Rawat Kulit Gatal & Kering Dengan Medissen
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawat Kulit Gatal & Kering Dengan Medissen, Health/Beauty, Lot 5443 Jalan Plumbum 7/96 Seksyen 7, Shah Alam.
【Krim Medissen ECze 60 - Solusi Natural Eczema】
✅ Steroid-Free, xde bahan kimia & alkohol
✅ Atasi Kegatalan dlm 3 hari je
✅ Menenangkan dan memperbaiki kulit kering & retak
✅ Mengekalkan keanjalan kulit
Punca - punca ekzema
Ekzema berpunca daripada gabungan pelbagai faktor seperti faktor asas dan faktor pencetus.
Faktor asas ialah faktor yang tidak boleh dielakkan seperti genetik atau keturunan.
Faktor genetik dapat menjelaskan mengapa ekzema hanya dialami oleh segelintir individu dan bukan kesemuanya.
Kulit terdiri daripada tiga lapisan
Lapisan paling atas boleh diibaratkan seperti dinding yang melindungi keseluruhan badan.
Punca genetik menyebabkan lapisan ini hilang daya pelindung dan memberi peluang kepada organisme serta bahan kimia dari luar untuk menembusinya. Ini adalah titik permulaan kepada ekzema.
Sistem keimunan pesakit ekzema juga bertindak balas secara berbeza. Ini tidak bermaksud sistem ini lemah, tidak aktif atau terlalu aktif.
Ia masih normal, tetapi bertindak secara berlainan daripada biasa terhadap rangsangan unsur dari luar dan dalam badan.
Terdapat juga penyakit lain yang berhubung kait secara genetik dengan penyakit ekzema. Antaranya:
i. Resdung (allergic rhinitis) iaitu kerap bersin dan hidung berair sewaktu sejuk atau berhabuk serta hidung gatal
ii. 'Allergic conjunctivitis' iaitu mata merah, berair dan gatal terutama apabila terdedah kepada habuk
iii. Gegata (urticaria)
iv. Lelah atau asma
Jika mempunyai ahli keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap satu daripada penyakit ini, kemungkinan ahli keluarga yang lain juga boleh mendapat ekzema atau mana-mana penyakit lain berkait secara genetik.
Kerap kali, ekzema yang tidak serius mungkin tidak akan disedari kerana impaknya ringan.
Contoh manifestasi ekzema ringan adalah seperti kelemumur, tumit merekah, bibir kering, tompokan kulit kering pada kaki dan tangan serta kulit sensitif seperti gigitan nyamuk mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Pencetus ekzema p**a ialah faktor yang menyebabkan sesuatu episod ekzema itu timbul atau menjadi aktif.
Faktor pencetus ekzema lazimnya membabitkan persekitaran dan dapat dielakkan
1. Rengsa seperti cuaca panas dan berpeluh atau cuaca sejuk dan kering (penggunaan pendingin hawa berpanjangan, fabrik pakaian kasar atau sabun mengandungi bahan pencuci yang kuat).
2. Tekanan daripada segi mental atau fizikal juga boleh mencetuskan ekzema.
3. Alahan seperti hama habuk bulu daripada haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan debunga.
4. Kuman 'staphylococcus' pada kulit boleh mencetus ekzema. Bakteria ini dapat menembusi lapisan dinding kulit yang hilang daya pelindung dan menyebabkan kerosakan. Kulit ekzema juga lebih mudah terjangkit dengan virus.
5. Ekzema menyebabkan kulit menjadi gatal. Tindakan menggaru kulit mengakibatkan penghasilan 'histamine' dalam badan yang menjadikan individu merasa lebih gatal.
Menggaru juga boleh mengakibatkan kulit melecet yang memberi peluang kepada kuman menembusi kulit dan menyebabkan jangkitan.
Makanan jarang menjadi penyebab ekzema. Sekiranya makanan adalah pencetus kepada penyakit itu, keadaan kulit akan menjadi lebih teruk secara tiba-tiba (dalam masa 24 hingga 48 jam) selepas makan makanan berkenaan.
Apakah Masalah Yang Boleh Boleh Dihadapi oleh Bayi Ekzema Atopik?
Kulit pedih apabila luka digaru dan susah tidur lena kerana gatal.
Kerap menangis dan murung kerana tidak selesa.
Kenapa Ekzema Atopik Terjadi?
Masalah gen yang diwarisi contohnya mutase gen filaggrin. Ini menyebabkan kurangnya daya tahan kulit untuk menghalang bahan uaran masuk ke dalam kulit dan kelembapan mudah meruap keluar menyebabkan kulit kering.
Sistem imun bayi yang tidak matang.
Masalah persekitaran.
Apa Itu Kulit Gatal
Rasa gatal adalah gejala biasa yang kita semua pernah alami. Walau bagaimanapun, gatal ini boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain.
Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa. Ia mungkin terasa seperti seolah-olah sesuatu merangkak pada kulit anda.
Gatal boleh meresap (di seluruh badan) atau setempat sahaja - semua bahagian badan atau terhad kepada tempat tertentu - dan terdapat banyak punca kegatalan kulit .
13/01/2023
Jangan biarkan si manja menderita akibat gatal, ekzema & alergik. Rawat sekarang
03/11/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam
40000