Dermags Skin Solutions
Natural-based skin solutions bertaraf dunia hasil penyelidikan saintis tempatan dari UTM dengan kerjasama pakar penjagaan kulit Korea.
03/09/2022
https://local.google.com/place?id=12360144837399959889&use=posts&lpsid=6761557582409351447
Salam semua... lama tak update page hehe... Just nak bagitahu Dermags ada Sijil Halal JAKIM tau... Klik link untuk tengok ye😊
DERMAGs STOKIS SERI KEMBANGAN on Google DERMAGS Skincare Disahkan Halal oleh JAKIM Setiap wanita mengimpikan wajah yang cantik dan menawan. Bagi wanita islam adalah dituntut untuk lebih teliti mengenai isu halal dan haram. Pelbagai produk penjagaan wajah dan kosmetik yang berada dipasaran, tapi adakah anda meneliti bahan yang digunakan? ....
18/04/2019
Jangan tersalah pilih produk skincare.
Kaji betul-betul asal-usul sesuatu produk.
Cari produk skincare yang berasaskan kajian sains dan bukan gambar testimoni semata-mata.
Jom baca apa kesan produk timbang kilo pada wajah.
DERMAGs STOKIS SERI KEMBANGAN on Google Apa Jadi Pada Kulit Bila Kita Guna Produk Timbang Kilo? . 1. Bahan kimia seperti Merkuri, Hidroquinon dan Tretinion diguna dalam produk skincare untuk cepatkan proses pemutihan kulit. . 2. Bahan kimia ini akan hakis lapisan kulit luar yang gelap/kusam. . 3. Ini akan dedahkan lapisan kulit bawah yang...
14/04/2019
Ina dah 2 tahun menjadi stokis DERMAGs. Hakikatnya amat susah untuk yakinkan pengguna manfaat penggunaan produk natural.
Kenapa susah?
Sebab wanita Malaysia kebanyakannya dah 'terdidik' dengan iklan-iklan produk skincare yang menjanjikan kesan segera. Hari ni pakai, minggu depan dah expect kulit jadi cantik. Jeragat semua hilang macam magic, kulit gelap kusam dah jadi putih melepak.
Bila bakal pengguna hubungi Ina, 7 dari 10 orang akan tanya, 'Bila boleh nampak kesan?'
Untuk produk natural, ini adalah soalan yang tak mampu Ina jawab dengan tepat.
Keberkesanan produk natural ni ikut jenis dan tahap kesihatan kulit kita.
Dan juga bergantung kepada sejarah penggunaan produk terdahulu.
Kalau dah bertahun kita guna produk yang ada bahan kimia terlarang (walaupun kita tak tahu), maka bertahun jugaklah kulit kita nak sihat kembali dengan menggunakan produk natural.
Puan-puan kena faham, badan kita, termasuklah kulit wajah kita, dia sebolehnya akan pulihkan diri dia sendiri secara semulajadi.
Contohnya, bila kulit wajah kita detect ada benda yang kotor dalam kulit, dia akan keluarkan benda kotor ini dalam bentuk jerawat.
Masalahnya kita tak s**a jerawat sebab nampak hodoh.
Jadi kita sap**ah krim jerawat. Tak ada masalah nak guna krim jerawat sebab ia membantu membunuh kuman dan mempercepatkan proses menghilangkan jerawat (dengan dos yang betul).
YANG MENJADI MASALAH IALAH BILA KITA GUNA PRODUK YANG MEMPUNYAI BAHAN KIMIA TERLARANG.
Produk ini kimianya terlalu kuat sampai jerawat pun takut nak keluar.
Masalahnya produk ini sendiri ada bahan kimia berbahaya (yang kotor).
Dan bahan kimia ini tertanam dalam wajah kita.
Selagi mana kita guna produk ini, kulit wajah kita takkan mampu nak keluarkan kotoran ni dalam bentuk jerawat tadi sebab dah terhalang oleh bahan kimia yang kuat.
Ya muka memang licin dan flawless di luar, tapi di dalam dah macam pesta nanah.
Bila kita berhenti guna produk kimia terlarang ni, menderu-derulah kotoran ni keluar dalam bentuk jerawat (break-out) sebab dah tak terhalang lagi.
Break-out ni tak semestinya berlaku sebaik saja kita berhenti guna produk kimia terlarang.
Kadang dia akan jadi lepas 3 atau 4 bulan. Sebab kesan bahan kimia tadi mungkin cuma hilang selepas 3 atau 4 bulan. Tempoh ni bergantung pada kulit masing-masing dan berapa kita pakai produk tersebut.
Sebab tu Ina sangat galakkan Puan-puan ambil tempoh bertenang yang lebih panjang sekiranya Puan-puan pernah gunakan produk kimia terlarang sebelum ni.
Ambilah tempoh bertenang 2 ke 3 bulan pun tak apa. Itu lebih baik. Perlu sabar kalau nak kulit sihat kembali dengan cara yang betul.
DALAM KES DERMAGS, RAMAI YANG TAK SABAR NAK PAKAI SATU SET TERUTAMANYA SKIN SERUM DERMAGS.
Tak dinafikan Skin Serum DERMAGs ni sangat powerful untuk menyihatkan kulit.
Tapi, kita perlu sediakan kulit kita dahulu sebelum nak terima Skin Serum DERMAGs.
Kalau dalam kulit masih kotor dan penuh dengan bahan kimia, Skin Serum takkan boleh memberi kesan yang sepenuhnya.
Iyelah, bahan natural mana boleh fight dengan bahan kimia.
Pastikan segala bahan kimia dalam kulit wajah tu keluar dahulu sepenuhnya.
Pakai Cleanser DERMAGs dan Cleansing Cream DERMAGs SAHAJA dulu selama 2-3 bulan untuk buat Double Cleansing.
Kalau kulit kering, boleh guna dengan Moisturizer DERMAGs.
Pastikan kulit tak terdedah pada sinar UV. Guna BBC DERMAGs setiap kali keluar rumah.
Pakai item-item ni sahaja dulu. Tak payah kalut nak pakai toner, serum atau krim dalam tempoh ni.
Beri peluang untuk kulit kita pulih sendiri secara semulajadi dan meningkatkan skin barrier function (fungsi pertahanan kulit).
Moisturizer DERMAGs juga boleh membantu kulit meningkatkan skin barrier function dengan nutrien yang secukupnya.
ADA KES BREAK-OUT YANG BERLAKU SELEPAS 3 ATAU 4 BULAN MENGGUNAKAN DERMAGS.
Dan pengguna salahkan DERMAGs. Katanya sebelum ni pakai produk kimia takde pun breakout.
Penjelasannya Ina dah bagi kat atas tadi.
Produk kimia akan halang pengeluaran jerawat.
DERMAGs tak akan halang pengeluaran jerawat.
Sebab jerawat ialah cara semulajadi kulit mengeluarkan kotoran.
Kalau dalam masa 3-4 bulan ni Puan tak pakai DERMAGs pun, jerawat tu tetap akan keluar jugak.
Jadi DERMAGs tak ada sangkut paut pun dengan pengeluaran jerawat secara berjemaah ni.
Ia adalah tempoh pengeluaran kotoran dari dalam kulit.
Ya ada kes yang kulit jadi kusam. Ini sebab kotoran/bahan kimia dah hampir sangat dengan permukaan kulit.
Lepas semua ni dah keluar, barulah akan nampak warna kulit asal kita.
Masa ni, set DERMAGs akan berkesan dengan optimum.
Sebab dah takde bahan kimia dalam kulit.
DERMAGS ATAU MANA-MANA PRODUK NATURAL AKAN LEBIH BERKESAN KE ATAS KULIT WAJAH YANG TIDAK TERCEMAR.
Dr. Mariani pernah cerita, selepas p**ang dari pengajian PhD di Korea, Dr. Mariani berjumpa dengan seorang kawan beliau yang dah bertahun-tahun tak jumpa.
Wajah kawan Dr. penuh dengan jeragat sampai Dr. hampir-hampir tak kenal kawannya.
Jadi Dr. suggest cuba guna Skin Serum DERMAGs. Masa ni Skin Serum masih prototaip.
Dan kawannya pun cuba.
Alhamdulillah selepas sebulan sahaja, jeragat di wajah kawannya dah hilang.
Macam mana boleh hilang dengan cepat? Sedangkan ada antara kita yang guna Serum setahun pun jeragat tak hilang sepenuhnya.
Sebabnya kawan Dr. Mariani ni tak pernah gunakan sebarang produk sebelum ni untuk penjagaan muka (produk kimia atau natural).
Cuci muka pun pakai air biasa je. Make up pun tak pakai. Memang bare face.
Jadi muka beliau bebas dari sebarang bahan kimia.
Jeragat dia naik pun bukan sebab bahan kimia. Tapi faktor-faktor semulajadi seperti bers**an tengah panas tak pakai sunblock.
Sebab tu Serum DERMAGs boleh bertindak dengan pantas sebab tiada halangan.
Kalau tanya Ina berapa lama bahan kimia nak hilang dari wajah, tiada jawapan yang tepat boleh Ina bagitahu.
Bergantung pada berapa lama dah guna produk kimia, apa jenis bahannya, keadaan sel kulit dan macam-macam lagilah.
Tapi kita boleh rasa perbezaannya bila kulit dah makin sihat.
SEBAB ITU MANA-MANA PENGGUNA DERMAGS DI BAWAH BIMBINGAN INA YANG DAH MULA RASA PERBEZAAN INI, AKAN TERUS MENGGUNAKAN DERMAGS.
Sebelum ini semasa menggunakan produk kimia (terlarang atau tak), mereka tak pernah rasa kulit mereka bebas dan segar sepertimana yang mereka rasa bila guna DERMAGs.
Bila kulit dah rasa sihat, barulah kita tumpukan pada agenda nak hilangkan jeragat, garis halus dan sebagainya. Step by step.
Perlu ubah mindset dari nak kulit nak cantik kepada nak kulit sihat dahulu.
Hanya kulit yang sihat boleh hasilkan kulit yang cantik.
Jangan target nak jeragat hilang dalam masa 2-3 bulan. Itu Ina tak boleh tolong.
Target nak kulit jadi sihat dan bebas bahan kimia dulu, lepas tu baru ikhtiarkan bab jeragat.
Kalau ada Puan-puan yang nak tahu bagaimana rasanya kulit wajah sihat dan bebas dari bahan kimia berbahaya, boleh PM Inbox page ni ye.
InsyaAllah Ina sedia membantu.
26/10/2018
DOUBLE-CLEANSING TECHNIQUE - AMALAN CUCI MUKA YANG WAJIB DIAMALKAN.
Antara ‘dosa’ paling besar yang sering kita lakukan dalam rutin penjagaan kulit wajah ialah tidak mencuci muka dengan sempurna.
Kalau kita mencuci muka hanya sekadar untuk menghilangkan kesan make-up selepas seharian bekerja, jangan hairanlah kalau muka mudah dinaiki jerawat, blackheads, whiteheads, breakout, jeragat dan sebagainya.
Mencuci muka dengan cara yang betul, teliti dan teratur amatlah penting kerana setiap hari wajah kita terdedah dengan habuk, kotoran, asap, bakteria dan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Disebabkan inilah pengasas DerMAGs yang juga saintis dalam bidang kosmetik di UTM, Dr Mariani Abdul Hamid menekankan perlunya melakukan teknik ‘double cleansing’ sebagai sebahagian daripada rutin menjaga kesihatan kulit muka.
Teknik ‘double cleansing’ ini pada asalnya ialah rutin penjagaan muka yang diamalkan oleh wanita-wanita Korea.
Disebabkan kajian DerMAGs dilakukan di Universiti Dongguk di Korea selama beberapa tahun, maka ‘mazhab’ penjagaan muka yang diikuti Dr Mariani sedikit sebanyak dipengaruhi dengan amalan wanita-wanita Korea.
Disebabkan keberkesanannya, teknik ‘double cleansing’ ini juga telah mula digunakan oleh wanita-wanita di negara-negara barat.
KENAPA TEKNIK DOUBLE CLEANSING PENTING?
Sebab ada dua jenis kotoran di muka, oil based impurities (kotoran) dan water based impurities.
Pencuci wajah (foam/gel) yang biasa kita gunakan hanya mencuci debu dan peluh sahaja (water-based impurities).
Bagaimana p**a nak mencuci kotoran dalam bentuk oil-based impurities?
Tentulah kita perlu gunakan oil-based cleanser.
Kalau nak mudah faham, kita cuci kesan-kesan minyak di pinggan mangkuk menggunakan sabun pencuci. Sabun pencuci ni asasnya adalah minyak (petroleum-based). Jadi kita gunakan minyak untuk mencuci minyak.
APA ITU TEKNIK DOUBLE CLEANSING?
Seperti namanya, Teknik Double Cleansing merupakan cucian dua kali menggunakan dua jenis cleanser.
Cucian Pertama: Oil based cleanser - Ada bermacam-macam jenis dan jenama boleh di dapati di farmasi.
Cucian Kedua: Water based cleanser - Contohnya Cleanser DerMAGs yang Puan guna setiap hari.
Oil-based Cleanser ni digunakan untuk mencuci segala oil based impurities. Contohnya seperti make up, sunscreen, kesan minyak semulajadi di muka (sebum).
Water based cleanser p**a untuk cuci segala water based impurities seperti peluh dan debu-debu di muka.
Oil tarik oil impurities , water tarik water impurities.
Jika impurities minyak tidak dibersihkan, pori akan mudah tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam-macam masalah pada muka seperti jerawat, blackheads, whiteheads. Ini akan menyebabkan pori terbuka dan kelihatan besar.
Jadi, oil cleanser ni penting untuk menanggalkan segala kotoran pada muka dan memastikan pori tidak tersumbat.
Jika dicuci dengan cara yang betul menggunakan teknik double cleansing, pori akan menjadi kecil semula, kulit pun akan jadi halus dan nampak lebih bersih.
LANGKAH-LANGKAH TEKNIK DOUBLE CLEANSING
1⃣ Cuci muka menggunakan oil cleanser atas muka yang kering dan urut.
2⃣ Bilas dengan kapas lembab.
3⃣ Cuci muka dengan Cleanser DerMAGs.
4⃣ Bilas dengan air.
5⃣ Lap muka dengan lembut.
KALAU TAK PAKAI MAKE UP, PERLU JUGA KE OIL CLEANSER?
Perlu, jika mahu pori muka sentiasa bersih. Ini kerana muka kita tetap ada pengeluaran sebum (minyak semulajadi di kulit).
OILY SKIN PUN PERLU OIL CLEANSER? TAK BERMINYAK KE MUKA NANTI?
Tak! Oil cleanser hanya untuk bersihkan muka daripada minyak. Jadi, kulit berminyak pun sesuai guna oil cleanser.
BERAPA KALI SEHARI KENA BUAT TEKNIK DOUBLE CLEANSING NI?
Sekali sehari pun dah cukup, buat sebelum tidur (rutin malam) atau selepas balik kerja. Pagi-pagi tak perlu sebab kita baru bangun tidur, masih belum terdedah dengan kotoran dari sekeliling.
DIMANA BOLEH BELI OIL CLEANSER?
Paling mudah, Watsons, Guardian atau mana-mana farmasi berdekatan.
BAGAIMANA NAK PILIH OIL CLEANSER YANG SESUAI?
Oil cleanser sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit berminyak, kulit kering atau kulit mudah berjerawat/sensitif.
Oil cleanser tidak mengeringkan kulit, jadi untuk yang berkulit kering boleh amalkan Teknik Double Cleansing ni untuk mengelakkan kulit menjadi kering kerana kerap mencuci muka.
Kalau masih ada kemusykilan tentang teknik Double Cleansing, boleh PM kami untuk bertanya ye :)
08/08/2018
KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN BB CUSHION DERMAGS?
Ia adalah gabungan skincare+kosmetik.
Mencerah dan melembabkan kulit.
Melindungi kulit dari penuaan akibat Sinar UVA dan UVB (dengan SPF50 PA+++).
Tahan antara 3 ke 4 bulan (bergantung kepada cara penggunaan)
KELEBIHAN BBC DERMAGS BERBANDING KRIM SOLEKAN ASAS YANG LAIN SEPERTI BB CREAM DAN CC CREAM BIASA IALAH:
BBC DERMAGs jauh lebih ringan, jadi mudah disapu dengan sekata.
Wajah nampak lebih natural dan tidak bercapuk.
Span sapuan BBC DERMAGs boleh diguna berulang kali dengan selamat.
Ini kerana span ini menggunakan teknologi ‘Rubycell’ yang bersifat anti-microbial dan anti-bacterial. Jadi tiada risiko span menjadi kotor atau dijangkiti bakteria.
BBC DERMAGs sangat rendah risiko pembiakan kuman kerana bekasnya kedap udara.
BOLEH KE NAK GUNA BERUS BEDAK ATAUPUN JARI (YANG BERSIH) SELAIN SPAN KHAS UNTUK MEMAKAI BBC DERMAGS?
TIDAK DIGALAKKAN. Penggunaan Span khas BBC DERMAGs mengurangkan risiko pencemaran bakteria di kulit.
Sapuan dengan span khas ini juga memberi kesan sapuan yang jauh lebih sekata. Ini berbeza jika anda menggunakan berus.
Jika tak biasa menggunakan span, mulakan dengan bahagian p**i (permukaan yang lebih luas).
Kemudian lipat sedikit span untuk mencapai bahagian sempit seperti tepi hidung dan penjuru mata.
BAGAIMANA NAK SESUAIKAN DIRI MENGGUNAKAN BBC DERMAGs SETIAP HARI? PERLUKAH SAYA HENTIKAN LAIN-LAIN BAHAN SOLEKAN ASAS YANG DIGUNAKAN SEKARANG?
BBC DERMAGs boleh digunakan bersama compact powder jika anda mahukan matte look atau perlu menutup cela yang lebih dalam.
BBC DERMAGs juga boleh dijadikan base make-up atau digunakan bersama blusher.
Untuk solekan malam, boleh juga gunakan concealer sebelum menggunakan BBC DERMAGs.
Dr. Mariani Abdul Hamid
Pengasas DERMAGs,
Pakar Formulasi Bahan Kecantikan,
Research Fellow IBD-UTM.
Haiii... Keluarga kecil Dermags Skin Solutions dah mencapai 700 orang! Yeay! Moga terus mendapat manfaat dari page ini ya 😍
Dermags Skin Solutions Natural-based skin solutions bertaraf dunia hasil penyelidikan saintis tempatan dari UTM dengan kerjasama pakar penjagaan kulit Korea.
05/06/2018
APA ITU TEKNIK DOUBLE CLEANSING?
Seperti namanya, Teknik Double Cleansing merupakan cucian dua kali menggunakan dua jenis cleanser.
Cucian Pertama: Oil based cleanser - Ada bermacam-macam jenis dan jenama boleh di dapati di farmasi.
Cucian Kedua: Water based cleanser - Contohnya Cleanser DerMAGs yang Puan guna setiap hari.
Oil-based Cleanser ni digunakan untuk mencuci segala oil based impurities. Contohnya seperti make up, sunscreen, kesan minyak semulajadi di muka (sebum).
Water based cleanser p**a untuk cuci segala water based impurities seperti peluh dan debu-debu di muka.
Oil tarik oil impurities , water tarik water impurities.
Jika impurities minyak tidak dibersihkan, pori akan mudah tersumbat. Bila tersumbat, jadilah macam-macam pada muka seperti jerawat, blackheads, whiteheads. Ini akan menyebabkan pori terbuka dan kelihatan besar.
Jadi, oil cleanser ni penting untuk menanggalkan segala kotoran pada muka dan memastikan pori tidak tersumbat.
Jika dicuci dengan cara yang betul menggunakan teknik double cleansing, pori akan menjadi kecil semula, kulit pun akan jadi halus dan nampak lebih bersih.
LANGKAH-LANGKAH TEKNIK DOUBLE CLEANSING
1⃣ Cuci muka menggunakan oil cleanser atas muka yang kering dan urut.
2⃣ Bilas dengan kapas lembab.
3⃣ Cuci muka dengan Cleanser DerMAGs atau mana-mana jenama.
4⃣ Bilas dengan air.
5⃣ Lap muka dengan lembut.
17/05/2018
Ramadhan Kareem... Selamat berpuasa kepada semua! 😊
28/04/2018
22/04/2018
Trial Set B - Normal to Dry Skin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Seri Kembangan
43300