Bekam dan Facial Wanita Puncak Alam
Menyediakan khidmat terapi BEKAM, URUTAN TRADISIONAL dan BASIC FACIAL di sekitar SELANGOR.
Apa beza darah bekam dan darah haid/period eh?
14/11/2021
Assalamualaikum dan selamat petang.
Selain manfaat kesihatan, berbekam juga diguna kan dalam bidang kecantikan. Sesuai dilakukan tidak kira wanita mahupun lelaki.
Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan sesi Bekam Seri Wajah ini.
Antaranya ialah ;
1) Melegakan pening kepala dan migrain
2) Menghilangkan jerawat
3) Melicinkan kulit wajah
4) Mengawal masalah kulit berminyak
5) Membantu melegakan kegatalan pada kulit wajah
6) Melegakan masalah resdung
7) Memberi kesegaran pada kulit wajah
8) Mengurangkan tekanan (stress)
9) Menambah seri (awet muda)
10) Mengurangkan cela dan parut jerawat
14/11/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi..
13/11/2021
Assalamualaikum dan selamat petang..
Masa untuk perkongsian ilmu..
Terdapat pelbagai jenis bekam yang ada. Tetapi ada dua jenis bekam yang utama ..
A) Bekam Angin
Cara bekam angin adalah dengan meletakkan cawan khusus pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan seseorang. Kemudiannya, pengamal tersebut akan membakar samada herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif diantara cawan tersebut dan kulit. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal akan menggunakan mesin untuk menyedut angin keluar dari cawan khas ini bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten.
B) Bekam Darah
Sebenarnya tidak banyak beza antara bekam darah mahupun angin kerana bagi prosedur bekam darah, jarum atau pisau skalpel akan digunakan untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang dikenalpasti.
13/11/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Jangan lupa jaga pemakanan, minum air kosong, kekal cergas dan jaga kesihatam terumata semasa musim pandemik ni.
12/11/2021
Assalamualaikum dan selamat petang..
Masa untuk perkongsian ilmu..
Hukum berbekam
Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak.
Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi.
Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Kredit; muftiwp
12/11/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Kesihatan merupakan sebuah mahkota yang harus kita syukuri selagi masih bertakhta pada diri.
11/11/2021
“SAYA KAN PEREMPUAN, SETIAP BULAN KELUARKAN DARAH KOTOR, JADI TAK PERLU BERBEKAM LAGI”.
“SAYA MENOPAUSE NANTI BARU LAH KENA BEKAM, SEBAB DAH TAK ADA HAID”.
Betul ke?
Tahukah anda istilah “DARAH KOTOR” hanyalah perumpamaan yang diguna pakai orang tua-tua bagi menunjukkan bahawa darah haid merupakan hadas besar di dalam Islam.
FAKTA menarik, darah haid ini merupakan darah yang mempunyai nutrient dan oksigen yang tinggi. Hal ini kerana, darah ini merupakan sebagai persediaan untuk penempelan embrio atau zuriat yang bakal dikandungkan.
Jika tiada proses penempelan berlaku, dinding rahim akan meluruh dan berlakulah haid. Tekstur darah haid yang pekat seperti gel dan berbau itu merupakan sesuatu yang normal untuk sifat darah apabila keluar dari badan dan bercampur dengan udara.
Jadi, adakah darah haid itu KOTOR?
TIDAK sama sekali. Bolehkah janin membesar dengan sihat bersama darah kotor di dalam rahim? Mesti tak boleh kan..
Kesimpulannya, darah yang keluar dari proses bekam berbeza dari darah yang keluar ketika haid. Maka, wanita juga seeloknya melakukan bekam kerana darah kotor di bawah permukaan kulit bukan darah kotor disebabkan haid.
11/11/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi..
sesungguhnya tiada emas atau perak dapat menggantikan nikmat kesihatan. Alhamdulillah...
10/11/2021
Assalamualaikum dan selamat petang..
Masa untuk perkongsian ilmu 😊
6 JENIS INDIVIDU YANG PERLU DIBEKAM
*cuba check ada tak anda dalam list 🤔
1 - PEROKOK - Adakah anda perokok? Sedar tak sedar sebatang rokok terkandung ribuan bahan beracun, kimia dan toksin. Setiap sedutan akan menyebabkan bahan-bahan tadi tersimpan di dalam badan dan mengakibatkan pelbagai penyakit kronik jika tidak disingkarkan keluar.
2 - TIDAK BERSUKAN - Bersukan merupakan aktiviti yang mampu menyingkirkan toksin dalam badan secara semula jadi yang keluar melalui peluh. Kalau tak bersukan, macam mana toksin dalam badan nak keluar kan?
3 - STRESS / TEKANAN - Stress atau tekanan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti masalah tempat kerja, rumah dan persekitaran. Jika dipandang remeh, ianya boleh menyebabkan masalah jantung, depression dan penyakit yang lain.
4 - CEPAT LETIH - Pernah rasa badan letih walaupun tak ada buat apa-apa aktiviti berat? Tahu tak ianya berpunca daripada toksin yang dah lama berkampung di dalam badan atau kita sebut sebagai TOKSIN TEPU. Ianya menyebabkan aliran darah tidak lancar sekaligus badan jadi auto cepat letih, lesu dan malas.
5 - TEGANG URAT - Tegang urat disebabkan sistem saraf yang terganggu, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Dengan menyingkirkan darah kotor melalui rawatan bekam, urat badan akan lebih lembut dan relax.
6 - MAKAN APA SAJA - Zaman sekarang kita boleh pilih apa saja kita nak makan dan banyak sangat pilihan. Namun, tanpa sedar banyak juga bahan-bahan merbahaya terkandung dalam makanan tersebut. Berbekam sangat disarankan bagi membersihkan semula badan daripada bahan-bahan bahaya tadi.
Jadi macam mana? Anda ada dalam senarai tak? Kalau ada sayang lagi ke dekat TOKSIN TEPU tu?
10/11/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Antara nikmat paling indah adalah kesihatan yang berpanjangan.
09/11/2021
Assalamualaikum dan selamat petang..
Waktu untuk perkongsian ilmu 🥰
APA ITU BEKAM?
BEKAM ni merupakan satu teknik perubatan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat sahabat nya yang dah di amalkan sejak dulu dulu lagi.
Terapi Bekam ni merupakan satu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang luar biasa.
Bekam ni satu kaedah buang darah kotor (toksik, asid, kolestrol) dari bawah permukaan kulit kita. Semua orang ada toksik, asid dan kolestrol ni yang asalnya dari pencemaran udaraa, makanan, gaya hidup kitaa dan pelbagai faktor lain..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Puncak Alam