Tips Awet Muda
Zafesha Network And Marketing Sdn Bhd
(1225442-U)
18/10/2023
4 Cara Semulajadi Mengatasi Masalah Kulit Muka Kering
Terdapat pelbagai cara semulajadi yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah kulit muka kering.
1. Tomato
Tomato dapat melembabkan kulit dan baik untuk sesiapa yang mempunyai kulit kusam.
Caranya amatlah mudah iaitu lenyekkan sebiji tomato yang telah dipotong kecil-kecil sehingga keluar jus tomato tersebut.
Sapukan jus itu ke seluruh wajah untuk jadikan seperti masker dan biarkan selama 10 minit supaya dapat diserap oleh kulit muka.
Bilas dengan air suam dan lakukannya dengan kerap untuk melihat hasil yang menakjubkan.
2. Madu
Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih lembab dan anjal, gunakan madu asli.
Madu terkenal sebagai pelembap semulajadi yang mengandungi antioksidan dan antibakteria.
Tambahan lagi, madu mengandungi banyak vitamin yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Lulurkan madu ke seluruh badan dan wajah selama 5 hingga 10 minit sebelum mandi.
Jadi ini rutin harian anda untuk menikmati kulit yang sihat dan lembap.
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah sangat bagus untuk merawat kulit yang kering.
Oleskan minyak kelapa sawit di kulit badan dan bahagian badan yang kering.
Lakukan ini setiap hari untuk mendapat kulit yang lembap dan lembut.
Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa ini selepas mandi sebagai pelembap kulit.
4. Lidah buaya / Aloe Vera
Bahan aktif dalam lidah buaya ini terbukti mampu merawat parut, tompok hitam, mencegah penuaan dan melembapkan kulit.
Belahkan daun lidah buaya ini dan ambil jel pada daun tersebut lalu sapukan pada kulit beberapa kali seminggu.
Anda juga boleh menjadikannya seperti mask muka dengan mencampurkan satu sudu jel lidah buaya dengan satu sudu madu.
Sapukan pada muka selama 15 sehingga 20 minit.
Kesimpulannya, walaupun rawatan semulajadi bagus dan baik untuk kulit anda, anda masih lagi perlu mempunyai rutin penjagaan kulit yang rapi.
Pastikan anda menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit anda.
Jika anda masih lagi tercari-cari produk yang sesuai, anda boleh mencuba Zafesha.
Produk penjagaan kulit Zafesha dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf jadi anda tidak perlu risau kerana ianya bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kulit.
Zafesha juga mempunyai sijil HALAL dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk yang selamat digunakan tanpa ragu-ragu.
18/10/2023
5 Punca Utama Masalah Kulit Muka Kering
1. Penggunaan air panas yang kerap
Rupanya, penggunaan air panas dengan kerap dapat mengeringkan kulit.
Kadang kala, tekstur kulit berasa lebih baik apabila dicuci dengan air panas kerana kadar minyak dan air berkurang.
Namun begitu, air panas boleh mengeringkan kulit kerana ia merosakkan sel keratin yang berada di lapisan atas kulit.
Apabila sel ini terganggu, ia dapat menghalang kulit dari menyerap kelembapan.
2. Penggunaan pencuci muka yang kasar
Sememangnya tidak dinafikan bahawa mencuci muka dengan sabun dapat membersihkan dan menyingkirkan kotoran pada kulit muka.
Namun, memakai pencuci muka yang kasar terhadap kulit boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.
Ini kerana ia berpotensi untuk menyingkirkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit.
Hal ini menyebabkan minyak semulajadi tersebut yang sepatutnya menjaga lapisan luar kulit terhakis.
Akibatnya, kondisi ini menyebabkan kulit kering.
3. Cuaca/Iklim
Menetap di negara beriklim panas dan lembap menjadikan anda sering berada di dalam bilik yang berhawa dingin.
Seperti yang diketahui, penghawa dingin menyerap kelembapan dari udara yang juga dapat menyerap kelembapan dari kulit anda.
Ini dapat mempengaruhi epidermis kulit dan secara tuntasnya membuat kulit anda sangat kering.
Jika kulit anda tidak dihidrat dengan secukupnya, kekeringan kulit secara berterusan akan memberi impak terhadap lapisan dalam bahagian kulit.
Lama-kelamaan, kulit yang sentiasa kering dalam waktu yang berpanjangan adalah cenderung untuk menggelupas.
4. Faktor lingkungan usia
Semakin anda berusia, kulit anda menjadi semakin nipis dan kering.
Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan pengeluaran sel secara merosot.
Semua jenis kulit adalah berpotensi untuk menjadi kering apabila usia meningkat.
Walaubagaimanapun, ini bukan lah masalah yang janggal kerana ia merupakan masalah yang umum bagi semua orang.
Oleh itu, sangat lah penting untuk anda sentiasa memakai pelembap muka untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan lembap.
5. Kekurangan vitamin
Badan kita memerlukan vitamin yang mencukupi.
Kadangkala, vitamin daripada diet seharian kita tidak mampu menampung keperluan badan.
Pengambilan vitamin mampu membantu mengisi kelompongan tersebut.
Kulit yang kekurangan vitamin akan mula menghadapi masalah kulit seperti kering dan kusam.
Pengambilan vitamin A adalah sangat penting untuk dapat kulit yang sihat.
12/06/2023
Ketabahan , keyakinan dan kejayaan adalah proses untuk berjaya.
Setiap yang dilakukan pasti mempunyai cabaran dan jalan penyelesaian.
Jadi teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa.
08/06/2023
"Kebijaksanaan akan menjadi KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan PENDERITAAN"
07/06/2023
Manusia yang leka tidak akan berjaya mencapai kejayaannya. Jadi solusinya kita kena bertindak dengan cepat mencari jalan untuk berjaya
“Nak berjaya kena usaha lebih”
06/06/2023
Kita harus menghormati orang lain adalah untuk menghindari perselisihan yang kerap terjadi di lingkungan sosial. Ini adalah salah satu cara untuk kita berjaya
04/06/2023
Seseorang yang memiliki sifat jujur akan memperoleh kemuliaan dan derajat yang tinggi dari Allah. Kejujuran merupakan jalan yang lurus dan penuh keselamatan dari azab di akhirat yang keras.
01/06/2023
Selamat Hari Gawai 2023 ✨
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua suku kaum Dayak dan Rakyat Negeri Sarawak keseluruhannya ✨
Hari Gawai ini disambut bagi melahirkan rasa kesyukuran selepas tamatnya musim menuai dan bermulanya musim menanam padi yang baru.
Ia adalah masa untuk bersyukur atas limpah kurnia tanah, untuk berdoa bagi tahun yang makmur di hadapan, dan untuk berkumpul dalam kesatuan dan kebersamaan.
Kami dari Warga Kerja Zafesha Simply mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya 🫶🏻
“Gayu Guru Gerai Nyamai”
31/05/2023
“SEKALI CUBA TERUS MELEKAT! FUHH POWER BETUL PENANGAN SET ANTI-JERAGAT NI 😍 JIMAT SANGAT PULAK TU HIHI...”
“Mula-mula akak ingat nak cuba je Set Zafesha ni. Akak pun beli lah 1 set kan takut jeragat akak ni makin teruk. Lagipun set ni jmat sangat.
Pakai punya pakai dalam 2-3 minggu kawan membawang mula tegur muka akak ni nampak makin glowing pulak. Dorang pun tanya “Apa rahsia kau ni Som? Dah macam orang muda pulak muka tu 😂” ~Kak Som, 51
Haa nampak tak? Bukan Kak Som sorang je tau yang dah berhasil rawat jeragat dengan Set Zafesha ni, dah lebih 234,751 akak-akak yang lain dapat hasil yang sama 🤩
Kelebihan Set Berlian Zafesha yang ramai tak tahu:
✅ Merawat jeragat sepantas 2 minggu
✅ Membersihkan kulit hingga ke liang pori
✅ Menjadikan kulit tampak lebih awet muda
✅ Melembapkan kulit sepanjang hari
✅ Mesra solat
✅ Lulus KKM, SIRIM & HSA
Khas untuk akak yang ORDER HARINI, HQ nak bagi :
🎁 BANYAK HADIAH PERCUMA
🎁 PENGHANTARAN SECARA PERCUMA
🎁 KONSULTASI KECANTIKAN SECARA PERCUMA SELAMA 6 BULAN
Tak payah susah2 pun kak pergi bank,
BARANG SAMPAI BARU BAYAR PUN BOLEH !
Kalau akak berminat, cepat2 wasap tau sebab ramai dah wasap saya ni nak dapatkan promo bulan ni.
Akak tekan je link wasap kat bawah ni untuk dapatkan promo yang ada sekarang 👇👇👇
http://pakejberlianzafesha.wasap.click
http://pakejberlianzafesha.wasap.click
http://pakejberlianzafesha.wasap.click
p/s: Nanti saya akan balas wasap akakc epat2. Akak tunggu tau sebab saya akan bagi Offer Best untuk akak je!
26/05/2023
Marilah sama-sama kita amalkan zikir harian ini ❤️ InsyaAllah , mudah-mudahan kita mendapat rahmat dariNya 🥰
Sama-sama kita mengingati antara 1 sama lain 💓
Assalammualaikum & Salam Jumaat Semua 🔥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 15:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |