All About Coco

All About Coco

Share

We are an all-natural maternity bodycare brand created from the love of nature’s most wonderful gift, Virgin Coconut Oil.

27/03/2022

Hari ni ikut husband panjat Gunung Datuk. Last sebelum start puasa dia kata. Ni first time Nad dekat sini dan hike Nad yang ke4.

Dah nak masuk 3 bulan Nad tak workout, hanya buat niko niko run shj 2-3 kali seminggu. Rasa mcm fitness dah kurang berbanding biasa. Nak start pergi gym balik tp kena tunggu masa yg sesuai. Husband kata dia tak kisah sebab nobody is perfect tapi diri sendiri yang rasa lain so nak taknak kena buat sesuatu jugak la utk improve balik fitness.

10/03/2022

Sebulan lebih ni Nad dah kelaut..
Makan tak jaga
Workout pun on & off
Mood takde sebab banyak cuti

Muffin top dah mula kelihatan
Thigh gap pun dah berkurangan
Tengah mencari kekuatan untuk start over..

Begitulah lumrah hidup
Ada masa semangat kita di atas
Ada masa semangat kita di bawah
Yang penting kita sedar & tak berhenti berusaha

Nad doakan korang yang alami perkara yang sama supaya dikuatkan semangat..

It’s okay to not be okay and to feel down
But it’s not okay to continue to be in that situation
Fight & get back up
Seek for help if needed
Reach out to your family & friends

Semoga baik2 sahaja semuanya.. 😊

26/02/2022

Dah melantak tak jaga makan selama sebulan. Hari ni tekar nak mula Eat Clean balik. Tapi tekak melayu, nak juga ada rasa pedas bila makan 🤪

TQ babe memudahkan diet aku. Sayang ketat2!

Resepi campak2 :
Airfried with 1tsp of butter
Homemade mushroom sauce
Stir fried tempeh, mushroom & string beans

24/02/2022

Peneman & pemberi semangat Nad untuk bersenam. Dulu2 hubs ni dia kaki gym acah2 bodybuilder tapi dah stop sebab takde masa nak pergi. So bila dia tau Nad pergi gym dia tak halang tapi kadang ada la keluar perangai jeles dia tu.

Kalau korang baru nak berjinak2 utk bersenam atau join gym, kena survey dahulu tempatnya. Pastikan gym tu selamat dan selesa utk kita. Jika prefer gym muslimah, google ikut lokasi kita. Atau boleh cari kelas zumba, yoga & pilates. Kelas2 ni selalunya khas orang perempuan shj.

Tak pun, start dalam rumah dulu. Lepas tu slow2 keluar area kawasan rumah. Lepas tu boleh try bersenam di taman pulak. Jgn paksa diri, yang penting kita selesa dan rasa selamat (dari gangguan orang & binatang).

10/02/2022
24/01/2022

Contoh meal yang Nad makan skrg ni. Bukan hari2 Nad makan mcm ni, hanya sesekali bila ada time nak masak. Menu mcm ni sangat mengenyangkan & usually tahan 4-6 jam sebelum lapar semula.

Nad dah dalam fasa maintenance so tak perlu hari2 makan mcm ni. Tp sometimes berat tu dia akan turun naik ikut calorie intake & activity kita. Tu satu perkara yang Nad nak kena jaga lebih & target dapat improve pada tahun ni.

Photos from All About Coco's post 09/01/2022

Hari ni panjat Bukit Kutu for the first time. Total 5.5km dari kawasan parking & ambil masa 3 jam setengah nak sampai puncak. Dia punya curam tu masya allah tak boleh bawak bincang, terkejut mak. Tapi view dia sangat lawa & berbaloi sangat 😍

03/01/2022

It is never to late to get healthy ☺️

Photos from All About Coco's post 16/12/2021

25/11/2021

Snacking on Tempeh Chips .love ❣️

Photos from All About Coco's post 17/01/2021
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

S101, 2ND FLOOR, CENTREPOINT
Petaling Jaya
47800