Naturel Kiss-Kedah
Premium produk untuk kulit cantik secara sihat
Selalu ada yang bertanya saya, boleh tak atasi masalah jeragat saya ni...saya cakap,insya allah, setakat ni Age Reverse dah bantu ramai yg berhadapan dengan masalah kulit. Bagi peluang Age Reverse tolong puan p**a. 😊
Itu yang saya boleh beritahu, tp bila soalan berapa lama nak pulih??
Yang ni saya tak boleh nk cakap, sebab semuanya bergantung pada diri seseorang..munkin pada orang ni seawal seminggu dia dah rasa perubahan seperti muka dah lembab..
Tapi pada orang ln, munkin ambil masa hingga 4 5 bulan..mana nk tahu sebab sebelum ni dia dah lama guna produk yg high chemical,kulit dah jadi terlalu sensitif dah!
Ya begitulah..apa yang penting bila kita memilih untuk mengguna skincare natural adalah kerana untuk sihat..
Produk natural ni mmg akan ambil masa yang lama sikit sbb Age Reverse membaiki kerosakan sel,bukannya mencantikkan sementara kulit dengan menghakis permukaan kulit.
Apa yang kita perlu buat bila menggunakan produk natural base akan saya cerita kan nanti ye..
07/10/2024
Travel Set NK Age-Reverse packaging baru!
Sesuai dijadikan hadiah untuk diri sendiri dan yang tersayang.
Stok terhad,
WA untuk sebarang pertanyaan
♥️🫶.
019-447 7704
27/03/2024
Salam 17 Ramadan dari kami NK AGE-REVERSE,
Al Qur'an merupakan kitab suci yang perlu kita hayati, renungi, pelajari, dan terapkan dalam kehidupan kita.
Kita seharusnya menjadikan Al Qur'an sebagai panduan utama dalam setiap langkah kita.
Kepada semua umat islam, kami ucapkan Selamat memperingati malam Nuzul Al- Quran tahun 1445 Hijriah.
16/03/2024
BAHAN-BAHAN YANG BANTU SELESAIKAN MASALAH KULIT
(1) Bee venom
Berfungsi sebagai anti-bakteria dan mempunyai sifat anti-keradangan semula jadi. Ia boleh membantu merawat jerawat yang ringan dan sederhana, disamping mengurangkan keradangan pada kulit. Ia mempunyai keupayaan untuk menyihatkan kulit secara mendalam dan membantu merangsang pertumbuhan kolagen, mengurangkan kedutan, dan memperbaharui sel-sel kulit rosak.
(2) Asid hyaluronik
Fungsi utama adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kelembapan kulit, dan mengurangkan kehilangan air daripada epidermis supaya lebih lembut, licin dan gebu, merawat garis-garis halus, kedutan, dan menambah baik keanjalan kulit. Ia bertindak seperti span untuk memerangkap air dan meningkatkan penghidratan kulit dalaman bagi menahan dan mengunci kelembapan di bawah kulit. Ia memberi penampilan awet muda dengan kesan kulit yang bersinar (glowing).
(3) Ekstrak tumbuhan (bunga roselle, bunga Tsubaki, bunga Peony)
Tumbuhan yang digunakan terbukti mempunyai khasiat untuk mencegah penuaan pramatang kerana kehadiran sebatian bioaktif utama iaitu flavonoid, polifenol, dan asid askorbik yang bertindak sebagai antioksidan semula jadi. Ia mempunyai keupayaan untuk mengekalkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan sintesis melanin di bawah sinaran UVB, sekaligus dapat mencegah pertumbuhan jeragat pada permukaan kulit. Penyelidikan saintifik juga membuktikan ekstrak tumbuhan ini mempunyai aktiviti anti-radang, pembaikan tisu dan aktiviti penjanaan semula sel yang memberi kesan positif terhadap penuaan kulit.
(4) Teknologi nano misel
Teknologi ni penting untuk membentuk saiz partikel yang lebih kecil (saiz nano) bagi penyerapan maksimum bahan aktif ke dalam lapisan kulit agar dapat membaiki dan menyihatkan struktur kulit dari lapisan dalam kulit.
15/03/2024
4 PUNCA JERAGAT MUDAH TIMBUL KAT KULIT
Jeragat atau dikenali sebagai pigmentasi ataupun melasma, ia terbahagi kepada 2 jenis & jeragat ni keluar serentak:
Melasma Epidermal - yang berada di lapisan kulit paling atas
Melasma Dermal - terbentuk seperti tahi lalat kecil
4 jenis penyebab jeragat berduyun-duyun hinggap di bahagian muka, Mesti ramai nak tahu, apakah?
1 SINARAN UV
Kulit yang terdedah kepada cahaya ultraviolet (UVA) boleh merosakkan tisu-tisu kulit muka, seterusnya menjadikan kulit muka gelap dan 'diserang' jeragat.
2 FAKTOR UMUR
Peningkatan usia mempengaruhi penghasilan kolagen bagi merawat tisu dan sel kulit secara optimum, bila kekurangan kolagen punca jeragat mudah timbul.
3 PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon kesan dari mengandung, penggunaan pil perancang dan pil gantian hormon menopause juga merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.
Namun, ia akan hilang selepas beberapa bulan melahirkan anak atau apabila seseorang berhenti mengambil pil hormon.
4 KOSMETIK
Di Malaysia, sebahagian besar jeragat muncul hasil daripada komplikasi penggunaan bahan kosmetik terlarang.
Ramai yang nak hilangkan jeragat, tapi malangnya salah memilih produk seterusnya menyebabkan lebih banyak jeragat muncul.
Kosmetik yang ada bahan kimia berbahaya penyebab utama kenapa jeragat makin banyak walaupun dah pakai macam-macam produk.
Mungkin ada yang berbangga kerana menggunakan kosmetik luar negara.
Tapi, sebenarnya tak semua produk luar negara sesuai dengan kulit muka rakyat Malaysia yang berbeza iklim dan cuaca ni tau..
Jadi, macam mana cara untuk atasi masalah jeragat?
Nak saya kongsikan rahsianya?
Pernah tak dengar sekump**an penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan dua produk penjagaan kulit berasaskan teknologi nano micellar?
inisiatif pensyarah & Penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Prof Madya Dr Siti Hamidah Mohd dan team R&D beliau, menjalankan kajian selama lebih 10 tahun sebelum berjaya menghasilkan produk skincare yang selamat dan berkesan.
Dalam kajian itu, Dr Siti dan team beliau berjaya menghasilkan 1 formula iaitu ‘BeuT-Complex’ yang mana merupakan gabungan ekstrak-ekstrak tumbuhan dan teknologi nano micellar.
HASIL PENYELIDIKAN YANG MEMBANTU WANITA!
Formula yang berkesan untuk membantu pudar jeragat & anti-aging wanita Malaysia.
Formula ni telah diterjemahkan dalam bentuk produk, yang diberi nama NK AGE REVERSE.
05/10/2023
Faktor utama kulit cepat rosak adalah kerana tidak memakai tabir suria (sunscreen).
Nak memilih sunscreen pun bukan mudah juga.
Ada yang gunakan bahan sintetik yang keras, kulit jadi pedih dan merengsa. Ada yang berminyak sangat.
Sunscreen dari NK adalah yang terbaik. Formulasi terbaru menggunakan 80% bahan natural.
Selain berfungsi sebagai penghalang UV, ia seperti serum menjaga dan merawat kulit.
Yang special ia mengandungi “natural Botox” iaitu Bee Venom dan Hyaluronic acid yang merupakan bahan antiaging terbaik dunia. 😍💖
Terima kasih Prof. Madya Dr. Sunarti Bt Abd Rahman kerana menjadi pengguna setia NK Age-Reverse Sunscreen 🥰🤗.
kredit to: doc siti Hamidah
05/08/2023
age reverse ♥️
21/07/2023
Mengenang kembali bagaimana semuanya bermula..
2001 - Saya memulakan MSc (master) di UTM dalam Kejuruteraan Kimia (bidang micellar nanotechnology)
2004 - Memulakan PhD dalam bidang yang sama di Loughborough University UK. Ketika ini masih tidak terlintas akan menjadi pengasas produk skincare. Tumpuan hanya untuk menamatkan Ph.D. dan balik Malaysia menjadi pensyarah yang baik.
2008- Tamat Ph.D. dan balik ke Malaysia. Mendapati bidang kepakaran saya sangat menjurus kepada proses kejuruteraan kimia dan sukar membangunkan produk.
2010 - Memulakan kajian dalam bidang baru iaitu pengekstrakan warna dan nutrien dari tumbuhan Malaysia.
2012 - Hasil kajian mendapati pewarna daripada Roselle adalah paling stabil berbanding daripada tumbuhan lain. Mula menyertai pertandingan inovasi.
2014 - Prototaip pelembab bibir daripada Roselle banyak memenangi anugerah inovasi.
2015 - Memenangi Teraju Superb yang menyebabkan lahirnya SHE Empire Sdn. Bhd.
2016 - Jenama Naturel Kiss memasuki pasaran dengan memperkenalkan produk kosmetik; pelembab bibir natural, lipstik, bedak dan blusher.
2017 - Skincare Micellar Series dilancarkan. Mengandungi Micellar Cleanser dan and Energy Water Mist. Micellar technology adalah bidang Ph.D. saya, 10 tahun selepas tamat Ph.D., setelah merentas bidang lain, barulah ia dapat diaplikasikan.
2021 - Naturel Kiss telah diperkenalkan sebagai NK. Dan Age-Reverse dilancarkan. Produk pertama ialah NK Age-Reverse Cleanser yang bersifat natural, antiaging dan tidak perlu dibilas. Ia bertindak bukan sahaja sebagai pencuci wajah, tapi mencantik dan memudakan kulit.
2022 - Beberapa produk lain telah dilancarkan bawah rangkaian Age-Reverse: Sunscreen, Serum, Scrub dan Lotion. Bedak dan Energy Mist dikekalkan dari Naturel Kiss.
2023 - NK Age-Reverse Oil Cleanser dilancarkan.
2024 - ... Kepada Allah kami berserah. Kami hanya mampu lakukan yang terbaik demi tanggungjawab ini.
Semoga NK terus melangkah dan membantu lebih ramai pengguna yang mendambakan produk berkesan dalam masa yang singkat, mudah digunakan dan selamat. 💝💕💙🩵
kredit: Dr Siti Hamidah
10/07/2023
Salam puan, alhamdulillah, hari ni first day postage untuk Oil Cleanser.
Kami akan pos mengikut order masuk ye 🤗
Kalau ada yang belum order, boleh grab sekarang sementara masih PROMO HARGA PENGENALAN 🎉
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
10 L Kota Sarang Semut
Alor Setar
06800