Thera HQ - Minuman Pracampuran by Zafeer Group

Thera HQ - Minuman Pracampuran by Zafeer Group

Share

Thera Coffee adalah minuman pra-campuran dari herba-herba terpilih seiring dengan pepatah "MENCEGAH

04/01/2020

MENGURANGKAN GEJALA PEDIH ULU HATI

Dalam coffee Kunyit Putih mengandungi dan yang membantu mengurangkan keradangan dan ketegangan.

_SEBAB APA?_
KUNYIT PUTIH 🌱 ternyata mampu membantu menambah nafsu makan. Hal ini sangat bermanfaat bagi yang ingin menambah berat badan.

GARAM BUKIT 🏞 membantu memberi
kesan positif, mengurangkan ketegangan dan tekanan(stress).

XTRA | 7 Tabiat Penjagaan Kebersihan Yang Boleh Memudaratkan Anda 04/01/2020

7 TABIAT PENJAGAAN KEBERSIHAN YANG BOLEH MEMUDARATKAN ANDA.

Menjaga kebersihan diri sememangnya satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Cara kita menjaga kebersihan berkait rapat dengan status kesihatan diri. Ada yang mengamalkan tabiat yang pelbagai hanya semata-mata untuk memastikan dirinya kekal bersih sepanjang masa.

Tapi cukup bersihkah diri anda dengan mengamalkan tabiat penjagaan kebersihan diri tertentu tersebut?

1️⃣ MENCUCI TELINGA DENGAN PUTIK KAPAS.
Menurut pakar, air yang masuk ke telinga ketika anda mandi sudah cukup untuk β€˜melembutkan’ kotoran dan mengeluarkannya daripada telinga. Antara bahaya-bahaya yang mungkin anda hadapi jika menggunakan putik kapas seperti kerosakan gegendang telinga dan berisiko untuk kehilangan pendengaran.

2️⃣ MENCUCI TANGAN DENGAN HAND SANITIZER.
Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat, pembersih tangan(hand sanitizer) mengandungi kandungan bahan sintetik yang berbahaya berbanding menggunakan sabun dan air.

3️⃣ PENGERING TANGAN.
Sebenarnya, kebanyakan pengering tangan hanya mengitar semula udara tercemar yang ada di sekeliling sebelum dihembus terus ke tangan. Satu kajian yang dibuat menunjukkan pengering udara tidak mampu menghapus bakteria pada tangan, malah ia menyebarkan bakteria yang wujud pada tangan sekaligus mencemarkan ruang udara.

4️⃣ MENCUCI RAMBUT SETIAP HARI.
Membasuh rambut setiap hari juga tidak baik untuk kesihatan rambut. Setiap kali anda memcuci rambut terutama dengan syampu, ia mengurangkan kelembapan semula jadi rambut. Kesannya, rambut menjadi lebih kering walaupun menggunakan perapi.

5️⃣ MENGGOSOK GIGI SELEPAS MAKAN.
Menggosok gigi selepas makan boleh memudaratkan gigi. Sesetengah makanan terutamanya yang mengandungi asid sitrik, ia boleh menjejaskan kekuatan gigi, menggosok gigi dengan segera selepas makan boleh memberi tekanan pada gigi ketika berada dalam keadaan lemah. Gosoklah gigi sekurang-kurang 30 minit selepas makan supaya air liur dapat meneutralkan asid terlebih dahulu.

6️⃣ MENUTUP HIDUNG DENGAN TANGAN KETIKA BERSIN.
Anda mungkin rasa sopan menutup hidung anda dengan tangan ketika bersin. Tahukah anda, bakteri yang melekat pada tangan anda boleh merebak dengan pantas melalui sentuhan seperti menyentuh makanan, objek ataupun orang lain.

7️⃣ MENGGUNAKAN PELEMBAP SECARA BERLEBIHAN.
Anda mungkin gemar untuk menggunakan pelembap terutamanya jika kulit cepat kering dan menggelupas. Menggunakan pelembap kulit secara berlebihan terutamanya ketika tidur, situasi ini menyebabkan kulit tidak melatih menghasilkan kelembapan secara semulajadi dan menyebabkan kulit anda menjadi lebih kering untuk jangka masa panjang.

Sumber Rujukan :

XTRA | 7 Tabiat Penjagaan Kebersihan Yang Boleh Memudaratkan Anda Menjaga kebersihan diri sememangnya satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Cara kita menjaga kebersihan berkait rapat dengan status kesihatan diri. Sesetengan orang, hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai penampilan yang bersih sahaja. Begitulah betapa pentingnya kebersihan dalam kehid...

04/01/2020

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Baik tu berpada-pada. Fikir dulu sebelum buat sesuatu.
Jangan bila orang minta tolong terus tolong.
Bukan apa, kadang kita kena fikir jugak apa kesan buat sesuatu untuk orang lain terhadap diri kita.

03/01/2020

THERA KOPI β˜• KUNYIT PUTIH.

Thera Kopi ini dihasilkan dari campuran Herba :
β˜• Kunyit Putih,
β˜• Kopi Arabika,
β˜• Habbatussauda,
β˜• Madu
β˜• Garam Bukit

Membantu mengurangkan masalah :
πŸ‘‰ Resdung
πŸ‘‰ Jerawat
πŸ‘‰ Kulit gatal
πŸ‘‰ Keputihan
πŸ‘‰ Masalah wanita
------------------------------------------
Price πŸ’° : RM25.00 (15 Sachets)
------------------------------------------

NAK KER? NAK KER? NAK KER?

Meh wasap kami terus ‡️
www.wasap.my/+60108097733
www.wasap.my/+60193455570

Boleh jugak dapatkan secara πŸ“¦ Online di Shopee dan Lazada ‡️
https://shopee.com.my/zafeergroup
https://www.lazada.com.my/shop/zafeer-mart

03/01/2020

MENSTABILKAN TEKANAN DARAH ANDA

Dalam coffee Delima mengandungi yang membantu dalam menstabilkan tekanan darah.

_INI KERANA_
DELIMA 🌼 Kaya dengan Anti-oksida yang menguatkan imunisasi badan dan kaya dengan Vitamin B yang baik untuk peredaran darah serta kesihatan saraf.

Kerap bersin perlu rawatan lanjut 03/01/2020

KERAP BERSIN PERLU RAWATAN LANJUT.

Kerap bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan hidung berair antara gejala seduan. Masalah seduan boleh dikesan sendiri oleh pesakit dan perlu membuat pemeriksaan bagi mengelakkan ia merebak menjadi resdung atau alahan sinusitis.

Pakar Perunding Otorinolaringologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Rosdan Salim, berkata gejala awal sedu berlaku kerana keradangan pada hidung yang kerap bersin, hidung berair, hidung tersumbat, gatal hidung atau mana-mana kombinasi itu adalah berpunca dari persekitaran dan alahan.

πŸ‘‰ Pesakit kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi yang menyebabkan rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak.

πŸ‘‰ Gejala ini perlu dibendung bagi mengelakkan ia merebak dan membawa kepada masalah resdung. Masalah alahan rinitis ini jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus (sinusitis).

πŸ‘‰ Masalah sinusitis akan menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud atau membengkokkan badan, kerap demam, deria bau terganggu dan lendir kehijauan atau kuning.

Sumber Rujukan :

Kerap bersin perlu rawatan lanjut Kerap bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan hidung berair antara gejala seduan atau lebih dikenali sebagai alahan rinitis lazim dihadapi oleh sesiapa sahaja.

03/01/2020

Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia.

Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita.

Assalamualaikum & Selamat Pagi

02/01/2020

MENCANTIKAN KULIT ANDA & AWET MUDA

Dalam coffee Delima mengandungi yang membantu mencantikan kulit dan awet muda.

_INI KERANA_
BUAH GOJI πŸ’ Kaya dengan beta-karotin
yang menyihatkan mata serta vitamin
C & E yang memberi kecantikan secara semula jadi.

Ms Farranor: Sakit Kepala Vs Migrain 02/01/2020

Sakit Kepala Vs Migrain
KADANG-KADANG RASA SAKIT KEPALA YANG MELAMPAU? RASA MACAM NAK MUNTAH?

Masyarakat kerap tersilap tafsir maksud sakit kepala. Pening kepala, kepala pusing dan rasa mabuk adalah antara frasa yang sering digunakan untuk membawa makna sakit kepala. Sebenarnya, ia adalah gejala yang mempunyai sebab atau patologi yang berbeza daripada sakit kepala.

Masyarakat lebih selesa menyebut 'migraine' apabila merujuk sakit kepala. Ada yang menerangkan sakit kepala umpama batu berat dalam kepala, mencucuk-cucuk dan seperti dihiris-hiris.

Sakit kepala biasanya menyerang ke beberapa posisi kepala :
πŸ‘‰ Kawasan sekitar dahi (frontal)
πŸ‘‰ Belakang kepala (occipital) merebak ke tengkuk
πŸ‘‰ Sisi kepala (temporomandibular joint) dan muka.
πŸ‘‰ Sakit kepala ini boleh dirasai di keseluruhan kawasan atau secara bertompok.

Kita perlu tahu posisi sakit kepala supaya mudah untuk dokter buat diagnosis atas permasalahan gejala sakit kepala samada ringan sehingga yang boleh mengancam nyawa.

Ada juga beberapa faktor mungkin pencetus kepada gejala sakit kepala yang kita perlu tahu seperti :
πŸ‘‰ KEPANASAN ATAU HABA YANG TERLALU TINGGI – Elakkan berjemur. Memakai topi atau payung jika diperlukan.
πŸ‘‰ DEHIDRASI – Kerap minum air bila mula rasa sedikit dahaga. Mungkin perlu bawa bekal air ke tempat kerja/sekolah.
πŸ‘‰ HYPOGLYCAEMIA – Gula dalam tubuh rendah. Mungkin akibat diet yang tidak seimbang atau mengelak daripada mengambil makanan.
πŸ‘‰ TEKANAN/STRES – Biasanya kesakitan di rasa di belakang kepala merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Kanak-kanak sekolah pun boleh menunjukkan gejala ini apabila emosi mereka terganggu.
πŸ‘‰ MASALAH OTOT – Terutama jika mengangkat beban berat. Adakala duduk terlalu lama, memandu terlalu lama dan menaip menyebabkan otot-otot sekitar bahu kejang dan mendapat manifestasi sakit kepala di bahagian belakang kepala merebak ke bahu.
πŸ‘‰ MASALAH RABUN – Kerap berlaku pada kanak-kanak yang di alam persekolahan. Kordinasi kanta mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas boleh menyebabkan gejala ini. Pemeriksaan oleh Pakar Optometri mampu mengesan masalah ini.
πŸ‘‰ MASALAH SINUS – Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selesema atau hidung tersumbat akan diikuti sakit kepala.
πŸ‘‰ MASALAH MIGRAINE – Sakit kepala dicetuskan oleh bahan makanan dan minuman seperti kopi, teh atau coklat. Pesakit mungkin akan nampak aura seperti cahaya sebagai tanda akan diserang sakit kepala. Cahaya pada skrin komputer dan telefon bimbit boleh mencetuskan sakit ini. Biasanya sakit kepala berlaku pada separuh bahagian kepala. Cahaya akan menjadikan sakit kepala semakin buruk. Pesakit lebih s**a berada di dalam bilik gelap ketika mendapat serangan ini.

Apa yang kita perlu lakukan adalah jaga pemakanan, senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari (walaupon sekadar senaman ringan) dan jalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Sumber Rujukan :

Ms Farranor: Sakit Kepala Vs Migrain data:blog.metaDescription

02/01/2020

Assalamualaikum & Selamat Pagi 🌹
Tinggalkan kenangan pahit dibelakang. Fokus impian kita dihadapan. Bak kata Allahyarham P.Ramlee "Barang yang lepas, jangan dikenang, kalau dikenang meracunlah diri". 😎

01/01/2020

MENINGKATKAN SELERA MAKAN

Dalam coffee Kunyit Putih mengandungi yang membantu meningkatkan selera makan

_SEBAB APA?_
KUNYIT PUTIH 🌱 ternyata mampu membantu menambah nafsu makan. Hal ini sangat bermanfaat bagi yang ingin menambah berat badan.

Tak tidur tiga malam tanda insomnia kronik 01/01/2020

TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK

Insomnia terbahagi kepada dua peringkat :

πŸ‘‰ INSOMNIA PRIMER adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.

πŸ‘‰ INSOMNIA SEKUNDER p**a disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang

Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.

Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit

Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Azlin Baharudin, berkata ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan.

Sumber Rujukan :

Tak tidur tiga malam tanda insomnia kronik KUALA LUMPUR: Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30