Kisah Kak Jieda
Life Is Too Short
16/12/2019
Lelaki yang badannya sasa,
Allah uji dengan rasa bangga
mahu menunjukkan tubuh badan
sehingga menampakkan aurat.
Perempuan yang rambutnya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu free hair.
Lelaki yang wajahnya hensem,
Allah uji dengan dikelilingi perempuan²
yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa
kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing,
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju
ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa
mahu acah tahu semua perkara sehingga
abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa
dirinya saja yang betul sampai boleh
menghukum orang ses**a hati.
Yang kaya dan banyak harta,
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya
itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai
persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub,
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa
dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat s**a bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimp**annya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
03/12/2019
Misi nak membasmi habuk, debu, bau tak enak, udara tak sihat dalam rumah. Sebab tu Kak Jieda eksaited pasang penapis udara Model Storm ni. Al-maklumla sekarang banyak sangat sedut habuk, debu, virus berjangkit sana sini. Dah la kite ni antibodi memang lemah. Huhu
Apa kerja Penapis Udara Storm ni kan?😉
👍🏻Tapisan sehingga 99.9% bakteria dan kuman termasuk virus seperti Influenza
👍🏻 Menyedut habuk dan debu di dalam rumah
👍🏻 Mengurangkan bau hapak dan asap rokok
👍🏻 Menyegarkan udara di dalam rumah
👍🏻 Menyediakan udara yang SIHAT dan BERSIH untuk keluarga
👍🏻 Dilengkapi filter HEPA & juga fungsi kipas "tanpa bilah"
👍🏻 Colorful Light Indicator
Rumah awak selalu berdebu tak? Zaman serba cepat ni para isteri2 tak sempat hari2 nak mop& vacum aje rumah aje kan. Banyak lagi komitmen lain, inshaAllah hat ni banyak membantu hari anda😘
Hotline: +6019-6327214
24/11/2019
Kadang-kadang kita pening nak pilih penapis air brand yang mana kan? Jom Kak Jieda share tips paling mudah untuk dapatkan penapis air pilihan. 👇🏻
1. PILIH JENAMA PALING POPULAR
Semestinya yang ramai orang pakai. Ada banyak sebab kenapa sesuatu produk dipilih & dipercayai. Jadi, anda tak perlu risau spesifikasi, pakej selepas jualan, Halal, kontrak dan lain-lain perkara yang SEPATUTNYA DIPERTIMBANGKAN✅
2. PAKEJ SERVIS SELEPAS PASANG
Pastikan anda dapat pakej servis yang terbaik. Anda nak dapat PERCUMA SERVIS ke tak kan? Nak yang datang kerap atau tak? Pastikan juga tukaran Filter PERCUMA dan WARRANTY PERCUMA juga ye.✅
3. AMBIL TAHU PENAPIS DARI MANA
Adakah penapis yang dikeluarkan ada pusat RnD sendiri? Patut jugak tahu tu sebabnya untuk elak overclaim. Rugi la bayar mahal tapi kualiti sama macam yang murah kan?🤔✅
4. KESTABILAN SYARIKAT & SISTEM SOKONGAN
Syarikat yang ada branch di setiap negeri adalah pilihan yang tepat. Kalau ada masalah, lebih mudah & cepat sistem sokongan akan bertindak. Ini untuk pastikan sebarang isu, masalah teknikal dapat diatasi dengan segea betul tak?✅
5. KONTRAK
Sila tengok kontrak berapa lama. Jangan sampai 1 masa dah tak nak guna kena bayar lumpsum untuk baki yang tinggal. Kaji bahagian ini baik-baik tau✅
6. TEMPOH PASANG
Pastikan ejen terangkan secara jelas berapa lama tempoh pemasangan selepas pendaftaran. Jangan dah bayar duit,tunggu punya tunggu 2minggu belum pasang lagi.✅
7. JENIS TANGKI
Buat pilihan yang bijak. Pilih jenis tangki yang tahan untuk jangka masa yang lama. Kita tak mahu tangki yang mudah terhakis material dan sebagainya✅
8. JENIS TAPISAN
Kenali jenis tapisan yang anda nak beli samada jenis MINERAL/RO/ALKALI jangan main bedal je beli tapisan mineral tapi "claim" ada alkali. Kenali juga jenis PH alkali dan cara minum yang betul ikut kesesuaian badan anda. Jangan main hentam semborono sahaja eh✅
9. PASTIKAN PRODUK DIIKTIRAF
Sangat penting sebab ini yang menentukan dan membezakan KUALITI dan STANDARD sesuatu produk dan jenama.✅
10. KAPASITI TANGKI
Ambil tahu anda bayar untuk kapasiti 2liter / 6liter / 12liter / 21liter. Buat pilihan bijak berdasarkan isi rumah dan lokasi mesin bakal diletakkan. Pastikan BERBALOI kapasiti dengan harga.✅
Pilihan Tepat InshaAllah Membawa Manfaat Pada Kita Betul Tak?👍🏻❤️
Dapat sesuatu?😘
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi tak dapat dilihat. Cara untuk mendapatkan keiklasan, istiqamah dalam beramal.
-Ustaz Ebit Lew
Salam Jumaat❤️
20/11/2019
Aminn ya Mujib..
Assalamualaikum & selamat pagi Rabu❤️
Jom kijo deh😁💪🏻💪🏻💪🏻maklumla Malaysia menang smlm. Eh tiber😆
Cantik Tazkirah Ni.....
*KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH*
*7x 1= 7*
Ketika umur disifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita s**a bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.
*7x 2=14*
Ketika umur kita belasan tahun p**a, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.
*7 x 3=21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya p**a penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
*7 x 4= 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu p**a penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.
*7 x 5= 35*
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
*7 x6=42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.
*7 x 7=49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
*7 x 8= 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
*7 x 9= 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.
Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
*Ingat!! Berapa ramai p**a yg tk lps b*k sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, b*k juga yg umurnya ditangga ke 3.*
■ Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.
■ Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah.
■ Hargailah dgn b*k mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat .
Jalan hidup kita, s**a atau duka, hakikatnya sempurna disusun cantik oleh Allah. kita semakin kuat dan teguh kerana ujian. Kita selalunya leka dan lupa kerana nikmat.
Diantara ujian dan nikmat manusia memilih nikmat, tapi Allah tetap berikan ujian. Kerana Dia tahu, kita akan lebih kuat bertahan hidup bertuhan dengan jalan ujian.
Mati tu semakin dekat. Berdamailah dengan UjianNya, kerana Dia sangat sayang. 😢
Ustazah Asma' Harun
The First Rule Is To Have Vision For Your Life. The Second Is To Believe In Your Ability To Figure Things Out. The Third Is To Have Fun Making Your Dreams Happen No Matter How Hard It Gets. The Fourth Is To Be Patient But Always Persistent. The Fifth Is To Respect And Love Other People Who Are Also Playing This Same Game Of Life.
✍🏻/Brendon Burchard/✍🏻
05/10/2019
.
1. TERLALU KERAP CUCI MUKA
Gosokla lembut2 aje dan jangan kasar2 eh. Slow2 ajer kan.
2. GUNA SALAH PENCUCI MUKA
Gunakan PENCUCI yang BETOL. Kajila serba sikit pasal skincare yang kita nak guna tu.
3. CUCI DGN AIR HANGAT
Air hangat dapat mengeringkan kulit. kulit yg KERING akan mudah jadi jeragat dan JERAGAT cepat MEREBAK.
4. PENGELUPASAN BERLEBIHAN
Pengelupasan adalah proses menghilangkan sel-sel berlebih dari wajah untuk membuat kulit lebih halus. Proses ini dapat MEROSAKKAN kulit Pengelupasan lebih dari dua kali seminggu dapat merosakkan sel-sel kulit. (hati2 pd yg guna peeling product)
5. TAK GUNA PELEMBAP/SERUM
Sangat penting tau utk pakai pelembap atau serum. seeloknya guna lepas cuci MUKA. Hal ini harus dilakukan untuk membuat wajah tetap lembap.
6. MENGGUNAKAN TUALA KOTOR
Mengeringkan muka dengan tuala yg KOTOR hanya akan mengembalikan kuman ke kulit muka. jd JANGAN CAMPUR TUALA MUKA DAN TUALA BADAN. Sbb tu la CHARMS ada keluarkan TUALA MUKA EXCLUSIVE khas utk uolss tau😘😘😘
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Petaling Jaya
42300