Stokis INT3Drink Kubang Pasu

Stokis INT3Drink Kubang Pasu

Share

We sell healthy drink as Coffee , Tea and Chocolate enriched with Ajwa dates, honey and Arabic Gum.

23/12/2025

Assalam. Dah minum kopi hari ni?
Jom try Kopi Kurma Latte yang best ni.

PM ye. link kat komen

11/12/2025

Siapa minum kopi ni. memang memanggil2 je gelas tu setiap hari.
tak manis sangat tapi sedap.
Tak caya , jom cuba. Kepuasan sejati.

Yang tak s**a minum kopi pun. insha Allah akan s**a minum kopi ni.
Jom try.
Link kat komen

10/12/2025

Kopi Bukan sebarang Kopi?

Pernah tak minum kopi dan pada masa sama seperti dah makan 3 biji kurma ajwa??

kopi kurma ni menggunakan ajwa sebenar. sgt baik untuk yang nak diet, tahan lapar dan beri tenaga

Kebaikan kurma ni baik untuk kesihatan

1 pouch ada 15 sachet dan 1 sachet 30gram

Whatsapp je saya

21/05/2025
16/05/2025

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU2 DI MALAYSIA

JASA KALIAN HANYA ALLAH DAPAT MEMBALASNYA

26/10/2024

Arabica vs. Robusta.... Coffee Beans

23/10/2024

Kenapa saya buat Bisnes Khind yang menggalakkan orang berhutang?

Kenapa saya buat bisnes Int3Drink yang menggalakkan ejen team saya berhutang?

Bukankah berhutang itu tidak bagus?

Ini dasarnya:
Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: part 1: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya.
Part 2: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Oleh kerana saya buat bisnes sbb nak bantu lebih ramai orang utk mencari rezeki , maka saya usahakan cari modal, dan ajak lebih ramai orang berniaga dengan memberi mereka berhutang stok.
Pasang niat utk bayar. Jangan pasang niat utk tak bayar. Bila kita pasang niat nak bayar, rujuk Part 1 hadith di atas, MAKA ALLAH AKAN MENUNAIKAN UNTUKNYA.

Inilah asas yang saya gunakan. Insha Allah memurahkan rezeki mereka yang berusaha mencari rezeki dan berniat utk membayar hutang mereka.

Nak cari rezeki parttime atau fulltime?
Jom daftar ejen Khind atau Int3drink.

Link di komen .

18/10/2024

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai.

Kalau s**a bukit, jangan beli rumah di puncak bukit.

Kalau s**a mandi kolam, jangan buat kolam di dalam rumah.

Keseronokan sesuatu itu kita akan hilang apabila kita mula memiliki.

Dia kongsikan pengalaman hidupnya kepada saya. Katanya dulu sebelum ada rumah di tepi pantai, dia s**a lepak² ambil angin pantai, main buai, mandi laut, masak² dan bakar ikan. Saking seronoknya, suatu hari isterinya ajak dia beli rumah tepi pantai. Lalu dia beli tanah dan bina banglo mewah dua tingkat.

Sebulan pertama, dia rasa seronok, masuk bulan kedua dia rasa hambar, bulan ketiga dia rasa jemu. Kemudian lama² nikmat itu hilang.

Dia jadi tak ghairah sepertimana dulu². Akhirnya dia bgtau, saya dah 3 tahun tak pergi pantai. Dah tak seronok. Dah takde nikmat.

Keseronokan hilang setelah kita memiliki. Dia pesan, kalau s**a sesuatu, sewa sahaja dua atau tiga hari.

Nanti cuti sekolah akan datang, pi sewa lagi. Seronok itu akan kekal.

Credit: FB Mohd Saleh

Telephone

Website