C2joy•senawang•PD•seremban

C2joy•senawang•PD•seremban

Share

Hi saya Kak Farah, Platinum Dealer C2Joy. NAK BUAT INCOME BERSAMA C2Joy? Jom Kak Farah guide secara personal. Bisnes Santai, Income Masyuk bersama C2Joy!!

21/11/2024

Allahuakbar ,terus bersangka baik ,InsyaAllah ada hikmah nya 🥹😍

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

- araaznetwork

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

-araaznetwork

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

-araaznetwork

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak p**ang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak s**a jangan tak s**a sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...

Fahmi Huzairi

https://www.tiktok.com/

06/11/2024

𝗙𝗜𝗤𝗛 : 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔-𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗦

Benda-benda yang najis banyak, dan yang utamanya tujuh perkara:

𝟯.𝟭 𝗔𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗰𝗲𝗰𝗮𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗯𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t.,
..إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ...
(Surah al-Ma’idah ayat 90)

Yang bermaksud,…bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semata-mata) kotor (keji)…

Maksud kotor ialah najis.

Dan sabda Rasulullah s.a.w.,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ
- Riwayat Muslim -

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”

𝟯.𝟮 𝗔𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗯𝗶

Hal ini adalah berdasarkan hadith,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ وَفِي رِوَايَةٍ: إِحدَاهُنَّ بِالبَطْحَاءِ
- Riwayat Muslim, al-Daruqurni -

Yang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w., “Untuk membersihkan bejana kamu apabila dijilat anjing hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali. Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.” Dalam riwayat yang lain, “Satu daripada basuhan tersebut adalah air yang bercampur dengan tanah.”

𝟯.𝟯 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶

Bangkai adalah semua binatang tidak halal yang mati, dan binatang halal yang mati tanpa disembelih dengan cara yang ditetapkan oleh syara‘.

Firman Allah s.w.t.,

حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ...
(Surah al-Ma’idah, ayat 3)

Yang bermaksud, diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih)...

Pengharamannya adalah disebabkan ia najis. Termasuk juga dalam hukum bangkai adalah semua yang disembelih untuk berhala, dan yang disebut nama selain daripada nama Allah sw.t..

Firman Allah sw.t.,
..وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ...
(Surah al-Ma’idah ayat 3)

Yang bermaksud, …dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,…

3.3.1 Jenis-jenis bangkai yang dikecualikan sebagai najis

Terdapat tiga jenis bangkai yang dikecualikan sebagai najis.

3 .3.1.1 𝑀𝑎𝑦𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t.,

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ...
(Surah al-Isra’ ayat 70)

Yang bermaksud, dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam…

Maksud kemuliaan manusia ialah mereka suci sama ada hidup atau mati berdasarkan hadith,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لاَيَنْجُسُ
- Riwayat al-Bukhari -

Yang bermaksud, sabda Rasulullah sw.t., “Maha Suci Allah, sesungguhnya orang Islam tidak najis.”

Dan hadith seterusnya,

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: الْمُسْلِمُ لاَ يَنْجُسُ حَيًّا وَلاَ مَيِّتًا
- Riwayat al-Bukhari -

Yang bermaksud, Ibnu ‘Abbas r.a. berkata, “Orang Islam tidak najis sama ada hidup atau mati.”

3.3.1.2 𝐼𝑘𝑎𝑛

3.3.1.3 𝐵𝑒𝑙𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔

Kedua-dua ini berdasarkan hadith,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُحِلَّتْ لَكُم مَيْتَـتَانِ وَدَمَانِ، فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ؛ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ؛ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ
- Riwayat Ibnu Majah -

Yang bermaksud, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut ialah ikan dan belalang manakala dua jenis darah p**a ialah hati dan limpa.”

𝟯.𝟰 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗶𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗮𝗻𝗮𝗵

Firman Allah s.w.t.,
..أَوۡ دَمٗا مَّسۡفُوحًا أَوۡ لَحۡمَ خِنزِيرٖ فَإِنَّهُۥ رِجۡسٌ...
(Surah al-An‘am ayat 145)

Yang bermaksud, …atau darah yang mengalir, atau daging babi-kerana sesungguhnya ia adalah kotor...

𝟯.𝟱 𝗞𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝗶 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴

Hal ini berdasarkan hadith,

أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَالَ فِي المَسْجِدِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صُبُّوا عَلَيهِ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim -

Yang bermaksud, seorang badwi terkencing di dalam masjid lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jiruskan ke atas kencing itu setimba air.”

Perintah supaya menjirus air ke atas kencing menunjukkan bahawa kencing adalah najis.

𝟯.𝟲 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗷𝗶𝘀

Hal ini berdasarkan hadith,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا قُطِعَ مِنْ بَهِيمَةٍ فَهُوَ مَيتَةٌ
- Riwayat al-Hakim -

Yang bermaksud, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apa-apa yang dipotong daripada binatang adalah bangkai.”

Rambut dan bulu binatang yang dagingnya halal dimakan dikecualikan daripada hukum tersebut. Ia adalah suci.

Hal ini berdasarkan firman Allah sw.t.,
..وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَآ أَثَٰثٗا وَمَتَٰعًا إِلَىٰ حِينٖ 80
(Surah al-Nahl ayat 80)

Yang bermaksud, …dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga suatu masa.

𝟯.𝟳 𝗦𝘂𝘀𝘂 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻

Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan seperti keldai dan seumpamanya adalah najis. Ini adalah kerana hukum susu adalah sama dengan dagingnya dan dagingnya adalah najis.

𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
Manhaj Fiqh al-Syafi'i (Jilid 1)

-----------------------
𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 (𝗣𝘂𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮 𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵):
https://bit.ly/4efjedZ
-----------------------
https://t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/637
-----------------------

Photos from C2joy•senawang•PD•seremban's post 06/11/2024

*Kelebihan TDC Kolostrum yang TIADA TANDINGAN*

Walaupun sejak dulu ramai s**a copypaste tulisan dan copywritting tentang khasiat C2Joy dan Colever keluaran TDC, dan claim seakan-akan produk mereka pun ada khasiat sama, hakikatnya tulisan boleh menipu, namun badan manusia tidak dapat ditipu, apatah lagi Tuhan yang Maha Esa.

Kolostrum TDC yang berada di *C2Joy* dan *Colever* mempunyai EMPAT (4) Faktor Kebaikan:

*1. Faktor Immunisasi*
Kandungan Immunoglobuline (Ig) dalam Kolostrum New Zealand seawal 6jam ini terbukti secara saintifik adalah sangat tinggi dan memberikan impak kesihatan dan kekuatan imuniti terbaik buat pengamal produk C2Joy dan Colever

*2. Faktor Pertumbuhan*
Kandungan mineral di Kolostrum TDC ini terbukti membekalkan nutrisi yang sangat mustahak kepada pertumbuhan badan manusia tidak kisah kanak-kanak atau dewasa.

*3. Faktor Nutrisi*
Kekayaan Nutrisi dalam Susu Kolostrum memang tidak dapat disangkal lagi, sebab itu Tuhan menjadikan susu adalah makanan pertama manusia sejak lahir, dan bagi Muslim, Kristian dan Yahudi, ketiga-tiga kitab juga sebulat suara mengatakan di Akhirat kelak juga ahli syurga dibekalkan susu melalui sungai susu. Kelengkapan dan ketepatan nutrisi C2Joy dan Colever bukan sahaja mustahak buat kita mengekalkan kesihatan, tetapi membantu dalam pemulihan, pembersihan, pembaikian kesihatan kita.

*4. Faktor Kalsium*
Kekurangan penekanan pengambilan kalsium, khususnya wanita telah menyebabkan timbulnya banyak penyakit berkaitan tulang dan rawan, dan semua itu sebab tulang tidak diberikan nutrisi Kalsium yang mencukupi. Susu adalah sumber kalsium terbaik, dan C2Joy dan Colever yang diiktiraf sebagai pemakanan Tinggi Kalsium ini semestinya pilihan terbaik daripada yang terbaik.

Begitulah ringkasan 4 faktor kebaikaan C2Joy dan Colever. Ingin tahu lebih lanjut? Sila hubungi orang yang kongsikan anda posting dan poster ini kepada Anda.

Semoga tiada lagi ibubapa perlu mengalami kesakitan tulang, sendi dan masalah kesihatan lagi asbab pengamalan Produk keluaran TDC.

“Ketepatan Nutrisi, Kekuatan Imuniti”

Photos from C2joy•senawang•PD•seremban's post 09/08/2024

Assalammualaikum 🤲.salam jumaat 💖

03/06/2024

Assalammualaikum,
semangat pagi 🌻

21/05/2024

𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡 (𝟬𝟴) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡!

TDC sudah masuk tahun ke-8 di pasaran Malaysia.

Hari ini, bersama dengan produk sulung kami, Susu Kolostrum C2Joy jenama No. 1 di Malaysia (𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘉𝘰𝘰𝘬 𝘰𝘧 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘳𝘥𝘴), kami telahpun mempunyai produk jenama lain seperti Colever, BerryMix, Alithera dan NectarMax.

Bersama dengan Founder TDC dan C2Joy, Tuan Hafiz Hiew, TDC mengharungi pelbagai onak dan duri sepanjang 8 tahun ini.

Namun, dengan adanya Pematuhan Shariah dalam TDC ini, semestinya ramai yang cemburu serta banyak cabaran dan dugaan yang datang dari setiap penjuru. Tapi kita tetap teruskan perjuangan kerana kita buat benda yang betul di landasan yang betul. ✊

Apa pun yang terjadi, kami sangat-sangat berterima kasih atas segala dukungan berterusan daripada para ahli, sales leader, pengguna dan masyarakat terhadap usaha TDC dalam memperjuangkan Pematuhan Shariah, bukan sekadar dalam aspek produk Halal tetapi juga dalam sistem pengurusan, pelan pemasaran malah latihan dan bimbingan yang telus seperti yang disarankan syariat agama.

Sudah masuk tahun ke-8 dan kami sudah secara rasmi dalam usaha menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia dan Nigeria yang mempunyai pop**asi jauh lebih besar berbanding dengan tanah air kita Malaysia.

Walaupun berbagai rintangan dan halangan, kami yakin dan percaya anda semua yang bersama TDCforYou, bersama-sama menegakkan Pematuhan Shariah dan terus membantu mencapai visi TDC untuk membina 𝘓𝘦𝘨𝘢𝘴𝘪 𝘥𝘪 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢, 𝘐𝘴𝘵𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪 𝘚𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢!

Jom bersama TDC, 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲-𝟴 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲 𝟭𝟬𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 dan seterusnya!

Dimana pun anda, yang belum pernah lagi cuba produk TDC, yang senyap-senyap jadi penggemar produk TDC, yang sememangnya pengamal tegar produk TDC, yang pernah cuba walaupun sekali tapi tak tahu macam mana nak dapatkan lagi.. mari!

Sama-sama amal dan sebarkan kepada lebih ramai lagi di luar sana.. Jom kita bina komuniti sihat dan makmur dunia akhirat!

Terima kasih atas sokongan semua ke atas kami!

Teruslah mencipta sejarah bersama-sama TDC!

Together We Are Strong!

Photos from C2joy•senawang•PD•seremban's post 11/05/2024

Alhamdulillah 🤲 ,terimakasih Tuan Hafiz Hiew , terimakasih TDCforYou

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Senawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Senawang
Senawang
70450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00