Sahabat Syurga
Berkongsi sesuatu yg bermanfaat
11/11/2022
Bila bawak pergi kelas mengaji semua mata asyik pandang-pandang jer...ingatkan pakai baju terbalik...rupanya semua tengah jeling Al Quran Khadeeja ni.
Katanya sangat unik dan warna pun lawa😁 Ramai betul berminat nak milikinya jugak😄
Tekan link www.wasap.my/+60142381727/AlquranKhadeeja
11/11/2022
"9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat"
1 - Dicintai Allah.
2 - Badan selalu sihat.
3 - Dijaga oleh malaikat.
4 - Turun berkah pada rumahnya.
5 - Tampak pada wajahnya tanda orang soleh.
6 - Allah akan melembutkan hatinya.
7 - Lalui sirat (titian) sepantas kilat.
8 - Diselamatkan oleh Allah daripada api neraka.
9 - Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak bersedih.
~ Petikan ungkapan Sayyidina Uthman bin Affan
Alhamdulillah ♥️
https://t.me/Diaryusahawan
11/11/2022
Kita semua nak masuk syurga. Maka kita kena kenal 7 ciri-ciri penghuni syurga firdaus:
1. Khusyuk dalam menunaikan solat.
Fokus dan menghayati sepenuhnya ketika menyembah Allah yang Maha Satu. Merasa bersyukur kerana Allah hadiahkan solat kepada kita untuk kita amalkan serta zahirkan ia dalam kehidupan.
Elok solat kita, maka eloklah tiang agama kita.
Elok tiang agama, maka kukuhlah rumah kehidupan kita.
2. Memelihara diri daripada perbuatan yang tidak berfaedah.
Masa yang Allah berikan, tidak kita bazirkan. Kita isi dengan hal bermanfaat dan sibukkan diri kita dengan amal ibadat serta membantu insan lain.
3. Menunaikan zakat.
Rezeki yang Allah limpahkan pada kita, ada rezeki untuk orang lain. Maka agihkanlah ia dalam bentuk zakat, maka semakin berkat atas apa yang kita perolehi.
Malahan ia lebih berganda dan berganda lagi.
4. Memelihara kehormatan
Kita tahu menjaga maruah diri, keluarga, sahabat handai dan masyarakat. Hari ini, maruah diri bukan sahaja perlu dijaga secara nyatanya di luar, tetapi yang terlebih utama adalah menjaga diri di dalam media sosial.
Kerana hari ini, ramai yang nampak baik di luar, belum tentu baik di media sosial, begitu jgua dengan sebaliknya.
5. Melaksanakan amanah
Kita kerjakan dan usahakan apa yang sudah dipertanggungjawabkan untuk kita dengan sungguh-sungguh. Bukan sahaja dalam pekerjaan tetapi hal paling utama adalah kita melaksanakan amanah kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT.
6. Memenuhi janji
Setiap ikatan janji kita sempurnakan serta tidak memandang ringan terhadap hal itu. Kita tahu sebab dan akibat sebelum berjanji dan apabila telah kita berjanji, maka kita perlu kotakan sebaiknya.
7. Memelihara solat
Kita bukan sekadar mendirikannya, tetapi menyayangi dan jaga sungguh-sungguh solat kita. Bukan solat wajib sahaja tetapi kita jaga solat sunat untuk menambah keimanan serta mendekatkan peluang kita mengecap syurga firdaus kelak.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Tok Abah doakan kita semakin hari, semakin cerah peluang untuk menjadi penghuni syurga firdaus.
Walhal, hakikatnya semakin hari, semakin banyak kesilapan dan ada dosa-dosa kita mungkin bertambah secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Maka, selalulah kita solat taubat dan kerjakan amal ibadat supaya dapat kita lengkapkan diri kita dengan ciri-ciri menjadi penghuni syurga.
Ingat, kejayaan yang hakiki adalah pada saat kita berjaya mengecap syurga.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Doakan kita semua masuk syurga ya.
https://t.me/diaryusahawan
Sahabat Syurga Berkongsi sesuatu yg bermanfaat
11/11/2022
Perempuan sederhana itu menenangkan.
1. Bila bercakap, dia bukan mempertahankan pendapat tetapi meraikan perbezaan.
2. Bila berkawan, dia memuji kelebihan tanpa mempermainkan kelemahan.
3. Bila ada impian, dia bergantung sepenuhnya pada Tuhan.
Hidupnya sederhana keran yang dikejar itu redha Tuhannya.
Sahabat Syurga Berkongsi sesuatu yg bermanfaat
11/11/2022
Assalamualaikum..Selamat Pagi Sahabat Syurga..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Malacca City
75250