BLACK - Ginger Extract

BLACK - Ginger Extract

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BLACK - Ginger Extract, Health/Beauty, 25-4, Jalan Tasik Raja Lumu L U4/L, U4, Shah Alam.

29/08/2022

𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗯𝗲𝘀 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮!

50.1 peratus rakyat Malaysia ada masalah obes dan jumlah sentiasa meningkat. Walaupun tahap kesedaran rakyat malaysia tentang kesihatan adalah tinggi, tapi Malaysia dianggap negara yang rakyatnya tak sihat.

Golongan muda leka dalam menjaga kesihatan adalah kerana faktor badan masih sihat dan bertenaga di waktu muda. Biasanya bila sudah melangkaui umur 40 ke atas, badan akan menunjukkan kesan terhadap gaya hidup yang diamalkan semasa muda. Penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya bakal menanti mereka yang tak menjaga kesihatan. Hati-hati bagi yang mengamalkan gaya hidup tak sihat seperti ini

Tak bersenam
Makan makanan segera
Makan makanan tinggi gula & garam
Kurang rehat
Merokok

Golongan muda yang berumur antara 25 hingga 50 tahun yang sering mengabaikan kesihatan kerana sibuk bekerja. Pelbagai penyakit yang memudaratkan boleh datang jika tiada pecegahan dilakukan. Penting untuk golongan muda yang bekerja untuk seimbangkan gaya hidup dalam aktiviti seharian. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah bersenam selama 10-15 minit atau sekurang-kurangnya berpeluh setiap hari. Makan makanan yang seimbang yang lengkap nutrisi dari segi karbohidrat, protein, vitamin, serat.

𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸 𝗚 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝘀𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗻𝘆𝗶𝘁 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗶𝗷𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶. 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗹𝗲𝘀𝘁𝗿𝗼𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵.

Jika saluran lancar, beban jantung untuk mengepam darah ke otak dan anggota badan semakin normal dan lancar. Kunyit hitam juga mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal.

Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat. Seterusnya mengelakkan pelabagai masalah kesihatan yang berpunca dari saluran darah tersumbat seperti darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

29/08/2022

𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗸𝗲?

Ramai salah faham bila dah makan supplement atau makanan tambahan, terus fikir sakit akan terus hilang. Berbeza dengan ubat yang dijual di farmasi atau diberi oleh pihak hospital. Ada yang dah makan supplemen sampai sebotol bila penyakit dah tak datang terus berhenti makan. Ramai jugak yang baru makan sebiji dua bila tiada kesan, ada yang kata supplement ni tak berkesan. Kenapa ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun?

Ia bergantung kepada individu. Setiap badan akan berbeza tindak balas terhadap sesuatu supplement.
Periksa balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan dan rehat cukup atau tak.
Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap produk tersebut.

Suplemen ni sebenarnya adalah makanan tambahan yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti yang mencukupi. Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.

Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis atau mencegah sebarang jenis penyakit. Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya. Ubat p**a ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit.

Contohnya pengguna Black G yang tak nampak kesan selepas 2 bulan, Black G memang nasihatkan hentikan penggunaan dan cari ikhtiar lain. Macam Black G sendiri, produk yang berasaskan ekstrak kunyit hitam memang dibangunkan khas untuk membantu orang ramai pulihkan kesihatan secara semula jadi.

Pemakanan produk Black G dalam jangka panjang boleh membaikpulih dan meningkatkan kualiti kesihatan. Bahan dalam kunyit hitam iaitu methoxyflavon dan flavonoids boleh bantu lancarkan aliran darah supaya badan boleh berfungsi dengan baik.

Photos from BLACK - Ginger Extract's post 25/07/2022

𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 – 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐒 (𝐃𝐈𝐀𝐁𝐄𝐓𝐄𝐒)
• kerap rasa dahaga
• badan jadi letih & lesu
• rasa kebas terutama pada tapak kaki, tangan & jari
• penurunan berat badan secara tiba-tiba
• kerap buang air kecil terutama waktu malam

𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭?
• Risiko buah pinggang rosak kerana badan tidak lagi dapat proses gula dengan berkesan
• Penglihatan jadi kabur dan yang lagi teruk mata boleh buta
• Luka lambat sembuh
• Kaki atau jari kena potong jika dah terlalu teruk
• Hubungan intim dgn pasangan terjejas
• Urat saraf rosak

25/07/2022

𝟑 𝐭𝐢𝐩𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 (𝐬𝐮𝐩𝐩𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧/𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧) 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 (𝐨𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞)

Mungkin ada yang rasa tidak yakin untuk beli produk secara online bukan? Terutamanya produk ubat -ubatan atau kosmetik takut mengundang bahaya atau terdapat bahan larangan dalam kandungan sesuatu produk

Disini kami sertakan 3 tips penting sebelum anda membuat pembelian

• Dapatkan nombor pendaftaran KKM dari pihak penjual ( untuk ubat atau supplemen berdaftar nombor pendaftaran akan bermula dari MAL diikuti 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk
• Layari laman web KKM (https://npra.gov.my), isi nombor MAL produk untuk dapat butiran terperinci pendaftaran produk
• Buat carian di internet tentang keberkesanan produk ( info, harga dll)

𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤
• A : ubat yang mengandungi racun terkawal (eg; antibiotic, darah tinggi)
• X : ubat yang tidak mengandungi racun terkawal (eg; aspirin,paracetamol)
• T : ubat tradisional ( eg ; Jamu, minyak urut, minyak gamat)
• N : natural produk / ubat supplemen kesihatan ( eg ; multivitamin, glucosamine)
• H : ubat veterinary

𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 𝐆𝐢𝐧𝐠𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭 (𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 – 𝐆) 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊 𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 semestinya komited mengeluarkan produk yang selamat dan kualti. Kami juga berkolaborasi dengan saintis 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈 untuk tujuan penyelidikan, kawalan dan selia produk BLACK G. Produk kami berdaftar dengan KKM dan ianya selamat di ambil tanpa was – was. Nombor pendaftaran produk Black G adalah :

𝐌𝐀𝐋𝟐𝟏𝟎𝟐𝟔𝟎𝟗𝟕𝐓𝐂

Produk didaftarkan di bawah klasifikasi ubat tradisional dan dari sumber semulajadi.

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐌?
Produk berdaftar adalah terjamin dari segi
• Keselamatan (Safety)
• Kualiti ( Quality)
• Keberkesanan (Efficacy)

20/07/2022

𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊
• BLACK G (Black Ginger).
• Kapsul berasaskan kunyit hitam
𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
• 100 % Kunyit Hitam
• Nama saintifik (KAEMPFERIA PARVIFLORA)
• Terdapat DUA jenis kunyit hitam yang mempunyai nilai dalam perubatan tradisional
• Kunyit hitam yang daun nya hijau dan ubinya hitam
• Kunyit hitam yang mempunyai warna kehitaman pada keseluruhan bahagian pokok
• Bahagian yang selalu digunakan untuk perubatan adalah RIZOM (ubinya)
𝐌𝐀𝐍𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊
• MENGAWAL KADAR GULA DALAM BADAN
• MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
• MENAMBAH TENAGA
• MENSTABILKAN TEKANAN DARAH
• SEBAGAI AGEN ANTIOKSIDA
• MENGHALANG SINDROM PENYAKIT METABOLIK
𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊
• Satu – satunya produk kunyit hitam yang mempunyai kolaborasi dan R&D dengan pihak 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈
• Produk berdaftar dan mendapat kelulusan dari 𝐊𝐊𝐌 (𝐌𝐀𝐋 𝟐𝟏𝟎𝟐𝟔𝟎𝟗𝟕𝐓𝐂).
• Boleh rujuk laman website di bawah 👇 untuk tujuan rujukan nombor MAL produk

https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php

18/07/2022

𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐊𝐌 𝐀𝐍𝐂𝐀𝐌 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀

𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐌
• Dikhuatiri dicampur dengan racun berjadual
• Masalah gangguan tidur
• Tekanan darah meningkat
• Risiko serangan strok
• Takut memberi kesan mudarat sehingga meragut nyawa
• Buah pinggang rosak
• Jantung berdegup laju serta berpeluh dengan banyak

𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐊𝐌
• Terjamin dari segi KESELAMATAN, KUALITI dan
KEBERKESANAN
• Produk diuji dan dinilai bagi memastikan ianya selamat,
berkualiti dan berkesan

𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐊𝐌?
• Dapatkan nombor MAL daripada penjual
• Terus ke website KKM. Isi nombor kelulusan produk (MAL number) di website KKM. Butiran terperinci mengenai produk akan dipaparkan di website KKM

https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Address

25-4, Jalan Tasik Raja Lumu L U4/L, U4
Shah Alam
40160