Biro Wanita Long Panai Tutoh
Voluntary Non Profit Organization
01/06/2026
21 MEI 2026. 3.00 ptg. | Miri
Kunjungan Hormat EXCO BIRO Wanita Long Pantai Tutoh, bersama YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Merangkap ADUN N.78 Mulu.
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk kerana meluangkan masa untuk menerima kunjungan kami berkaitan taklimat tentang perancangan perjalanan program dan juga Jemputan Khas dari AJK Pengelola untuk menjemput YB Datuk sebagai Perasmi di acara Program " Kampungku Di Hati" pada 13 Jun 2026.
Antara matlamat program ini adalah sebagai sebuah platform untuk memperkasakan komuniti dan pembangunan sosio -ekonomi masyarakat setempat serta membina semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan antara penduduk kampung juga memartabat budaya dan Kraft tradisional Orang Ulu.
Peji Layak Pepju
Sayu Kenep
01/06/2026
MESYUARAT KE-2
AJK PENGELOLA PROGRAM
PROGRAM "KAMPUNGKU DI HATI"
Ceramah dan Bengkel Kraftangan
Anjuran Biro Wanita Long Panai Tutoh Bersama JKKK dan PMKLP.
Tarikh: 22 Mei 2026
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola Program, Pn Lungan Ding
Amanat oleh Ketua Kami, En.Gilbert Ding.
Dihadiri oleh AJK Pengelola.
Program "KAMPUNGKU DI HATI" akan dilangsungkan pada 11-14 Jun 2026, di Dewan Umum Kampung Long Panai.
Kita sangat bertuah, berterima kasih dan bersyukur kerana YB Datuk Gerawat Gala, akan merasmikan program pada 13 Jun 2026.
Juga kita menerima khabar baik kerana Sarawak Craft Council (SCC) juga memberi sokongan penuh dan sedia berkolaborasi dengan Biro Wanita ini demi memberi banyak lagi peluang untuk kami memartabatkan Kraft tangan tradisional Orang Ulu, khususnya Kayan Uma Beluvuh Long Panai Tutoh.
Beberapa taklimat, mesyuarat dan persiapan telah kami lakukan bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar.
Terima kasih semuanya.
30/04/2026
29 April 2026, 7.30 mlm. Mesyuarat Pertama Program "Kampungku Dihati"-Ceramah dan Bengkel Kraftangan, yang dipengerusikan oleh En. Gilbert Ding, Ketua Kaum Kpg Long Panai.
Program ini adalah anjuran Biro Wanita KPG Lg Panai Tutoh bersama dgn JKKK Kpg dan Pertubuhan Masyarakat Kpg Lg Panai. Ianya akan dilaksanakan pada 12-14 Jun 2026 di kampung Lg Panai.
Juga, dimaklumkan bahawa jemputan perasmian program ini pada 13 Jun 2026, 10.00 pagi , adalah YB Datuk Gerawat Gala, ADUN N.78 Mulu. Kita sangat bersyukur dan berterima Kasih atas kesudian YB untuk akan hadir bersama dengan warga kampung pada masa yg dinyatakan.
Antara agenda mesyuarat adalah menubuhkan AJK Pengelola atau Pelaksana, membincangkan bajet, aturcara , pengisian program dan sudah tentunya juga membincang perancangan bagi menyambut YB Datuk dan lain- lain lagi.
Terima kasih kpd warga kampung yg duduk/bekerja di Miri dapat menghadiri mesyuarat ini.
Tarikh mesyuarat kedua akan dimaklumkan kemudian.
"Peji Payak Pepju"
-LDBie-
26/04/2026
It has been a while not updating this page.
On 26 April 2026, 7.00pm, at Busang Jelini Restaurant, a Pre-Council Meeting between Biro Wanita Long Panai with EXCO JKKK Kampung and also EXCO Pertubuhan Kampung was held to have a round table discussion about a programme going to held in the village on 12-14 June 2026.
This programme, Ceramah and Bengkel Kraftangan is initiated by the Biro Wanita.
It's such a great opportunity for us to get together, if not wrong for the very first time, to discuss and share our big hearts and love for our kampung.
We hope this cooperation, support and commitment among us will continue in the future for the betterment of our village.
At the same time, all of us present show our full and undivided support to our village leadership as well as to our wonderful YB Datuk Gerawat, ADUN N.78 Mulu.
The next official meeting will be on 28 April 2026, which will be chaired by our Ketua Kampung.
Let's work together in this. Kita boleh!
God bless.
Stay tune. More to come. Will keep you all updated.
21/03/2026
Gimmick Perasmian Majlis Makan Malam PKS Cawangan Miri oleh YB Datuk Gerawat Gala.
Welcoming the VIP and the Welcoming dance- Nyivan te kah.
21/03/2026
Antara ahli Biro WANITA Long Panai Tutoh menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baru 2026 & Apresiasi Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Miri.
21 Mac 2026
13/03/2026
13.03.2026, Jumaat, 7.30p.m,
FORUM CULTURAL CENTRE, Miri.
Mesyuarat Bil 1/2026, EXCO & Ketua AJK Kecil dan AJK Kecil, telah dihadiri oleh 16 orang Ahli Jawatankuasa.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Biro, Puan Ping Laeng. Turut hadir bersama ialah Penasihat Biro, Datin Catherine Awing.
Mesyuarat pertama ini membincangkan beberapa agenda dan antaranya adalah:
✓Ucapan Aluan dan Pesanan dari Pengerusi BIRO,
✓ Amanat Penasihat
✓Laporan Setiausaha dan pembentangan tentatif program tahun 2026.
✓Laporan Bendahari
✓Pembentangan Visi, Misi, Matlamat Biro
✓ Bacaan Pertama Draft Perlembagaan Biro.
✓ Hal-hal Lain
Antara agenda lain yg dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini adalah memurnikan ahli jawatankuasa mengikut keperluan menyelaras program agar Biro ini boleh bergerak secara aktif dan memberi manfaat kepada wanita Kampung Uma Beluvuh Long Panai dan komuniti setempat.
Dalam mesyuarat pertama ini juga telah dibaca dan dibentang Draf Perlembagaan Biro buat julung kalinya, dan draf telah diterima dengan pindaan. Draf akan dibaca buat kedua kalinya di mesyuarat yang akan datang.
Ahli EXCO dan AJK yg hadir sebulat suara menyatakan komitmen tinggi mereka untuk bersatu menyokong kepimpinan wakil rakyat kami demi kesejahteraan dan kemakmuran warga kampung kami.
Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli EXCO, Ketua AJK Kecil dan AJK Kecil yang bukan saja hadir tetapi telah terlibat sama dalam memberi pendapat dan membuat keputusan sepakat untuk biro.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30p.m.
10/03/2026
08/02/2026
7.2.26. Miri.
Fitness and Wellness Challenge.
Activity by Biro Wanita Long Panai.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
98700