NK Age-Reverse

NK Age-Reverse

Share

NK AGE-REVERSE adalah jenama skincare tempatan berasaskan R&D di UTM oleh Prof Madya Dr. Siti Hamidah

Photos from NK Age-Reverse's post 17/05/2023

Alhamdulillah selesai tugas di sini walaupun beberapa minit sebelum giliran, saya rasa seram sejuk dan nervous. Mana tak nya, semua penceramah lain bercakap mengenai aerospace, vaccine, fund ratusan juta euro dan dari agensi-agensi di sini. Saya hanya akan bercakap mengenai skin care.
Antara motivasi yang menguatkan semangat adalah saya bercakap dengan diri sendiri, “Buktikan kau wanita muslimah juga berani dan berjaya. Kau membawa imej bertudung dan membawa nama negara. Bangkit dan berani!”
Banyak soalan yang diajukan dan salah seorang dari agensi Czech berkata bahawa bidang yang saya ceburi ini adalah penting kerana ada pengguna dan market.
Yang lucunya, Prof Odrej, iaitu emcee memperkenalkan saya sebagai pensyarah, pentadbir dan usahawan. Dia berkata, “and she is still alive” 😅.
Kelebihan utama NK Age-Reverse yang menyebabkan ia berkesan mencantikkan kulit anda:

1. Formulasi semulajadi berasaskan tumbuhan. Cleanser, mist dan serum hampir 100% natural, manakala sunscreen 55%.
2. Menggunakan teknologi nano-misel yang memastikan peresapan bahan aktif optima ke dalam kulit. Menyebabkan ia 5 kali ganda lebih berkesan.
3. Mengandungi bahan antiaging yang terbukti berkesan seperti Hyaluronic acid, bee venom, tsubaki extract, encapsulated nano retinol dan banyak lagi.
4. Mengelak daripada menggunakan bahan sintetik yang tidak baik untuk kulit seperti SLS dan paraben, dan bahan berbahaya seperti hydroquinon, tretinol, merkuri dan lain-lain.
5. Telah menjalani testing toxicology, skin irritation, heavy metal, antiaging effect dan banyak lagi.
6. Didokong oleh team penyelidikan yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan bioproses dan biokimia.
7. Formulasi telah menjalani testing terhadap 100 orang responden dan 98% mendapati kesan positif kepada kulit seawal 2 minggu.
8. Memperolehi pengiktirafan seperti Lab Tested dari Bioeconomy Corporation, NANOTested dari NanoVerify, NOT No. dari KKM dan anugerah-anugerah inovasi.
9. Kajian terus dilakukan untuk menambahbaik formulasi sedia ada dan penghasilan produk-produk baru.

info.nkageskin.com

Photos from NK Age-Reverse's post 20/01/2023

Joint conferences with Japanese and Egyptian.
Malaysia-Japan Joint International Conference (MJJIC) 2022
&
International Conference on Advances Technology and Applied Sciences (ICaTAS) 2022

20/01/2023

Apa tips terbaik menggunakan Serum Retinol NK Age-Reverse? Jom dengar penerangan daripada Dr Siti.

20/01/2023

Perihal Wanita & Kulit yang Sihat
1. Kulit yang nampak cantik tak semestinya sihat, tetapi kulit yang sihat pasti memberi efek cantik.
2. Beribu produk di pasaran boleh menjadikan kulit ‘nampak’ cantik, tapi tak semua boleh menjadikan kulit betul-betul cantik (sihat).
3. Pakai saja foundation, primer, shading, blusher dan highlighter.. Kulit yang bermasalah; penuh jeragat atau jerawat akan ‘nampak’ cantik juga.
4. Apabila remove semua mekap ini, akan terserlah semula semua masalah kulit yang menjadikan kita stres dan tidak gembira.
5. Adalah impian wanita agar tidak perlu bermekap tebal. Namun bukan mudah mendapat kulit yang sihat.
6. Kulit sihat memerlukan ”skin care”, bukan “mekap”.
7. Invest dan beri perhatian mengenai skin care, apabila kulit sihat, tak perlu lagi guna banyak mekap untuk kelihatan cantik.
8. Apabila kulit sihat, pakai bedak tipis pun sudah berseri. Tak perlu lagi foundation dan semua mekap lain.
9. Pastikan kita gunakan produk skin care yang berkesan merawat masalah kulit dan mengandungi bahan anti penuaan.
10. Seawal umur 25 tahun, colagen dan hyaluronic semulajadi kulit kita menurun dan kita boleh usaha untuk menambahkannya bagi mengelak penuaan kulit awal.
11. Kajian penyelidikan dalam bidang ini amat maju. Tinggal kita memanfaatkan saja.
12. Antara bahan terbaik untuk skin care di dunia adalah hyaluronic acid, bee venom, retinol dan beberapa ekstrak natural dari tumbuhan.
13. Bahan-bahan ini telah terbukti berkesan untuk mencantikkan dan memudakan kembali kulit.
14. Lebih baik jika bahan-bahan ini digabungkan dengan formula nanoteknologi, bagi mendapatkan penyerapan dan kesan optimum.
15. Semua orang boleh mendapatkan kulit yang cantik dengan skin care yang betul.

Photos from NK Age-Reverse's post 20/01/2023

Maksud Alchemist: Seseorang yang menukar sesuatu kepada yang lebih baik.
Kita semua adalah Alchemist apabila kita mencuba untuk membuat kebaikan atau menambahbaik sesuatu perkara.
Terima kasih kepada pihak Perpustakaan UTMKL khasnya Puan Nik Masriza, Timbalan Pustakawan atas jemputan ini. Semoga ada yang mendapat manfaat 😊.

Photos from NK Age-Reverse's post 20/01/2023

Menghasilkan buku memberi kepuasan yang berbeza berbanding menulis jurnal. Alhamdulillah buku kedua tahun ini akan diterbitkan dalam masa terdekat. Congrats and thank you Zarith Aziz for make it happened. Kami hantar dua draft buku kepada UTM Press tapi hanya satu dapat disiapkan tahun ini. Sebaik sahaja dapat tahu berita gembira ini, saya telah berjumpa Puan Zalina, Pegawai Penerbitan bagi menghargai bantuan beliau.

20/01/2023

Hari ini saya berfikir, betullah kata seorang sahabat bahawa setiap kesusahan kita pada hari ini adalah sebagai jalan kejayaan di masa akan datang.
Ingat lagi 20 tahun lepas, saya struggling untuk menyiapkan Master degree dalam bidang micellar nanotechnology (chemical engineering). Saya malahan pernah berfikir untuk tidak menamatkan pengajian. Tapi saya teruskan juga.
Selepas itu setiap langkah perjalanan; menjalani PhD dalam bidang yang sama, melakukan penyelidikan, membina bisnes, memformulasi produk.. bukan calang-calang cabaran yang dihadapi.. Apatah lagi dunia bisnes yang merupakan sesuatu yang amat jauh dari comfort zone saya.
Ada perkara yang hanya Allah yang tahu betapa beratnya dugaan yang dihadapi.. Kerana orang yang tidak mengalaminya tidak akan dapat memahami sepenuhnya.
Apabila kembali ke masa kini, melihat apa yang ada di depan mata, saya berfikir bahawa inilah hasil kerja keras ketabahan selama ini. Pastilah dengan bantuan banyak pihak dan beberapa orang yang rapat yang sudi bersusahan bersama-sama.
Tiada apa yang dikesalkan. Saya amat bersyukur dengan segala-galanya. Kepahitan dan kemanisan semuanya adalah s**a duka perjalanan hidup. Lihat semuanya dengan positif, dan semoga Allah terus beri kekuatan untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.

20/01/2023

Selangor R&D and Innovation Exhibition (SRIE) menjemput UTM MJIIT untuk menjadi pempamer. Selain NK Age-Reverse, MJIIT menghantar inovasi dari Malaysia-Japan Advanced Research Center (MJARC), pakar dalam agrikultur dan juga dari Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) yang merupakan pakar dalam pengurusan bencana.

20/01/2023

Beberapa tahun saya dan team membayangkan (visualize) set lengkap ini.
Ambil masa yang lama untuk menjadikannya realiti kerana kami berpegang pada prinsip “original formulation by NK”.
Sedangkan.. Kalau ada RM100k, atau RM50k, atau RM25k.. pergi sahaja ke kilang ‘Buat Jenama Anda Sendiri’ dan zass dalam masa beberapa minggu terhasil set seumpama rupa ini.
Tapi isinya tak mungkin sama Kerana NK wujud daripada hasil penyelidikan dan prinsip ilmu. Tidak sesekali kami lupa asal usul.
Tidak mungkin kami mengkhianati prinsip sendiri dan anda yang mempercayai NK. 💙💖

20/01/2023

Apa yang paling s**a mengenai NK kerana produk-produknya tidak overclaim dan saya dapat maintain kulit muka yg awet muda walaupun usia dah 40an. Formulation NK yang dihasilkan sendiri memberi lebih keyakinan pada saya tentang keselamatan menggunakan produk ini. - Puan Kimi
Terima kasih Puan Kimi kerana telah menggunakan skin care NK sejak ia mula-mula dikeluarkan.

20/01/2023

Tahukah anda kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia? Jika dibentangkan kulit manusia luasnya kira-kira 2 meter persegi! Besar kan?
Kulit kita terdiri dari 3 lapisan utama. Jom kita kenal secara ringkas lapisan kulit kita.
1️⃣ Epidermis
Epidermis ialah lapisan kulit paling luar yang kita oleh nampak dan sentuh. Lapisan ini melindungi tubuh kita dari cahaya matahari, bakteria dan apa saja kotoran dari luar. Di lapisan ini juga terdapat melanin yang menghasilkan warna pada kulit.
2️⃣ Dermis
Dermis adalah lapisan kulit paling tebal dan berada di bawah Epidermis. Dermis bertindak menyokong lapisan epidermis dan mengikatnya pada lapisan dalam iaitu lapisan hypodermis. Ia mengandungi pembuluh darah, kalenjar peluh, folikel rambut dan reseptor saraf.
3️⃣ Hipodermis
Hipodermis adalah lapisan kulit paling dalam dan berfungsi melekatkan kulit dengan otot atau tulang. Di lapisan ini terdapat lemak yang melindungi tubuh dari panas dan sejuk.
Struktur kulit kita amat kompleks dan sensitif pada persekitaran atau bendasing. Jadi sayangilah kulit kita.
Jangan biarkan bahan kimia berbahaya meresap masuk. Ia bukan sahaja boleh merosakkan kulit malah pada satu tahap boleh mengancam nyawa.

20/01/2023

Naturel Kiss (NK) adalah satu nama yang terlalu dekat dengan diri saya.
Produk NK sangatlah sesuai dengan kulit muka saya:

senang nak guna dan tidak perlu ambil masa yang lama untuk saya "bersiap".
Paling utama dengan adanya NK keyakinan diri pun makin bertambah.

Moga NK terus-terus cemerlang dalam mengeluarkan produk-produk yang setanding dengan jenama terkenal dunia. - Prof. Madya Dr. Nor Muhainiah binti Mohd. Ali, Pengguna NK sejak 2018

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Subang Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Sahabat Ventures, 2F, Lot 752, Jalan Subang 3 , Jalan Subang 3, Subang Light Industrial Park
Subang Jaya