Pusat Operasi Kulim
Pusat Pengembangan VetEC Zon Utara
20/05/2026
Untuk Warga Kulim Kedah..
๐ข Makluman Tarikh Permohonan Dokumen Korban Aidiladha 2026
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang merancang untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini, sila ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting permohonan dokumen berkaitan. ๐๐
Bagi memastikan kelancaran ibadah serta mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan veterinar, permohonan bagi dokumen berikut kini dibuka mengikut negeri masing-masing:
๐ SKV โ Sijil Kesihatan Veterinar
๐ AKP โ Akuan Kebenaran Pindah
๐ PSL โ Permit Sembelihan Luar
๐ Sila rujuk infografik di bawah untuk tarikh tutup permohonan di negeri anda. Jangan tunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan. โณ
๐ค Sama-sama kita pastikan ibadah korban tahun ini dilaksanakan dengan tertib, lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
01/05/2026
Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kekuatan organisasi dan pemacu kemajuan negara.
Pengorbanan, komitmen dan integriti dalam melaksanakan amanah merupakan asas kepada kecemerlangan perkhidmatan. Semoga sambutan ini terus menyuntik semangat untuk kita meningkatkan produktiviti, memperkukuh profesionalisme serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
โPekerja MADANI, KESUMA Bangsaโ
Ikhlas:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar
01/05/2026
AKAN DATANG ๐๏ธ
Bersedia untuk kupasan santai namun sarat dengan informasi bersama kami dalam Podcast Sembang Veterinar!
Pelbagai topik menarik berkaitan dunia veterinar, kesihatan haiwan serta isu-isu semasa akan dibawakan khas untuk anda.
๐ข Nantikan kemunculannya tidak lama lagi!
Ikuti kami untuk mendapatkan info terkini dan jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian yang bermanfaat ini.
01/05/2026
| Program Transformasi Penternak Tenusu Malaysia |
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENTERNAK LEMBU TENUSU!!!๐ฎ๐
Jom Sertai Program Transformasi Penternak Tenusu Malaysia, anjuran kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).
Program ini dirangka khusus bagi memperkasa penternak tenusu yang lebih efisien dan mampan selaras dengan standard industri semasa.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan untuk bersama-sama memajukan dan memperkukuh industri tenusu negara.
Bagi tujuan pendaftaran, sila klik pautan di bawah:
https://transformasitenusu.com.my/registration
18/01/2026
๐ข Jemputan Sesi Libat Urus Bersama Usahawan Produk Hasilan Ruminan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjemput semua usahawan industri asas ternakan, khususnya pengusaha produk hiliran hasilan ruminan (makanan dan bukan makanan), untuk menyertai sesi libat urus yang akan membincangkan cabaran, peluang serta hala tuju industri.
Sesi ini turut menampilkan pembentangan berkaitan:
โ
Program Geran Pemadanan Pembangunan Industri Makanan โ High Impact Product (HIP) & Change Upgrade Product (CUP)
โ
Program Geran Agropreneur NextGen
๐ 20 Januari 2026 (Selasa)
โฐ 9.00 pagi โ 11.30 pagi
๐ป Secara atas talian (Google Meet)
https://meet.google.com/saz-pdji-hbi
17/01/2026
Selamat menyambut Israk Mikraj 2026. Semoga kita istiqamah dalam ibadah dan sentiasa mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.
Di hari yang mulia ini, marilah kita jadikan solat sebagai kekuatan dan penolong dunia akhirat.
Semoga penghayatan Israk Mikraj mengukuhkan jati diri, memperteguh nilai ihsan, dan mendorong kita berkhidmat dengan ikhlas.
Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
17/01/2026
17/01/2026
๐ข Permohonan Penyertaan Kursus Asas Penternakan Kambing / Bebiri
๐ป Webinar (Dalam Talian)
๐ 22 Januari 2026 (Khamis)
โฐ 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Kursus ini terbuka kepada individu yang berminat untuk mempelajari asas penternakan kambing dan bebiri sebagai permulaan atau penambahan ilmu.
๐ Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
๐ https://forms.gle/jaTD5RBVRHKVMu96A
๐ Tarikh Iklan: 16 Januari 2026
โณ Tarikh Tutup Permohonan: โ19 Januari 2026โ
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
12/01/2026
PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR NEXTGEN kini telah dibuka!
Mulai tahun 2026, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan Program Agropreneur NextGen dengan penjenamaan baharu sebagai satu inisiatif strategik untuk memperkasakan penglibatan belia dalam sektor agromakanan negara.
Program ini diwujudkan untuk tarik lebih ramai belia untuk mula atau kembangkan projek dalam bidang tanaman, ternakan dan perikanan secara lebih tersusun, mampan dan berdaya saing.
Apa yang menarik, melalui penjenamaan baharu ini, Agropreneur NextGen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek, sama ada di peringkat permulaan atau pengembangan.
Kategori Start-Up
Bantuan sehingga RM30,000
Kategori Scale-Up
Bantuan sehingga RM50,000, berg anting kepada keperluan dan skop projek.
Pendekatan ini dibuat supaya bantuan yang diberi betul-betul memberi impak, meningkatkan produktiviti dan memastikan projek agropreneur belia kekal mampan.
Dari segi permohonan p**a, prosesnya dipermudahkan, hanya 3 langkah sahaja:
1. Daftar akaun di portal eGAN
2. Lengkapkan borang permohonan
3. Hantar untuk penilaian Jabatan pembimbing
Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun. Belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing, tak perlu tunggu musim tertentu.
Tahun 2026 menandakan era baharu sokongan Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan KPKM dalam melahirkan agropreneur belia yang inovatif, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Noor Suhaila binti Samsi di talian 03-88702245 atau emel [email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kulim
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |