Anne Wahid

Anne Wahid

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anne Wahid, Health/Beauty, Putrajaya.

Anne Wahid Enterprise 202503061618 (003705867-K)
Butterlicious Perfection
📍 Putrajaya
🚚 Putrajaya & Lembah Klang by Lalamove
📦 Postage Semenanjung Malaysia (butter cake)
🍰 Click link to order 👇

01/08/2025

Alhamdulillah…
Hari ini Ummi sempat buat sedekah Jumaat sempena ulang tahun kelahiran abang.
Ummi sediakan kek butter original dan kek batik almond, dibungkus kecil-kecil dan dimasukkan dalam goodies bag.

Bila siapkan tadi, hati tiba-tiba teringat zaman kecil dulu.
Setiap kali birthday, emak (nenek abang) pun akan buat sedekah juga.
Bezanya, emak hadiahkan jajan… sebab masa tu emak ada kedai runcit.
Zaman berubah, tapi niat yang sama… nak ajar erti memberi, sejak kecil.

Ummi doakan…
Semoga abang membesar dalam lindungan Allah, jadi anak soleh yang lembut hatinya, mudah taat perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya.
Semoga Allah mudahkan setiap langkah abang, lapangkan hati dalam menuntut ilmu dan rezeki, dan berikan kejayaan dunia akhirat.

Selamat ulang tahun, sayang.
Dari Ummi yang sentiasa doakan dalam diam… setiap hari. ❤️

15/07/2025

Putrajaya…

Kali pertama menjejakkan kaki di sini, tahun 2012.
Waktu tu masih belajar di UTM.
Singgah sekejap selepas hantar adik mendaftar di UMP, kebetulan ada urusan di Kementerian Pengajian Tinggi.

Masa tu ditemani roommate dan keluarga.
Mereka bawa saya pusing-pusing Putrajaya, singgah solat di Masjid Besi.
Tak sangka, satu persinggahan singkat itu rupa-rupanya permulaan sebuah cerita panjang.

2018, Allah lorongkan rezeki bekerja di sini p**a.
Bukan kerja kerajaan, tapi cukup buat rasa syukur tak putus.
Dan di sini jugalah saya bertemu jodoh.
Putrajaya menjadi saksi banyak titik penting dalam hidup saya.

Tahun ini, genap tahun ke-7 menetap di Putrajaya.
Masih terasa tenang, mendamaikan… cuma kalau ada event besar, baru terasa sesak, baru terasa ‘hidup’.

Tapi dalam tenang-tenang ini, saya sedar…
Walau sudah bertahun di sini, masih banyak sudut Putrajaya yang belum saya jejaki, belum saya hayati.

Kalau kalian ada rahsia tempat-tempat menarik di sini, sudi-sudilah kongsi.
Biar saya terus belajar jatuh cinta, berulang kali, pada Putrajaya yang penuh cerita ini.

22/06/2025

Dulu… boleh lepak kedai kopi.
Order pencuci mulut kegemaran, duduk lama-lama sambil tenangkan fikiran.

Sekarang?
Dapat duduk sekejap dalam kereta, makan kek sorang-sorang pun rasa luxury.
Bila dapat… Allahu. Nikmat dia lain macam.
Macam dunia pause sekejap.
Macam diri kita pun ada nilai yang tak semua orang nampak.

Dan dalam suapan kecil tu… saya nak awak rasa tenang.
Sebab tu saya buat Kek Batik Indulgence ni elok-elok —
Lapisan biskut yang padat, cream cheese yang lemak halus,
dan kali ni… ganache dari coklat Van Houten.
Bukan biasa-biasa. Rasa dia padu, dalam, dan buat kita lupa dunia buat sekejap.

Kalau awak tengah penat, serabut,
atau rasa macam tak ada ruang untuk diri sendiri…
mungkin kek ni boleh jadi sweet escape yang awak tak tahu awak perlukan.

Saya open order untuk hari Isnin (23/6/2025) - *Limited 8 box sahaja, 6 box lagi available*
📦 Kek Batik Indulgence – versi Van Houten
Petite Bite RM19
📍Pick up: Saujana Aster, Presint 11, Putrajaya.
🚚 Lalamove available

🧡 Book slot untuk Isnin cepat-cepat ya… boleh whatsapp https://wa.me/message/JGV2BDWBTOTMK1

PM je saya. Saya faham rasa tu.
Dan saya simpan satu kotak tenang khas untuk awak 🤎

17/06/2025

“Kadang-kadang kita penat sangat jaga semua benda… Sampai lupa jaga diri sendiri.”

Bila duduk sekejap sorang-sorang, rasa nak self-reward.
Teringin benda manis yang boleh comfort hati.
Dan masa tu… kek batik indulgence ni datang tepat pada waktunya 🍫💆🏻‍♀️

Ya, saya on diet. Tapi saya juga manusia.
Yang perlukan sedikit ruang untuk nikmati hidup, walaupun sepotong kek.

Lepas makan, saya akan kemas rumah.
Bukan sebab rasa bersalah… tapi sebab nak seimbangkan semula hari yang serabut.
Sebab bahagia tu bukan hanya pada angka di penimbang,
tapi pada ketenangan yang kita cipta sendiri 💛



Nak hadiahkan diri sendiri lepas hari yang panjang?
Kalau saya open order kek batik indulgence petite size ada yang nak tak? Whatsapp kalau nak join https://wa.me/message/JGV2BDWBTOTMK1

📦 Kek Batik Indulgence Petite Bite – RM19
📍 Presint 11, Putrajaya
🚚 Lalamove available

Open order nanti, saya bungkuskan kasih sayang dalam kotak kecil ni 🤎

Photos from Anne Wahid's post 25/04/2025

Another marble jelita in the making.
Tengah R&D lagi. Yang first time buat hari tu, kanda kata tak sedap. Langsung tak manis 😅.
Guna oven butterly, cantik ya kejadiannya.
Buat kek butter, 2 jam masak, masih bantat sikit bahagian atasnya 😅.
📍Putrajaya

Photos from Anne Wahid's post 20/04/2025

2x cubaan mencari suhu guna butter scs chef choice & tatura + anchor. Nampak macam ok.
Yang guna butter scs tu dah potong. Alhamdulillah, ok.
Yang guna butter tatura + anchor tak potong lagi.
Masa masak 2 jam (1 jam 40 minit api atas bawah, 20 minit api atas sahaja)
Testing untuk kali ke-3 guna butter golden churn flavour pandan kelapa. Masak 1 jam 40 minit. Mendap 😅.
Dah nak merajuk dengan kek butter ni, kita try buat kek marble jelita resipi cik nom. First time buat dan tak pernah makan. Dah buat tadi macam tak boleh nak berhenti je makan 😅. Should we try test market untuk kek marble juga?

Hari ni ada jemputan open house. Bagilah as buah tangan 😁

📍 Putrajaya

Photos from Anne Wahid's post 14/04/2025

Kek butter yang tak masak sempurna guna oven The Bakers. Kita potong kecil, masak lagi sekali. Layan juga buat minum petang, lagi-lagi time hujan 😁

09/04/2025

Dah ambil before raya.
Try buat kek.
Naik cantik, tapi masalahnya atas bawah tak masak 😭.
2 kali buat, 2 kali tak masak.
Kek dah rrnggang tepi, 2 jam tapi atas masih lembap.

Hari ni hantar lagi untuk check. Orang tukang service pun pelik. Dia kata nak cuba tukar rod p**a. Hopefully ok.

📍Putrajaya

01/04/2025

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat pelanggan setia Anne Wahid yang pernah menikmati Premium Butter Cake dan Kek Batik Indulgence kami.

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kegembiraan buat anda dan keluarga tersayang.

Kami juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengambil tempahan Butter Cake untuk Aidilfitri kali ini disebabkan masalah oven. Terima kasih atas sokongan dan pemahaman anda. Kami sangat menghargai setiap sokongan yang diberikan.

Doakan agar oven kami cepat pulih supaya dapat menerima tempahan untuk majlis open house nanti. InsyaAllah, kami akan kongsikan perkembangan terkini di media sosial kami.

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Anne Wahid. Semoga Syawal anda diserikan dengan kasih sayang dan rezeki yang melimpah.

Butterlicious Perfection dalam setiap rasa, manisnya Syawal dalam setiap ikatan ukhuwah.

Salam ikhlas,
Anne Wahid

📍 Putrajaya
www.annewahid.com

Photos from Anne Wahid's post 21/03/2025

Baru ambil. Lama tak buat kek butter. Nervous to start over 😅. Weekend ni baru nak try buat dulu. Hopefully ok. Dah ada yang nak tempah untuk raya dan open house. Doakan semoga kek menjadi 🤲

📍 Putrajaya
🚚 Putrajaya & Lembah Klang by Lalamove / Grab
www.annewahid.com

17/03/2025

Salam Nuzul Quran dari Anne Wahid

Salam penuh keberkatan buat pelanggan setia Anne Wahid yang pernah menikmati Premium Butter Cake dan Kek Batik Indulgence kami.

Pada hari yang mulia ini, marilah kita menghayati keindahan Al-Quran, sumber cahaya dan petunjuk dalam kehidupan. Semoga setiap ayat yang dibaca mendekatkan kita kepada-Nya dan membawa keberkatan dalam keluarga serta rezeki yang halal lagi berkat.

Terima kasih kerana terus menyokong Anne Wahid. Kami mendoakan agar anda dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kelapangan rezeki serta kebahagiaan dunia akhirat.

“Butterlicious Perfection” dalam setiap hidangan, keberkatan dalam setiap rezeki.

📍Putrajaya
🚚 Putrajaya & Lembah Klang by Lalamove
📦 Semenanjung Malaysia
www.annewahid.com

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Putrajaya