde minyak jagung pn boleh..(70-80g)
alas loyang 6 dgn baking paper
tuang adunan 420g akan dapat 2 loyang
panas kan oven dulu 180 5 mnt
hentak sket loyang dan bakar suhu 170 masa 45 mnt api atas bawah
dah siap tebalik kan di board yg dilapik tisu dapur kemudian tebalik kan semula ya.
done kek geboo kite.mudah je kan🤩sape kate buat kek susah
Kredit resipi Azlina Ina
15/10/2022
Pisang butter dengan sos kastard🍌🍌
Layan betul makan😋😋
Resepi..
* Pisang
* Butter
* 1 tin susu cair
* 1/2 tin air
* 2 sudu besar tepung kastard
* 3 sudu besar gula (ikut kemanisan yg kita nak)
* 1 biji kuning telur
* Mixed fruit
* 1 Daun pandan
Cara-cara..
1.Cairkan sedikit butter di dalam kuali non stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan.
2. Campurkan susu cair,air,tepung kastard,gula,kuning telur dan kacau sebati.
3. Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
4.Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit..
Siap untuk dimakan!
Resepi Oleh: Fatien Zaini
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala
20100