Minyak Angin Khalep
Pelajar UiTM Puncak Alam
BA232 3C
Menjual Freshcare
20/06/2023
SPECIAL PROMOTION!!!
Minyak Angin Khalep IS 50% OFF + 1 FREE BOTTLE IF YOU BUY 2 BOTTLES OF MINYAK ANGIN KHALEP
WHAT ARE YOU WAITING? COME AND GET YOURS NOW!!!!
20/06/2023
Tak usahlah berpening kepala ketika Hari Raya Adil Adha nanti. Gunakanlah Minyak Angin Khalep ketika Hari Raya nanti. Dapatkan sekarang!!!
A video explaining about the benefits of our product from the seller itself Encik Khairi
19/06/2023
One more day to go... Stay Tuned
19/06/2023
Feedback from our customer this month. Get Minyak Angin Khalep now!!!
19/06/2023
Another positive feedback from our customer. Come and get Minyak Angin Khalep noww!!!!
18/06/2023
Another feedback from our customer. Come and get Minyak Angin Khalep nowww !!!!!
18/06/2023
Apa itu "Camphor"?
Kapur barus, atau ‘camphor’ secara ilmiah dikenali sebagai Cinnamomum camphor dan merupakan pepejal putih yang mudah terbakar. Ia juga mempunyai bau dan rasa masam, walaupun sebilangan orang sangat menyukai baunya yang menyerupai mentol. Seterusnya, kapur barus boleh diperoleh daripada kulit pokok Cinnamonun camphor. Hanya pokok berusia 50 tahunsahaja yang menghasilkan ‘wax’ yang digunakan sebagai minyak kapur barus. Proses penyulingan wap digunakan untuk mengeluarkan minyak tersebut dari batang pokok. Selain itu, pokok ‘camphor’ dikatakan berasal dari Hiroshima, Jepun. Kapur barus boleh digunakan dalam pelbagai cara. Ia dianggap sebagai bahan penting dalam sapuan wap, ‘balms’ dan ‘liniments’ kerana minyak ini dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan kegatalan. Ia juga membantu menjauhkan lipas, kupu- kupu dan serangga lain daripada almari pakaian kita. Ada juga yang digunakan dalam upacara keagamaan atau pengebumian mengikut kepercayaan tertentu.
Apakah kegunaannya?
Kapur barus mempunyai pelbagai kegunaan topikal kerana sifat antibakteria, anti-kulat dan anti- radangnya. Ia dapat digunakan untuk merawat masalah kulit, memperbaiki fungsi pernafasan dan menghilangkan rasa sakit.
1. Kapur barus untuk kulit
Kajian haiwan pada tahun 2015 mendapati kapur barus berkesan dalam merawat luka dan kerutan akibat sinaran ultraviolet, menjadikannya bahan yang berpotensi dalam produk kosmetik anti-penuaan. Ini mungkin berlaku disebabkan kemampuannya untuk meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen. Jadi, gunakan krim kapur barus di kawasan yang anda ingin rawat sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Merawat artritis
Kapur barus juga mungkin berkesan untuk menghilangkan rasa sakit, keradangan dan bengkak akibat keradangan sendi. Sensasi panas atau sejuk yang timbul selepas penggunaan krim ini dapat mengalihkan perhatian anda daripada kesakitan asal. Ia juga terbukti mempunyai kesan anti-radang pada model haiwan yang berguna dalam merawat arthritis. Untuk menggunakannya, sapukan krim kapur barus ke kawasan yang terjejas beberapa kali sehari.
3. Menyembuhkan kesan lecur
‘Balms’ dan krim kapur barus boleh digunakan untuk menyembuhkan kesan lecur. Kajian haiwan pada tahun 2018 mendapati bahawa salap yang mengandungi kapur barus, minyak bijan dan madu dapat mengurangkan masa penyembuhan kesan lecur tahap kedua dan didapati lebih bermanfaat berbanding menggunakan Vaseline. Untuk menggunakannya, sapukan salap ke kawasan yang terjejas sekali sehari.
4. Merawat kulat kuku kaki
Kulat kuku atau ‘onychomycosis’ mungkin memerlukan rawatan dengan anti-kulat oral, tetapi persediaan topikal seperti minyak kapur yang mengandungi Vaporub dapat ditambahkan untuk membersihkan kulat dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan terhadap masalah ‘onychomycosis’ yang terjadi disebabkan Trichophyton mentagrophytes dan Candida parapsilosis, yang merupakan spesies kulat.
5. Anti-spasmodik
Produk kapur barus juga boleh digunakan sebagai gosokan otot. Ia dapat melegakan kekejangan dan kekakuan otot. Satu kajian pada tahun 2004 mendapati bahawa bahan ini mempunyai sifat anti-spasmodik dan kesan menenangkan. Untuk menggunakannya, urut dan gosok pada bahagian otot yang sakit beberapa kali sehari.
6. Kegunaan lain
Penyelidikan saintifik adalah terhad untuk beberapa penggunaan kapus barus dan sebahagian besar buktinya bersifat anekdot. Minyak kapur barus dikatakan boleh digunakan untuk merawat:
-keguguran rambut jerawat
-ketuat
-sakit telinga
-luka sejuk
-buasir
-gejala penyakit jantung peredaran darah yang lemah kembung perut
-kegelisahan
-kemurungan
-kekejangan otot
-libido rendah
18/06/2023
Apakah kebaikan pudina ????
1. Menyegarkan Nafas
Daun pudina banyak digunakan dalam produk seperti ubat gigi, ubat pencuci mulut atau gula-gula getah.
Rupa-rupanya, ia bersebab. Selain baunya yang sedap, pudina turut mempunyai sifat antibakteria yang boleh membunuh kuman atau bakteria pada plak gigi seterusnya menyegarkan nafas (1).
Satu kajian terhadap nafas berbau telah dijalankan terhadap 84 pelajar perempuan di Tehran yang dibahagikan kepada 2 kump**an.
Kajian ini mendapati kump**an pelajar perempuan yang diberikan ubat pencuci mulut berasaskan pudina menunjukkan peningkatan pada bau nafas selepas seminggu berbanding kump**an kawalan (2).
2. Boleh Melegakan Hidung Tersumbat
Kadang-kala, demam atau selesema boleh menyebabkan hidung tersumbat.
Daun pudina p**a mempunyai aktiviti antibakteria, antivirus dan antiradang (3).
Kajian menunjukkan bahan aktif dalam pudina iaitu mentol boleh meningkatkan aliran udara dalam saluran pernafasan. Oleh itu, stim dari teh pudina mungkin boleh membantu pernafasan anda (4).
3. Boleh Melegakan Sakit Perut
Menariknya juga, pudina turut mempunyai manfaat kepada perut. Contohnya untuk mengatasi masalah penghadaman, kembung dan angin.
Satu kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak pudina mengendurkan otot-otot saluran gastrousus dan mengurangkan kesakitan (5).
Dalam satu kajian klinikal terhadap pesakit sindrom usus rengsa (IBS), minyak pudina berjaya mengurangkan gejala-gejala IBS sebanyak 40% selepas 4 minggu (6).
Di samping itu, ulasan kajian yang dilakukan mendapati 14 ujian yang melibatkan 1927 pesakit, minyak pudina mengurangkan tempoh, kekerapan dan keterukan sakit perut (7).
4. Boleh Melegakan Sakit Kepala dan Migrain
Bukan setakat itu sahaja,minyak pudina juga turut mampu melegakan sakit kepala jenis tegangan dan migrain.
Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan mentol dalam minyak pudina yang boleh meningkatkan kadar aliran darah dan mendatangkan sensasi sejuk yang mungkin mengurangkan kesakitan.
Dalam satu kajian klinikal terhadap 35 penghidap migrain, minyak pudina disapu pada dahi dan pelipis mengurangkan kesakitan secara ketara selepas 2 jam (8).
Kajian lain turut mendapati minyak pudina mempunyai kesan yang sama seperti 1000 mg acetaminophen (penadol atau paracetamol) untuk menghilangkan sakit kepala (9).
5. Boleh Melegakan Senggugut
Khusus buat wanita, pudina juga turut mempunyai kebaikan dalam mengurang dan melegakan senggugut.
Ini kerana pudina bertindak sebagai pengendur otot, maka ia boleh melegakan senggugut.
Satu kajian yang dijalankan terhadap 127 pelajar perempuan yang mengalami masalah senggugut, didapati pengambilan ekstrak pudina berkesan seperti ubat dalam mengurangkan tempoh dan kekuatan senggugut (10).
6. Boleh Mengurangkan Alahan
Khasiat daun pudina turut dikaitkan dengan kebolehan mengurangkan alahan.
Kandungan asid rosmarinic dalam pudina menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan seperti hidung berair, mata gatal atau asma (11, 12).
Dalam satu kajian terhadap individu yang mempunyai alahan, pengambilan makanan tambahan (suplemen) yang mengandungi asid rosmarinic boleh mengurangkan gejala-gejala alahan seperti gatal hidung, gatal mata dan gejala yang lain (13).
7. Boleh Meningkatkan Tumpuan
Beberapa kajian kecil menunjukkan pudina boleh membantu meningkatkan keupayaan untuk kekal fokus.
Satu kajian terhadap terhadap 24 individu, pengambilan kapsul minyak pudina meningkatkan prestasi minda dalam ujian kognitif dan mengurangkan keletihan mental (14).
Kajian lain mendapati dengan menghidu aroma pudina daripada minyak pati pudina, didapati pudina ini meningkatkan memori dan kepekaan berbanding aroma daripada minyak pati bunga kenanga (ylang- ylang)(15).
8. Boleh Melawan Jangkitan Bakteria
Khasiat pudina yang seterusnya ialah kebolehannya untuk melawan jangkitan bakteria.
Dalam satu kajian, minyak pati pudina didapati dapat membunuh bakteria E.coli, L. monocytogenes dan Salmonella Enteritidis di dalam jus nanas dan mangga (16).
Kajian lain turut menyokong bahawa minyak pati pudina boleh menghalang jangkitan bakteria. Minyak pati pudina didapati boleh menghalang tumbesaran bakteria seperti E.coli, S.aureus, Pseudomonas aeruginosa, S. faecalis, dan Klebsiella penumoniae yang berkaitan dengan keracunan makanan,jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan pada saluran kencing dan kulit (17).
9. Boleh Mengurangkan Masalah
“Morning Sickness”
Loya dan muntah-muntah pada peringkat awal mengandung adalah lumrah bagi seorang wanita. Kadang-kadangnya ia boleh menganggu rutin harian terutamnya bagi wanita bekerjaya.
Aromaterapi adalah satu rawatan alternatif yang boleh membantu merawat masalah loya dan muntah ini.
Minyak pati pudina didapati mempunyai kesan yang sama dengan ubat dalam merawat masalah loya dan muntah (morning sickness) ini.
Kajian terhadap 56 wanita mengandung ini mendapati minyak pati pudina ini dapat mengurangkan keterukan loya dan muntah dalam kalangan wanita mengandung tersebut (18).
10. Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan
Pudina dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan.
Satu kajian terhadap 13 individu yang sihat didapati pengambilan kapsul minyak pudina dapat mengurangkan selera makan berbanding tidak mengambil minyak pudina ini (19).
Namun, hasil sebaliknya didapati pada kajian terhadap haiwan di mana tikus yang diberikan ekstrak pudina meningkat berat badan (20).
Oleh itu, khasiat pudina untuk menurunkan berat badan ini masih memerlukan banyak kajian.
18/06/2023
Apakah kebaikan minyak serai???
1. Memiliki sifat antibakteri
Minyak serai dapat digunakan sebagai obat alami untuk menyembuhkan luka dan membantu mencegah infeksi. Penelitian dari tahun 2010 menemukan bahwa minyak atsiri serai efektif melawan berbagai bakteri yang resistan terhadap obat, termasuk yang menyebabkan infeksi kulit, radang paru-paru, hingga infeksi usus yang serius.
2. Memiliki sifat antijamur
Menurut sebuah penelitian dari tahun 1996, minyak serai adalah pencegah yang efektif terhadap beberapa jenis jamur, salah satunya yang menyebabkan penyakit kaki atlet, kurap, dan gatal di selangkangan.
3. Memiliki sifat anti-inflamasi
Peradangan kronis dapat menyebabkan banyak masalah kesehatan, termasuk radang sendi, penyakit kardiovaskular, dan bahkan kanker. Menurut sebuah studi tahun 2014 pada hewan, minyak esensial serai yang diberikan secara oral menunjukkan kemampuan anti-inflamasi yang kuat pada tikus dengan edema kaki yang diinduksi karagenan. Minyak serai juga menunjukkan efek anti-inflamasi ketika dioleskan pada tikus dengan edema telinga.
4. Memiliki sifat antioksidan
Antioksidan membantu tubuh Anda melawan radikal bebas yang merusak sel. Menurut sebuah studi tahun 2015, obat kumur minyak serai menunjukkan kemampuan antioksidan yang kuat. Para peneliti menyarankan itu sebagai terapi pelengkap potensial untuk prosedur perawatan gigi non-bedah dan radang gusi.
5. Membantu mencegah tukak lambung dan meredakan mual
Serai digunakan sebagai obat tradisional untuk sejumlah masalah pencernaan, mulai dari sakit perut hingga tukak lambung. Menurut sebuah studi tahun 2012 pada tikus, minyak esensial serai membantu mencegah tukak lambung, penyebab umum sakit perut.
Serai juga merupakan bahan umum dalam teh herbal dan suplemen untuk mengatasi mual. Meskipun sebagian besar produk herbal menggunakan daun serai kering, menggunakan minyak esensial serai juga dapat memberikan manfaat yang sama.
18/06/2023
Are having a headache? Stress of studying ?🤯🤯
Come and get Minyak Angin Khalep now!!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Puncak Alam