Persatuan Urutan Sukan Selangor

Persatuan Urutan Sukan Selangor

Share

Melahirkan juru urut sukan yang diiktiraf dan berkemahiran tinggi.

28/09/2026

SSMA mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarhamah dan mendoakan agar allahyarhamah ditempatkan dikalangan hambaNya yg solehah.

04/09/2026

Bagaimana Dato' Azizulhasni juga mengetahui kepentingan juru urut sukan dalam pemulihan.

24/08/2026

Cuti Peristiwa Khas khusus meraikan kemenangan luar biasa Kontinjen Negeri Selangor dalam Kejohanan SUKMA 2026 serta bagi menghargai segala sokongan dari seluruh rakyat, sukarelawan, atlet dan ibu bapa serta para petugas.

Cuti Peristiwa Khas pada 1 September 2026 bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Terima kasih semua dan tahniah !

23/08/2026
23/08/2026

Fasilitator membantu menyusun proses. Panel Pembangun NOSS p**a membawa pengalaman dan kepakaran sebenar sesuatu bidang pekerjaan.

Bagi Wakil Industri, calon hendaklah merupakan pengamal aktif dalam bidang berkaitan, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh tahun pengalaman industri serta memegang jawatan yang bersesuaian — Penyelia bagi Tahap 1 hingga Tahap 3 atau Eksekutif bagi Tahap 4 hingga Tahap 5.

Bagi Wakil Latihan, calon hendaklah aktif dalam bidang berkaitan, mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar dan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman industri.

Bagi kedua-dua kategori, kelayakan perlu dibuktikan melalui resume atau borang pencalonan, mendapat sokongan majikan serta pelepasan bertulis daripada organisasi.

Penglibatan pakar yang tepat memastikan NOSS dibangunkan berasaskan realiti pekerjaan dan keperluan sebenar industri. Kepakaran anda boleh menyumbang kepada pembentukan standard kemahiran negara.

Scan QR di poster untuk pencalonan atau klik link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc8ZBaRGP3dR3Nr3dm9Zi5xmBJocp1R7GQ68hY44ztO3MBCPg/viewform

16/08/2026

KOD ETIKA PERSONEL SPKM: INTEGRITI ADALAH TERAS KREDIBILITI KITA
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menegaskan bahawa kualiti dan kebolehpercayaan SPKM tidak boleh dikompromi.
Teras Utama Etika SPKM:
• Integriti & Ketelusan Professional: Bebas daripada sebarang pengaruh peribadi atau pihak luar
• Objektiviti Penilaian: Keputusan berdasarkan bukti keterampilan pelatih dan fakta yang sah
• Pematuhan Standard: Wajib mematuhi dasar JPK dan NOSS
• Pencegahan Rasuah: Tiada sebarang bentuk hadiah, bayaran, atau imbutan dibenarkan
• Akauntabiliti: Bertanggungjawab penuh atas setiap tindakan dan keputusan
Sama-sama kita membendung amalan tidak berintegriti demi memelihara kualiti dan kredibiliti SPKM dan TVET Negara.

Photos from PRO MMR Sport Recovery's post 12/08/2026
10/08/2026

Selamat bertugas kepada semua ahli SSMA yang terlibat dengan SUKMA 2026. Tidak kira negeri mana anda memberi khidmat, terapkan semangat kesukanan dan komitmen yang tinggi kepada negeri anda.

Selamat berjuang jua kepada semua atlet di dalam kejohanan SUKMA 2026 ini.

Jika ada yang ingin mendapatkan khidmat urutan sukan, sila pm admin 011-4002 1004

Photos from Majlis Sukan Negeri Selangor's post 19/07/2026
Photos from Persatuan Urutan Sukan Selangor 's post 14/07/2026

11 - 12 Julai 2026

Kursus Dry Needling anjuran Persatuan Urutan Sukan Selangor

Kursus ini menekankan aspek klinikal yang tinggi agar setiap peserta bukan sekadar tahu, tetapi memahami keperluan-keperluan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan dry needling. Para peserta juga melaksanakan demontrasi yang dipantau oleh tenaga pengajar Doktor Mas Adil (doktor perubatan SSMA) agar mereka lebih faham dengan teknik ini.

Para peserta berjaya menamatkan kursus dry needling selama 2 hari ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


D-11-17 Apartment Springville, Ukay Perdana
Ampang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Urutan Sukan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Ampang.