Dr.Ridzuan Skinlab

Dr.Ridzuan Skinlab

Share

Sertai Telegram Channel Dr.Ridz untuk tips, Q&A secara percuma : https://t.me/DrRidzInfoChannel
Owned by Cloversea Solution Sdn Bhd (202201014952)

Photos from Dr.Ridzuan Skinlab's post 29/04/2026

Alhamdulillah, satu lagi langkah strategik telah berjaya dicapai oleh Dr.Ridzuan Manufacturing

Hari ini menjadi detik bermakna apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak kilang Dr.Ridzuan Manufacturing dan Institut Jantung Negara Universiti Colleage (IJN UC)..Kerjasama ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam komersialan produk penyelidikan, latihan, praktical, penyelidikan,perkongsian ilmu, pembangunan teknologi serta peluang latihan dan kerjaya kepada para pelajar dan pensyarah..

Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada inovasi yang lebih cemerlang dan memberi manfaat kepada Dr.Ridzuan Manufacturing sebagai pengilang produk yg berasaskan penyelidikan terbaik negara...

Terima kasih kepada semua ahli lembaga pengarah Dr.Ridzuan Manufacturing..well done

10/03/2026

Alhamdulillah berkat ramadhan..terima kasih UMK sudi melantik saya lagi sebagai Profesor adjung mereka..insya allah saya akan lebih menyumbang dalam akademik, penyelidikan dan universiti development kearah melahirkan graduan yg lebih berkualiti dan berdaya saing..

04/03/2026

Tahniah Dr.Ridzuan diatas Pembukaan Klinik Wildan ke-10..Klinik Wildan Jelawat Bachok di kendalikan oleh Dr.Amalina di mana klinik wildan jelawat memfokuskan kepada rawatan maternal dan kesihatan kulit...semoga klinik Wildan menjadi pusat kesihatan komuniti pilihan yg mampu menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan komuniti

Photos from Dr.Ridzuan Skinlab's post 24/02/2026

Alhamdulillah terima kasih Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) diatas lawatan ini..insya allah MOU akan di buat dalam masa terdekat..

Kami bukan hanya boleh buat produk Jenama sendiri, kami juga pakar pengilangan produk klinik,hospital,universiti dan pusat penyelidikan Negara..

Sama2 kita sokong kepakaran tempatan utk hasilkan produk berasaskan penyelidikn dan makmal analisis..

09/01/2026

Ramai ibu ayah risau bila nampak senarai ikan “tinggi histamin” yang dikongsi lalu terus fikir ikan itu bahaya untuk anak.

Sebenarnya, BUKAN ikannya yang salah. Histamin bukan datang dari ikan… tetapi dari cara ikan itu disimpan.
Bagaimana Histamin terbentuk dalam ikan tidak segar?

Histamin terbentuk bila ikan yang tinggi protein seperti kembung, tongkol, sardin atau tenggiri tidak disejukkan segera, dibiarkan pada suhu bilik atau hampir rosak. Bila ikan tidak segar, bakteria akan menukar bahan semula jadi dalam isi ikan (histidine) menjadi histamin, dan proses ini berlaku dengan sangat cepat..
Apa kesan kepada anak jika ambil makanan tidak segar yang tinggi histamin ini?

Kalau histamin terlalu tinggi, anak boleh mengalami gejala beberapa minit selepas makan. Muka merah panas, gatal, ruam, muntah, cirit-birit atau jantung berdebar. Ia nampak macam alergi, tapi sebenarnya keracunan makanan akibat ikan tidak segar

Apa kesan kepada bayi bawah 12 bulan?

Untuk bayi bawah 12 bulan, sistem usus mereka masih sangat sensitif. Itu sebabnya ikan berisiko tinggi lebih baik dielakkan jika kita tak pasti tahap kesegarannya.

Tapi untuk kanak-kanak yang lebih besar, ikan kekal makanan yang sangat berkhasiat: tinggi protein, tinggi omega-3, baik untuk otak dan tumbesaran. Ikan bukan musuh. Ikan yang tidak segar itu musuh sebenarnya.

Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?

• pilih ikan bermata jernih dan timbul
• insang merah segar, bukan coklat gelap
• isi pejal, tidak lembik
• tiada bau busuk

Cara simpan di rumah:

• ikan mesti terus dimasukkan ke peti sejuk
• jika tidak masak segera, letak dalam bekas bertutup
• kalau beli banyak, terus proses & simpan dalam freezer
• jangan biarkan ikan duduk di suhu bilik lebih 1–2 jam

Kesimpulannya, ikan tetap makanan terbaik untuk kanak-kanak, kaya protein dan zat penting. Makan ikan adalah selamat selagi kesegarannya dijaga. Yang perlu kita bimbang bukan nama ikan… tetapi bagaimana ikan itu diurus dari laut sampai ke dapur kita.

09/01/2026

"Dokter, Kalau ada Eczema, Boleh Ke Makan Daging BBQ?"

Daging BBQ (bakar) boleh menjadi pencetus (trigger) kepada flare-up eczema bagi sesetengah orang.
Ini 3 sebab utama kenapa BBQ boleh buat eczema makin gatal atau merah:

1. Proses Pembakaran (AGEs)
Bila daging dibakar pada suhu tinggi sampai ada kesan hangit atau hitam (charred), ia menghasilkan bahan kimia yang dipanggil AGEs (Advanced Glycation End Products).

* Bahan ini meningkatkan keradangan (inflammation) dalam badan.

* Eczema adalah penyakit keradangan, jadi bila makan benda yang "panas" dan hangit, kulit mudah jadi merah dan gatal.

2. Sos Perapan (Marinade)
Selalunya, bukan daging itu yang jadi punca utama, tapi bahan perapan:

* Gula tinggi: Sos BBQ selalunya tinggi gula. Gula berlebihan memburukkan keradangan kulit.

* MSG & Pengawet: Sos segera banyak bahan pengawet yang boleh buat kulit sensitif "naik".

* Kicap/Soy/Gluten: Jika anda sensitif pada soya atau gluten, kicap dalam perapan tu boleh jadi punca gatal.

* Pedas: Makanan pedas buat badan panas dan berpeluh, peluh itu sendiri boleh buat kulit pedih.

3. Histamin
Daging yang diproses (seperti sosej yang selalu ada masa BBQ) atau daging yang diperap lama kadang-kadang tinggi kandungan histamin.

* Histamin adalah bahan kimia dalam badan yang menyebabkan rasa gatal.

Cara nak makan BBQ dengan lebih selamat (kurangkan risiko):

Kalau teringin sangat nak makan, cuba tips ni:

* Buang bahagian hangit: Jangan makan kerak hitam tu. Potong buang.

* Perap sendiri (Homemade): Elak sos botol. Guna bahan natural macam bawang putih, halia, kunyit, dan madu sikit. Kunyit bagus sebab anti-radang.

* Jangan makan sosej: Fokus pada daging sebenar (real meat) atau ayam, elakkan daging proses.

* Banyakkan air kosong: Untuk bantu badan flush toksin dan elak dehidrasi (kulit kering).

* Gandingkan dengan sayur: Makan sekali dengan salad atau timun untuk sejukkan badan.

Kesimpulan:
Kalau nak cuba makan, boleh makan, tapi try dulu sikit-sikit. Kalau lepas makan rasa gatal, maknanya badan anda tak tahan dengan cara masakan (bakar/hangit) atau sos tersebut.

01/01/2026

Alhamdulillah.. terima kasih 2025 and welcome 2026..

Walaupun terlalu sibuk dengan menguruskan beberapa syarikat..alhamdulillah sedikit sumbangan dalam bidang akademik dpt dibuat sekadar yg termampu..

Ramai org tanya saya bagaimana pengurusan masa utk membahagikan waktu utk urus 3 syarikat dlm masa yg sama berkhidmat menyumbang bakti dlm bidang akademik..bagi saya pengurusan masa sangat penting dimana kita perlu utamakan yg mana lebih penting terlebih dahulu dan jgn sangat terlalu micro manage..tapi kita perlu detail keatas semua benda utk pastikan semua kerja berjalan dengan lancar dan sempurna..

Falsafah kita seorg muslim,perlu lah kita menyumbang selagi termampu dengan kapasiti yg kita ada..sebab ini lah yg akan kita bawa dan tuai di sana kelak..

Semoga tahun 2026 ni menjadikan kita lebih semourna dan terbaik..

Salam tahun baru dari kami
- Dr.Ridz & Team -

17/12/2025

WE'RE LOOKING FOR INTERSHIP STUDENT! Untuk student Multimedia, Business/Marketing.
📌LOKASI OFFICE : Bandar Tasik Putri, Rawang Selangor

Kami di Dr Ridz Research Centre sedang mencari student internship yang nak belajar ilmu perniagaan sebenar dalam suasana kerja yang best & menyeronokkan!

📌 SYARAT LAYAK:
✅ Tahun akhir Ijazah/Diploma berkaitan (Multimedia/Business/Marketing/Engineering/Etc)
✅ Perempuan atau Lelaki
✅ Tahu guna media sosial, computer (advantage: canva, capcut, others editing apps)

📌 AVAILABLE POSITION:
1️⃣Content Creator
2️⃣Multimedia Graphic
3️⃣Marketing
4️⃣Business Admin

📌 BENEFIT & INCENTIVE:
✅ Elaun bulanan RM 700 💰💰💰
✅ Penginapan disediakan
✅ Suasana kerja yang positif & santai
✅ Peluang belajar terus dari HOD setiap jabatan
✅ Pengalaman sebenar dalam industri

📩 Hantar resume ke: 60182377761 (Pn Fatihah)
link wasap: https://wa.me/60182377761

Tag kawan-kawan anda yang tengah cari tempat internship! 30 Kekosongan Segera.

26/11/2025

🌟 PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DIPERLUKAN!🌟
Untuk pelajar Business, Marketing

Kami di Dr Ridz Research Centre sedang mencari pelajar latihan industri yang nak belajar ilmu perniagaan sebenar dalam suasana kerja yang best & menyeronokkan!

✅ Khusus untuk pelajar yang mencari position

Content Creator
Multimedia Graphic
Marketing
Business Admin

📌 Lokasi: Bandar Tasik Putri, Rawang

Kelebihan Benefit
💰 Elaun bulanan Rm 700
🏡Penginapan percuma
🎉 Suasana kerja yang positif & santai
💡 Peluang belajar terus dari HOD setiap jabatan
🚀 Pengalaman sebenar dalam industri

📩 Hantar resume ke: 60182377761

https://wa.me/60182377761

Tag kawan-kawan anda yang tengah cari tempat internship! 30 Kekosongan Segera.

21/11/2025

JOM BERSAMA SAYA KITA BELAJAR BERSAMA

Alhamdulillah terima kasih UMT kerana sudi menjemput saya..

Insya allah Saya akan sampaikan perkongsian berkenaan "Ahli Akademic dan Dunia Perniagaan"

Terasa kerdil diri ini bila berdiri dengan Profesor -profesor yang hebat ..

Insya allah saya menyumbang mana yg termampu..

04/09/2025

Prototype Research Grants Scheme (PRGS)

Alhamdulillah selesai pembentangan akhir geran PRGS di Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)..

Dr.Ridzuan Manufacturing merupakan collaborator industry dalam penyelidikan dan pembangunan produk dari Fakulti Farmasi UiTM..

Kami merupakan salah satu dari 9 calon akhir bagi kluster perubatan dan kesihatan dari beratus-ratus applikasi geran PRGS utk tahun ini..

Dr.Ridzuan Manufacuting komited membantu Pensyarah dan penyelidik dalam pembangunan produk penyelidikan mereka

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Tingkat 2, PT 33848, Dataran Tembusu
Kuala
21300