Kebun Cik Siti

Kebun Cik Siti

Share

Kebun mini saya berkongsi idea ,benih pokok dan sekadar penenang jiwa ..

Photos from Kebun Cik Siti's post 06/07/2020

Hobiku mungkin ini akan jadi pekerjaan ku ..minat ku bercucuk tanam

Photos from Kebun Cik Siti's post 06/07/2020

Kacang botol dah keluar Kan hasilnya

Photos from Kebun Cik Siti's post 06/07/2020

Petang2 layan kebun la..

19/06/2020

Kemas2x ..boleh tanam pokok ..
Pagar pon hampir siap .
Alhamdulillah
Sikit2 dulu..

19/06/2020

PETUA :

UNTUK RAWATAN PATAH TULANG

Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.. Masa tu dia dalam perjalanan p**ang kuliah malam..

Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.

Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu.. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah..

Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?
Tok Batin: Alah, pokok tulang jer...

Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?
Tok Batin: Tak payah.... memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?

Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?
Tok Batin: Boleh jer.. Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat... Meh ikut aku kita tengok pokok tu.

Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya... Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.

Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam.. Nak ambik p**ak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah.. Ambil ranting yang lekuknya ke atas.. Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.

Cara rawatnya p**ak mudah jer.. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang...semudah A..B...C

"Kalau balut dengan kain jer tak jadi ker Tok?"

Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh..

Bila dah dapat ilmu tu, saya pun try la test kat seorang kawan yang patah tulang lutut.. Alhamdulillah, menjadi...
In syaa Allah, sembuh... Amin..

*Pokok ni dikenali sebagai pokok TETULANG...
Pokok hiasan dan boleh dicari di Nursery..

Semoga bermanafaat...

11/06/2020

Daun kesum ku

Photos from Kebun Cik Siti's post 04/06/2020

Selesai mesin rumput di kebun kita meracun p**a serangga banyak bila musim hujan ..Alhamdulillah pokok2x telah mengeluarkan hasil nya

Photos from Kebun Cik Siti's post 31/05/2020

KHASIAT BUAH TERUNG BELANDA... UNTUK KESIHATAN MATA DAN PENAWAR SAKIT PINGGANG. MATA RABUN JAUH DAN DEKAT. MATA SELAPUT. MATA SILAU KETIKA WAKTU MALAM... JUGA BAGI YG DAH MEMAKAI CERMIN MATA. ANDA AMALKAN MAKAN BUAH TERUNG BELANDA SETIAP HARI SEBANYAK 10 BIJI YG SEGAR. AMALKAN SELALU. INSHA ALLAH MATA ANDA SIHAT DARI SEBARANG MASALAH... TAK PERLU MEMAKAI CERMIN MATA LAGI...
APA MASALAH PUN KENA BERAMAL SETIAP HARI... ALLAH SWT. MAHA PENYEMBUH... CUBA DULU BATU TAHU..
>>>
DIPETIK DARI KITAB PERUBATAN ISLAM INDONESIA.

29/05/2020

Benih bunga butang ..
Merah baldu
Sapa berminat boleh la PM lelaju ye

29/05/2020

Pohon buluh tumpat yg merimbun

28/05/2020

[ MOTIVASI PAGI ]
Tidak akan terputus REZEKI seseorang itu selagi dia tidak melupakan untuk berdoa kepada kedua-dua ibu bapanya dalam kehidupan sehariannya.
Assalamualaikum selamat pagi

Photos from Kebun Cik Siti's post 28/05/2020

TEBU HITAM

Pokok tebu hitam mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional. Akar pokok tebu hitam dan kemudian direbus bersama dengan batangnya. Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan malam untuk meredakan jantung berdebar, menurunkan kadar kolestrol terutamanya digantung dan darah dalam badan. Ianya juga dapat menaikkan tekanan darah rendah. Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya. Air perahan tebu hitam diminum untuk mengurangkan kepanasan badan. Untuk merawat batuk, batang tebu hitam dibakar dan perah airnya. Air perahan tersebut diminum untuk meredakan

Sekiranya tebu hitam ini ditanam ditanah yang berair (gambut dan paya) tebu ini akan memberikan hasil yang kurang manis, untuk menyelerakan ianya boleh dicampur dengan gula merah @ gula Melaka secukup rasa.

Minum air rebusan tebu ini 2 kali sehari pagi dan malam. Eloknya ianya diminum sebelum sarapan pagi dan sebelum tido malam.

Untuk mendapatkan hasilnya yang mujarab, amalkan meminum rebusan tebu hitam ini selama sebulan.

Diriwayatkan dalam hadis sahih Al-Haudh,"Maknanya lebih manis daripada gula." Tebu hitam merupakan sesuatu yang baru bagi orang dahulu, bahkan mereka tidak tahu bahawa gula itu ada. Disebabkan itu, madu diceritakan secara meluas sebagai minuman ataupun ubat berbanding gula.

Tebu hitam juga bersifat panas dan basah, mampun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuangkan hampasnya. Tebu juga dikatakan boleh membersihkan pundi kencing dan kerongkong, kerana ianya lebih berkesan sebagai julap yang membersihkan segala ruang pembuangan tubuh manusia.

Ia juga melegakan muntah, melancarkan pembuangan air kecil dan menstimulasi pengeluaran sperma bagi kaum lelaki. Affan bin Muslim As Saffar berkata, "Sesiapa menghisap tebu setelah makan akan menemui kegembiraan sepanjang harinya."

Tebu hitam yang dipanggang boleh membuang gangguan tekak dan dada, namun tebu juga mempunyai angin, namun boleh diredakan apabila tebu dikupas kulit dan dicuci dengan air panas.

Tebu hitam tidak hanya sekadar sebagai bahan gula, namun juga mempunyai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh jika diamalkan untuk masalah kesihatan yang tertentu.

1. Menguatkan gusi dan gigi

Cairan yang ada di buah tebu hitam dapat membuat gusi dan juga gigi anda menjadi kuat, caranya dengan meminum air tebu yang sudah dicampir air jeruk nipis dan juga garam.

2. Mencegah strok

Minum air tebu hitam secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga membantu menghindar strok.

3. Melawan kanser payudara

Kandungan yang berada pada buah tebu hitam merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap.

4. Mengatasi hidung berdarah

Potonglah bahagian tebu yang paling hujung setelah itu rebus dengan air secukupnya, campurkan garam dan juga gula. Jika sudah sejuk tapis airnya dan minum.

5. Baik untuk diabetes/ kencing manis

Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu hitam sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu hitam juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.

6. Menyembuhkan selesema dan sakit kepala

Anda salah jika berfikir kalau minum jus tebu agak berbahaya kerana boleh menimbulkan selesema dan sakit kepala. Kerana sebaliknya, minum air atau jus tebu mampu membantu menyembuhkan selesema dan sakit kepala.

7. Mengatasi badan berangin

Ambil tiga helai daun tebu hitam, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan daun tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari. Insya Allah mampu mengeluarkan angin di dalam badan.

# Tebu hitam jenis ini juga mempunya kelebihan dimana ianya mempunyai aura yang tersendiri yang mana ianya boleh menolak gangguan ilmu hitam dan memagar rumah kita daripada gangguan ilmu hitam. Tanamlah pokok tebu hitam jenis ini di penjuru kawasan rumah. Diiringi dengan doa, insyaAllah kita akan dilindungi.

“TUMBUHAN KURNIAAN ALLAH ADA KHASIATNYA, KITA HARUS YAKIN DAN DIIRINGI DENGAN DOA MEMOHON PADA PENCIPTANYA. PERCAYALAH TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI KECUALI TUA DAN MATI”

Selamat Mencuba…

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Taboh Naning Jaya
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00