Pondok Wargamas Nurul Hasanah

Pondok Wargamas Nurul Hasanah

Share

Pusat pengajian al quran untuk wargamas

Photos from Pondok Wargamas Nurul Hasanah's post 24/07/2026

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, selesai Program Kuliah Maghrib malam tadi. Penuh pengisian yang bermanfaat dan mendalam untuk kita semua buat bekalan diri. Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Dusuki atas ilmu yang dikongsikan, dan terima kasih juga kepada semua jemaah yang hadir mengimarahkan Surau Pondok Nurul Hasanah. Semoga ilmu yang diperoleh dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian. Insya-Allah, jumpa lagi di kuliah akan datang! โœจ

22/07/2026

*๐Ÿ“ข Jemputan Kuliah Maghrib Perdana*

Assalamualaikum warahmatullah..

Semua dijemput hadir ke *Kuliah Maghrib Perdana* yang akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“… *Tarikh*: Khamis, 23 Julai 2026/8 Safar 1448h
โฐ *Masa*: Selepas Maghrib
๐Ÿ“ *Tempat*: Surau Pondok Nurul Hasanah, Kg. Bukit Belimbing

๐ŸŽค *Penceramah*: *Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abdul Rani*
(Pendakwah & Pengasas Yayasan An-Nabawi)

โœจ Ayuh manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu. Semoga Allah buka pintu hidayah dan taubat buat kita semua.

*โ€œApabila Allah mencintai seorang hamba, Dia akan menjadikannya cinta kepada taubat.โ€*

Semoga kehadiran muslimin & muslimat semua diberkati dan dirahmati Allah.
Jazakumullah khairan.

17/07/2026

*IKLAN PENGAMBILAN WARGA PONDOK SESI 2026*

1. PONDOK WARGAMAS NURUL HASANAH, KG. BUKIT BELIMBING, KUALA SELANGOR, SELANGOR

โ€ข Pengajian Al Quran
โ€ข Tenaga pengajar Huffaz
โ€ข Sebuah pondok untuk seorang kecuali kelamin.
โ€ข Berdaftar Dengan Majlis Agama Islam Selangor

2. TERHAD KEPADA 7 ORANG SAHAJA

3. SYARAT KEMASUKAN

โ€ข Lelaki dan Perempuan
โ€ข 50 hingga 70 Tahun
โ€ข Tiada Komitmen Bekerja
โ€ข Minat & Berkesungguhan Tinggi
โ€ข Sihat Tubuh Badan & Mampu Berdikari
โ€ข Tidak terlibat dengan masalah undang-undang

4. TEMUDUGA

Isnin hingga Khamis (9.00 pagi - 11.00 pagi) maklumkan kehadiran sehari sebelum

5. TARIKH KEMASUKAN

Bermula
1 Julai 2026

6. PENDAFTARAN SILA HUBUNGI:

โ€ข Ustaz Yusri Bin Abdul Karim (0176028030)

โ€ข Puan Rina (0127998343)

15/07/2026

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

*๐Ÿ‚ " COBALAH UNTUK MENGINGAT KEMATIAN DALAM SETIAP SHOLATMU*

Mengingat kematian membantu kita dalam khusyuโ€™ dalam shalat. Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda,

ุงุฐูƒุฑู ุงู„ู…ูˆุชูŽ ูู‰ ุตู„ุงุชููƒ ูุฅู†ูŽู‘ ุงู„ุฑุฌู„ูŽ ุฅุฐุง ุฐูƒุฑ ุงู„ู…ูˆุชูŽ ูู‰ ุตู„ุงุชูู‡ู ููŽุญูŽุฑูู‰ูŒู‘ ุฃู† ูŠุญุณู†ูŽ ุตู„ุงุชูŽู‡ ูˆุตู„ูู‘ ุตู„ุงุฉูŽ ุฑุฌู„ู ู„ุง ูŠุธู† ุฃู†ู‡ ูŠุตู„ู‰ ุตู„ุงุฉู‹ ุบูŠุฑูŽู‡ุง ูˆุฅูŠุงูƒ ูˆูƒู„ูŽู‘ ุฃู…ุฑู ูŠุนุชุฐุฑู ู…ู†

_*โ€œIngatlah kematian dalam shalatmu karena jika seseorang mengingat mati dalam shalatnya, maka ia akan memperbagus shalatnya. Shalatlah seperti shalat orang yang tidak menyangka bahwa ia masih punya kesempatan melakukan shalat yang lainnya.

Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta udzur (meralatnya) (karena tidak bisa memenuhinya).โ€ (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadits ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)*_

Imam Qurthubi menyebutkan dalam At Tadzkiroh mengenai perkataan Ad Daqoq mengenai keutamaan seseorang yang banyak mengingat mati:

โ–ช๏ธMenyegerakan taubat.
โ–ช๏ธHati yang qonaโ€™ah (selalu merasa cukup)
โ–ช๏ธSemangat dalam ibadah.

Sedangkan kebalikannya adalah orang yang melupakan kematian, maka ia terkena hukuman:

โ–ช๏ธMenunda-nunda taubat.
โ–ช๏ธTidak mau ridho dan merasa cukup terhadap apa yang Allah beri.
โ–ช๏ธBermalas-malasan dalam ibadah.

Semoga Allah menghindarkan kita dari penyakit cinta dunia dan takut mati,Barakallahu fiikum.

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ
๐Ÿ’ŽLaki-laki berjamaah di mesjid
๐ŸŒทAkhwat lebih afdhal di kamarnya

Baarakallaahu fiikum

๐Ÿ€๐ŸŒบโ˜˜๏ธ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ๐Ÿชท๐Ÿƒ๐ŸŒท

07/07/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ .
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุงุญูŠุงู†ุง ุจุนุฏ ู…ุง ุงู…ุงุชู†ุง ูˆุงู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุดูˆุฑ 9โƒฃ0โƒฃ3โƒฃ4โƒฃ

_Barangsiapa yg memperbanyakkan istighfar nescaya Allah memberi jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yg tidak di sangkaยฒ ._

_HR Ahmad_

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

03/07/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ .
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุงุญูŠุงู†ุง ุจุนุฏ ู…ุง ุงู…ุงุชู†ุง ูˆุงู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุดูˆุฑ 8โƒฃ0โƒฃ3โƒฃ4โƒฃ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon padaMU ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMU dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksaMU yang datang secara tiba-tiba dan dari segala kemurkaanMU.

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

02/07/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemuliaan Buat Pembaca al- Quran dan Kedua Ibubapa

ุนูŽู†ู’ ุจูุฑูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ููŠู‘ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู ูˆูŽุนูŽู…ูู„ูŽ ุจูู‡ูุŒ ุฃูู„ู’ุจูุณูŽ ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุงู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุชูŽุงุฌู‹ุง ู…ูู†ู’ ู†ููˆุฑูุŒ ุถูŽูˆู’ุคูู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุถูŽูˆู’ุกู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณูุŒ ูˆูŽูŠููƒู’ุณูŽู‰ ูˆูŽุงู„ูุฏูŽุงู‡ู ุญูู„ู‘ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ู„ูŽู‡ูู…ูŽุง ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุงุŒ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ูŽุงู†ู: ุจูู…ูŽ ูƒูุณููŠู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุงุŸ ููŽูŠูู‚ูŽุงู„ู: ุจูุฃูŽุฎู’ุฐู ูˆูŽู„ูŽุฏููƒูู…ูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ

Daripada Buraidah al-Aslami RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca al-Quran, mempelajarinya dan beramal dengannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota yang diperbuat daripada cahaya. Cahayanya lebih terang seperti cahaya matahari. Kedua-dua ibu bapanya juga akan dipakaikan dua persalinan yang nilainya tidak dapat ditandingi oleh seluruh isi dunia. Lalu mereka bertanya: 'Mengapakah kami dikurniakan semua ini?' Maka dijawab: 'Kerana anak kamu berpegang teguh kepada al-Quran.'" (HR Abu Daud No: 1453) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Membaca, mempelajari, menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran merupakan antara amalan yang paling mulia.

2. Kemuliaan sebenar al-Quran diperoleh melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan, bukan bacaan semata-mata.

3. Pendidikan al-Quran dalam keluarga merupakan tanggungjawab yang sangat besar.

4. Ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran akan memperoleh ganjaran yang besar di akhirat, berbentuk mahkota dan pakaian yang tidak ternilai.

5. Menurut Ibn Hajar, ibu bapa memperoleh pahala kerana mereka menjadi sebab kepada pendidikan dan pembentukan anak. Orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan akan turut mendapat ganjaran seperti orang yang melakukannya, tanpa mengurangkan pahala pelakunya.

6. Anak yang soleh menjadi sebab berterusannya pahala kepada ibu bapa.

7. Ganjaran Allah SWT di akhirat jauh melebihi segala kemewahan dunia.

8. Setiap Muslim hendaklah berusaha mempelajari, membaca, memahami maksud, menghafaz, menghayati dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup agar memperoleh kemuliaan untuk dirinya dan juga ibu bapanya.






16hb Muharam1448H
02hb Julai 2026

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

PONDOK WARGAMAS NURUL HASANAH, KAMPUNG BUKIT BELIMBING
Kuala Selangor
45000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00