Dr Munzier Mahamud
Dekat di Hati, Teguh Berkhidmat
LEADERSHIP without fear, SERVICE without pause, LOYALTY without compromise
20/09/2026
Usrah bulanan bersama sahabat-sahabat DPPKT di rumah Murabbi Al-Marhum Cikgu Nasir. Tersimpan seribu satu kenangan dalam rumah ini bersama al-marhum murabbi. Di sinilah lahirnya ramai kader-kader dakwah dan pimpinan jemaah, tempat ditarbiah, dididik dan dibina jati diri.
Program usrah inilah tempat kami bertemu mata dengan sahabat seperjuangan, "recharge" kembali semangat yang kian luntur dan ruang meluruskan kefahaman dalam meniti arus perjuangan.
Tahniah dan terima kasih Akademi Tarbiah (AKTAR) atas inisiatif yang berterusan ini. Moga sahabat-sahabat pemuda kita sentiasa istiqamah dan terus diberi kekuatan untuk berkerja demi Islam.
"Tanpa tarbiah, gerenti rebah"
17/09/2026
Sekitar program Jaulah Ilmu dan Ulamak anjuran Lajnah Dakwah dengan kerjasama NGO sekitar Tawau bersama jemputan khas Syeikh Shabour Al-Kayyali, Al-Habib Ahmad Al-Mudhor, Al-Habib Idrus Al-Habsyi berserta rombongan di Surau Al -Firdaus, Kompleks Sukan Tawau.
Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah dan selawat, pengisian oleh para masyaikh dan diakhiri dengan doa munajat. Tahniah kepada para sahabat pemuda yang terlibat.
Moga bumi Tawau terus dibajai dengan kehadiran para alim ulamak dan dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu dan zikir. Allahu Akbar!!!
17 September 2026
Kompleks Sukan, Tawau.
08/09/2026
Malam ini, kita menerima berita yang amat menyedihkan mengenai nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, Sarawak yang melibatkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mereka berada di sana menggalas satu amanah, sedia membantu & membawa harapan kesihatan kepada masyarakat, khususnya mereka yang berada jauh di pedalaman dan sukar mendapatkan akses kepada perkhidmatan perubatan.
Dalam sekelip mata, sebuah perjalanan untuk berbakti bertukar menjadi sebuah tragedi.
Lajnah Kesihatan Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat dan pengorbanan para petugas kesihatan yang terlibat, serta menyampaikan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan warga Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang melalui detik penuh sukar ketika ini.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat.
Al-Fatihah.
Lajnah Kesihatan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
07/09/2026
Jerebu ; Nikmat Udara Segar Yang Ditarik. Impak Kepada Kesihatan Diri.
Tragedi pembakaran hutan secara besar-besaran oleh negara jiran kita Indonesia pada tahun 1997-1998 yang menyebabkan jerebu teruk melanda Malaysia dan Singapura, berulang kembali dalam skala yang penuh pada 31hb Ogos yang lepas dan berlarutan sehingga hari ini. Kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan mencecah ke paras 500 lebih dan kawasan yang teruk terjejas melibatkan negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Bagaimana jerebu ini memberi kesan kepada kesihatan? Ianya melibatkan kesan yang serta merta dan juga jangka masa panjang. Zarah halus atau fine particulate matter (PM2.5) yang berkumpul di udara dan disedut oleh paru-paru merupakan bahan perengsa kepada sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular. Yang lebih membahayakan PM2.5 ini mengikut kajian terkini merupakan "powerful tumour promoter" pada tisu paru-paru.
Menurut pakar perubatan terutama dalam bidang pulmonology (sakit paru-paru), zarah yang sangat halus ini boleh menyebabkan penyakit fatal dan melumpuhkan seperti cancer, penyakit paru-paru kronik, serangan jantung dan strok. Tidak dilupakan komplikasi kesihatan yang segera melibatkan hidung, mata, kerongkong dan lain-lain.
Antaranya adalah mata berair dan gatal yang boleh membawa kepada keradangan, hidung berair dan tersumbat, keradangan tekak, batuk yang berpanjangan dan yang lebih teruk lagi kesusahan bernafas serta sakit dada yang menekan. Jerebu juga boleh menyebabkan kepeningan, sakit kepala dan cepat lelah.
Oleh itu, beberapa pencegahan yang boleh kita lakukan. Antaranya dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar terutama jika IPU berada dalam tahap tidak sihat jika tiada keperluan untuk berada di luar rumah. Yang kedua, pastikan memakai pelitup muka jika berada di luar rumah atau melakukan aktiviti outdoor. Seterusnya pastikan hidrasi yang mencukupi dengan banyakkan minum air dan rehat secukupnya. Dan sepanjang berada di rumah, pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup bagi mengelakkan udara jerebu tidak masuk ke dalam rumah. Yang terakhir, sentiasa menyemak status IPU dan ikuti nasihat pihak berwajib seperti Kementerian KesihataN Malaysian (KKM) dan lain-lain.
Kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Kurangkan pendedahan, jaga kesihatan dan lindungi ahli keluarga kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dr Munzier Mahamud
7 September 2026
Pekan Kunak
Muktamar Pemuda bukan sekadar medan membahaskan isu negara, menyusun gagasan dan merencana masa hadapan. Lebih daripada itu, ia adalah medan mempertemukan hati, mengukuhkan ukhuwwah dan merapatkan silaturahim sesama pejuang.
Kerana perjuangan bukan hanya tentang apa yang kita perjuangkan, tetapi juga tentang siapa yang kita perjuangkan bersama.
Moga Allah SWT sentiasa menjaga perjuangan ini dan memberkati para pimpinan dan ahli-ahli nya. Takbir!!!
Dr Munzier Mahamud
5 September 2026
PUTIK, Kelantan.
01/09/2026
Jom ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-72
31/08/2026
Hari ni sempena program Kem Remaja Islam (KRIS) kali ke 18, memenuhi jemputan mengisi slot Kuliah Dasar yang membawa tajuk berkenaan Ibadah Membentuk Generasi Mutaalim.
Tahniah kepada adik-adik mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Tawau (PERMATA) dan adik-adik daripada Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS)Tawau atas penganjuran program yang begitu baik sempena cuti sekolah ini.
Program KRIS Tawau kali ini sudah mencecah kali ke 18, terimbau kenangan kali pertama menjadi fasilitator pada tahun 2009 dan menjadi pengarah program beberapa tahun selepas itu.
Moga program KRIS ini terus cemerlang dan menjadi medium perubahan dan islah kepada anak- anak remaja di Tawau khususnya.
Dr Munzier Mahamud
SMK Kinabutan Tawau 2
25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad)
Kehadiran Baginda Rasulullah SAW merupakan sebesar-besar rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT buat seluruh alam. Kelahiran Baginda membawa cahaya kebenaran yang menerangi kehidupan umat manusia.
Sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar kita, marilah kita mengambil peluang ini untuk:
1. Memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW.
2. Menghayati sirah perjuangan dan pengorbanan Baginda.
3. Mencontohi akhlak mulia dan menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian kita.
Mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Tawau.
Semoga kita semua terus istiqamah mencontohi tauladan Baginda dan tergolong dalam kalangan umat yang menerima syafaatnya di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.
25/08/2026
"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka" (Al-Hadith)
Ziarah kesihatan dan kebajikan kali ini membawa saya dan rombongan lajnah kebajikan muslimat dan pemuda ke Taman Kinabutan Ria dan Kg Rawa-Rawa Bt 4.
Datang bertanya khabar dan memberi motivasi kepada yang diuji dengan kesakitan serta mendoakan diberi kekuatan dan kesabaran. Ada yang diuji dengan masalah kanser hati, sukar untuk bergerak kerana bergantung kepada oxygen untuk bernafas.
Ada juga diuji dengan sakit strok separuh badan dan hanya bergantung kepada sang isteri yang menjaga 24 jam sehari, sangat setia dan sabar menjaga suaminya yang terlantar. Bak kata beliau, "biarlah sakit, yang penting suami panjang umur". Allahu Rabbi.
Moga Allah SWT mengurniakan pahala yang besar bagi mereka yang diuji dengan kesakitan dan bersabar dengannya. Ameen.
Dr Munzier Mahamud
Kampung Rawa-Rawa, Bt 4
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
91000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Dr Munzier Mahamud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.