Sulu Marine Collagen - Superfood Dari Laut Sulu Marine Collagen ini didapati dari Rumpai Laut. Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan species.
Rumpai laut mungkin sesuatu yang agak asing buat kita di Semenanjung Malaysia, tetapi di kepulauan Sulu dan negara seperti Filipina dan Jepun, ia merupakan sejenis makanan yg dispesifikasikan sebagai sayur yang popular. Ia tergolong dalam kategori algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ ya
ng jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat). Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam. Ia boleh dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah. Ia tumbuh di kawasan air masin iaitu laut dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap iaitu ia bersifat ringkas, ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Disebabkan oleh itulah, Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu. Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui proses perkumuhan dan pembuangan.
7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit. Ia mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet untuk masyarakat Sulu, Filipina dan Jepun, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.