Team Suka Emas
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Team Suka Emas, Puchong.
26/11/2025
*Minggu Gaji Dah Masuk!*
Ini masa terbaik untuk start simpan, bukan tunggu โkalau ada lebihโ.
Sebab realitinyaโฆ
Kalau tak asingkan awal-awal, memang takkan ada lebih ๐
Mulakan dengan jumlah yang kecil pun tak apa, mula dengan RM50 yang penting KONSISTEN simpan emas.
Hari ini kita mula simpan.
Esok kita LEGA.
Lusa kita SENANG.
Jom lock dulu sedikit untuk masa depan โจ
*Boleh juga set Uncang Direct Debit supaya tidak terlupa utk menyimpan๐ช
02/11/2025
Assalamualaikum,
Saya dalam misi Kempen Rekrutmen untuk daftar percuma sahaja akaun simpanan emas KAB Gold.
YAโ๏ธPercuma saja. Tiada apa-apa bayaran
Saya nak mengajak sesiapa saja bersama untuk menyimpan emas dan menjana pendapatan bersama KAB GOLD
Klik link untuk mendaftar, ianya PERCUMA
https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00033259
Kenapa bersama KABGold?
1. Patuh Syariah
2. Emas Fizikal (Ada Sijil Pengesahan Ketulenan)
3. Syarikay Milik Bumiputra
4. Tiada Komitmen Pembelian
5. Peluang Menjana Pendapatan (EP)
13/06/2020
Kisah seorang makcik berusia 56tahun banyak hutang dan terdengar nasihat ustaz yusof tentang 4 surah
Diamalkan setiap hari, 4 bulan kemudian menjadi seorang peniaga, kemudian jualan nya mencecah 1 juta sebulan, dengan amalan sahaja.. Allah tunjuk jalan. Allahu
Semoga Allah memberi jalan keluar buat kita juga โค๏ธ
21/05/2020
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
โฅ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
โฅ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
20/04/2020
Doa utk ibu. Bg yg masih ada ibu. Yg dh x ada tu, rajin2 la kirim fatihah .ibu tiada penganti.
04/12/2019
Sharing is caring
1) kalau tengok anak kita menangis, jangan buang masa nak diamkan dia. Cuba cari sesuautu, macam tunjuk burung atau awan di atas langit supaya dia tengok dan dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia ketika menangis, adalah menunduk.
2) kalau nak suruh anak kita berenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop now!". Tapi kata la pada depa : "Main 5 minit lagi ok".
Kemudian ingatkan lagi untuk reminder :"Dua minit lagi... ". Kemudian barulah katakan, โDah, waktu main tamat semuaaaa". diorang akan berhenti
3) Kalau anak-anak sedang bergaduh atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan kita mesti nak alihkan mengalih perhatian, cuba buat macam ni....: "siapa nak dengar abah cerita? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian dan lain-lain akan follow dan semuanya akan diam... praktis make perfect ๐
4) Anak dah besar, kita kata esok pagi abah gerak subuh kita solat sama-sama. Sebab biasa sangat dibaca, selalu katakan โtidur sekarang , esok kan sekolah ", jom try ubah sama-sama, reminder untuk duniawi dan ukhrawi. supaya anak-anak tak hanya ikut keduniaan semata-mata
5) Selalu juga teringatkan โwaktu bersama anakโ. Ingin nak nikmati masa bermain dengan anak, sebab selalu sangat rasa waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan anak-anak ni tidak lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6) Tinggalkan ja telefon tu (sangat2 reminder untuk diri saya sendiri) dan matikan TV. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
-sbs-
21/10/2019
Kadang suami tak sedar perlakuannya, kata-katanya dan keputusannya menyinggung hati isteri. Belajarlah setiap hari memahami dan memberi keindahan dalam hidup bidadari kita.
30/07/2019
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI .
Semoga pemerintahan Tuanku diberikan rahmat dan keberkatan oleh Tuhan Yang Maha Esa.
28/06/2019
UMMU SIBYAN (JIN YANG S**A MENGGANGGU ANAK-ANAK KECIL)
BERIKUT CARA MENGATASINYA
Pernah dengar nama Ummu Sibyan? nama orang ke ? jangan sembarang buat nama anak p**a.
Ummu Sibyan ini adalah sejenis kaum jin betina yang s**a mengganggu bayi dan kanak2 yang berusia kurang dari 2 tahun serta ibu mengandung. Antara salah satu asbab baby yang baru lahir perlu diazankan adalah agar tidak diikuti oleh jin jenis ni. Tetapi ada yang dah diazankan pun masih mengikut.. taktahula azan tak betul ke...? Ujian kasih sayang dari Allah SWT sebenarnya.
Apa kerja jin Ummu Sibyan?
mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta ibu mengandung.
Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah โJin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaimanโ,jin ini berkata ia boleh memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbatnya dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.
Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Hiperaktif
3.Nakal
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda bayi dan kanak2 terkena gangguan jin Ummu Sibyan.
Bayi menangis tak berhenti (mata biasanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
Kanak-kanak sedang berjalan/berlari tiba2 jatuh seakan2 ditolak
Mengigau sambil laga gigi berulang kali.
Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Tanda tanda ibu mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan
Rasa sesak di dada yang sering dirasakan setelah waktu asar, sehingga tengah malam..
Kusut pikiran.
Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
Mengigau ketika tidur.
Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Macam mana cara atasi sebelum gangguan berlaku atau dah berlaku.. ?
Kredit: Rawatan Al-Mubin Syifa Al-Ikhlas
16/05/2019
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qadaโ) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
โ(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).โ
(al-Baqarah: 184)
KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.
Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
Bermakna, kadar fidyah ialah ยผ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.
Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).
TAKSIRAN FIDYAH
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka
Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H โ 1436H โ 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.
SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH ?
Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
Contoh :
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qadaโ) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM1.80 = RM12.60
Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.
Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
7 hari X (4 Tahun โ 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)
***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun โ 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)
Ibu yang menyus**an Anak
Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qadaโ) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
15 hari X RM1.80 = RM27.00
Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh :
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM1.80 = RM23.40
Melambatkan Ganti Puasa (Qadaโ)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qadaโ) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh :
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
3 hari X (10 Tahun โ 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)
Sumber PPZ MAIWP
Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam s**a dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Click here to claim your Sponsored Listing.
04/05/2019