Ejal Bizz Solution

Ejal Bizz Solution

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ejal Bizz Solution, Health/Beauty, Puchong.

Photos from Ejal Bizz Solution's post 06/11/2025

🚗🇲🇾 “Dari jalan kampung ke litar dunia, inilah lagenda kita!” 🇲🇾🚗

Tahun 1985, lahirlah sebuah ikon yang mengubah sejarah Malaysia — Proton Saga, kereta pertama buatan anak tempatan.
Kini, legasi itu diteruskan dalam versi mini yang penuh makna —
🔥 Hot Wheels Proton Saga Burung Putih 🔥

Bukan sekadar mainan.
Ia simbol kebanggaan bangsa, tanda keberanian Malaysia melangkah ke hadapan, dan bukti bahawa impian anak tempatan boleh jadi nyata!

🔹 Edisi istimewa warna putih klasik
🔹 Siap Free Protector Case untuk kolektor tegar
🔹 Harga RM35 – RM74 sahaja
🔹 Sah untuk disimpan, dipamer atau dijadikan hadiah istimewa buat peminat automotif tempatan

💪 “Biar kecil di tangan, tapi besar maknanya dalam hati rakyat Malaysia.”

👉 Dapatkan sekarang di Shopee:
https://s.shopee.com.my/1qTzxm8NIi
🇲🇾 Kereta kita, kebanggaan kita!

Photos from Ejal Bizz Solution's post 06/11/2025

“Dulu masa kecil, mak s**a bancuh air kabung masa berbuka. Sekali rasa lembutnya… terus teringat zaman dulu.
Sekarang nostalgia tu boleh diulang! 😍
Buah Kabung Asli 500g — segar, kenyal & siap sedia untuk minuman kegemaran.

👉 RM12 je! Dapatkan di Shopee:
https://s.shopee.com.my/50R1gHVH0n

Photos from Ejal Bizz Solution's post 06/11/2025

🌸 “Telekung yang mengubah pengalaman solat saya…” 🌸

Dulu setiap kali nak solat di luar, saya mesti risau — telekung renyuk, berat, susah nak lipat. Kadang-kadang terpaksa redha je bila nampak telekung berkedut dalam beg 😅

Sampailah satu hari saya jumpa HAYĀ DIANELLA Telekung Travel Muslimah 💖
Ringan, ironless (tak payah gosok!), dan datang sekali dengan free travel bag yang comel sangat!

Sekarang, bila travel atau singgah mana-mana untuk solat, saya dah tak pening. Telekung ni lembut, kemas dan tak panas, rasa selesa je bila pakai. Kadang rasa macam telekung ni peluk kita lembut waktu sujud 🕋✨

Paling best — harga dia cuma RM19.88 je!
Serius, tak sangka dengan harga macam ni, boleh dapat telekung cantik, kemas, dan anti kedut.

Kalau awak jenis yang s**a travel, atau nak hadiahkan untuk mak, isteri, kawan — inilah dia telekung yang patut awak cuba ❤️

👉 Klik sini sebelum habis stok:
https://s.shopee.com.my/8KhTVI9EGy

13/06/2025

Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa nahas pesawat Air India AI171

04/06/2025

Tindakan individu Muslim mempersenda janji dan azab Allah boleh jatuh kepada hukum murtad, bahkan haram mayatnya ditanam di kawasan perkuburan orang Islam jika dia mati kelak.
Perkara itu ditegaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus sewaktu mengulas video yang tular dari Indonesia dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan kononnya keadaan di neraka pada hari pertama.
Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya yang menghasilkan video itu adalah orang Islam, individu tersebut menjadi kafir laknatullah.
“Meringan-ringankan janji dan azab Allah hukumnya murtad. Haram ditanam di kubur orang Islam kalau dia mati.
“Jika mayat sudah ditanam di kubur orang Islam, wajib digali dan dibuang di dalam hutan. Nampak hinanya orang yang ‘menganjing’ (mempersenda) hukum Allah. ‘Menganjing’ dengan agama tak boleh,” tegasnya menerusi satu penjelasan video sewaktu sesi ceramah.
Terdahulu tular video AI di media sosial kandungan memaparkan seorang lelaki kononnya berada di neraka pada hari pertama dan dia berada dalam keadaan santai.
Ia mendapat kecaman daripada umat Islam selain teguran daripada ramai pendakwah termasuk dari Malaysia.

04/06/2025

Maafkan kami wahai saudaraku.. ketika mana kami sibuk dengan dengan sembelihan korban lembu kambing dan sebagainya, kamu disana setiap hari ada puluhan malahan ratusan yang terkorban syahid pada jalan Allah.
Maafkan kami wahai saudaraku.. Ketika mana kami sibuk persiap menyambut kedatangan Aidiladha yang bakal tiba , Kamu disana telah persiap untuk mengusung jenazah umat Islam yang setiap hari terkorban dengan deraian air mata.
Maafkan kami wahai saudaraku.. Ketika mana kami bertawaf , wukuf , demi menyempurnakan ibadah Haji untuk tahun ini , Kamu disana setiap saat berjuang mempertahankan agama ini , maruah keluarga,tanah air.
Maafkan kami palestine...

29/05/2025

DUA PEMANDU LORI ‘LALOK' DITAHAN, 200 SAMAN DIKELUARKAN.

MELAKA – Dua pemandu lori ditahan selepas disyaki positif dadah dan mabuk dalam operasi khas kenderaan perdagangan di seluruh negeri ini sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi itu dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka bermula 14 hingga 27 Mei lalu.

Katanya, sebanyak 1,248 buah kenderaan perdagangan diperiksa dan 700 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi khas ini menyasarkan kenderaan perdagangan termasuk bas dan lori. Sebanyak 700 saman dikeluarkan dengan 200 daripadanya ke atas lori.

“Ketika pemeriksaan, dua pemandu lori berusia 41 dan 47 tahun dikesan mengambil dadah dan berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Dalam operasi sama, sebanyak 18 buah lori telah ditimbang dan empat daripadanya disita selepas didapati membawa muatan melebihi had dibenarkan.

“Kita akan terus melaksanakan operasi mengejut ini bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan,” katanya.

29/05/2025

MU KEMPUNAN MENJULANG PIALA MAYBANK CHALLENGE 25

BUKIT JALIL – Tuah tidak menyebelahi Manchester United apabila pas**an terkenal itu sekadar mampu memberi tepukan penghargaan seusai perlawanan persahabatan yang memihak kepada pas**an ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Menerusi perkongsian di media sosial, barisan pemain Manchester United dilihat menerima keputusan perlawanan dengan hati terbuka dan tetap memberikan tepukan kepada penyokong serta pas**an lawan sebagai tanda sokong.

Sementara itu, pas**an ASEAN All-Stars bersorak gembira selepas merangkul kemenangan dan menjulang trofi sebagai tanda kejayaan mereka pada malam bersejarah tersebut.

29/05/2025

Penatkan cari duit, cari rezeki untuk anak-anak, cari rezeki untuk keluarga, cari rezeki untuk diri sendiri, terlalu penatkan😓 faham sangat..

Kadang-kadang you all nak menangis🥺 terpaksa lap air mata cepat-cepat sebab kena jaga emosi, supaya tak menganggu emosi waktu sedang bekerja.

I know that you’re tired. I know that you’ve been facing with a lot of thing om your life. But believe me one thing.. You all memang power sangat.

I just want to say that , the struggle that you are going through now akan membuahkan hasil yang sangat besar one day.. Setiap titisan peluh, keringat dan air mata akan diganti oleh Tuhan dengan sebaik-baik ganjaran.. Trust me..

24/05/2025

‘Merdu bak malaikat’ – Syed Saddiq puji vokal Bella Astillah

PETALING JAYA – Bagai peminat nombor satu, nyanyian selebriti sensasi Bella Astillah yang membawakan lagu Like My Father meraih perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Diberikan pujian melangit, pemilik nama lengkap Syed Saddiq Syed Abd. Rahman, 32, itu menggambarkan vokal penyanyi dan pelakon terbabit seindah suara malaikat.
“Such an angelic voice (merdu bak suara malaikat)”, tulisnya dalam ruangan kapsyen pada video dikongsikan Bella dalam Instagramnya.

Biarpun hanya luahan pendek, kata hati yang disifatkan pujian tulus lelaki terbabit menggambarkan kekagumannya dengan bakat serba boleh ibu tunggal dua anak itu.

Apatah lagi lirik lagu nyanyian asal Jax itu berkisar ciri lelaki idaman seorang wanita yang menjadi pelindung selain mencintai seperti ayahnya menyayangi ibunya.

Tidak hairan ramai yang mengambil peluang mengusik Syed Saddiq dengan mengatakan lagu tersebut sebagai tanda untuknya bertindak segera selaku individu paling rapat dengan wanita terbabit.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, menerusi video itu menyatakan dendangan berkenaan menggambarkan suara hati.

“Ada antara lagu mewakili suara hati anda. Ini adalah verso saya. Bawakan lagu yang indah, Like My Father. Harap anda menyukainya,” katanya.

Difahamkan, rakaman video tersebut turut mendapat bantuan penyanyi, Daniesh Suffian.

Terdahulu, keakraban Bella dan ahli politik berkenaan diperkatakan ramai selepas mereka semakin intim sehingga mencetuskan spekulasi percintaan.

Gandingan pasangan terbabit untuk beberapa projek selain hadir berdua di pelbagai majlis membuatkan nama BASS atau Bella Astillah-Syed Saddiq tular dalam media sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar.

24/05/2025

Penduduk gempar air sungai bertukar merah darah

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Cirebon, wilayah Jawa Barat digemparkan dengan fenomena air sungai berwarna merah seperti darah, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan satu rakaman video, air Sungai Silayar yang kebiasaannya jernih menjadi warna merah pekat.

Jabatan Alam Sekitar Daerah Cirebon dengan segera menghantar pegawai untuk memeriksa fenomena tersebut.

Menurut agensi tersebut, jangkaan awal bagi punca keadaan itu adalah air daripada kilang tekstil ketika proses pencelupan fabrik atau percetakan skrin.

“Pas**an kami sudah pergi ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Pemeriksaan awal menunjukkan sisa tekstil, namun kami masih mengumpulkan data dan menyelaras dengan pihak terbabit,” kata Ketua Jabatan Alam Sekitar Daerah Cirebon, Iwan Ridwan Hardiawan.

Sementara itu, Ketua Kampung Kecomberan, Mastur Hidayat mengesahkan bahawa perubahan warna air itu memang berlaku, namun dalam tempoh singkat.

“Ini kali pertama ia berlaku di kawasan kami. Penduduk amat bimbang kerana air sungai biasanya digunakan untuk pelbagai aktiviti.

“Kami berharap agar pihak berkuasa segera membuat siasatan dan mengambil tindakan supaya ia tidak mendatangkan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar,” katanya. – AGENSI

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Puchong