NADI MULIA JAYA

NADI MULIA JAYA

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI MULIA JAYA, Health/Beauty, No. 14g, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya, Ampang.

🌟 Nadi Mulia Jaya 🌟

🏢 Pusat Perniagaan & Perkhidmatan Profesional
📍 Alamat: 14G, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya, 68000 Ampang, Selangor
🕘 Waktu Operasi: 9:00 AM - 6:00 PM (Setiap Hari!)

Photos from NADI MULIA JAYA's post 19/08/2026

UNIFORM SEKOLAH NADI

Persiapan persekolahan kini lebih mudah untuk ibu bapa💙

Tempah sekarang, bayar secara ansuran TANPA FAEDAH — lebih mudah merancang perbelanjaan keluarga tanpa bayaran tambahan.

🧵 Dijahit oleh alumni NADI Mahir yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah.

🚚 Penghantaran percuma ke NADI — tiada caj tambahan, hanya bayar harga uniform sekolah sahaja!

📍 Dapatkan uniform sekolah NADI di NADI MULIA JAYA.

Photos from NADI MULIA JAYA's post 18/08/2026

AI FOR COMMUNITY @ NADI MULIA JAYA ✨🤖

Alhamdulillah, telah berlangsung Program AI for Community @ NADI pada Sabtu, 1 Ogos 2026 bertempat di NADI Mulia Jaya.

Program ini merupakan satu inisiatif dalam memperkenalkan dan memperkasakan komuniti dengan pengetahuan serta kemahiran berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin penting dalam kehidupan dan dunia digital masa kini. 💻📱

Melalui program ini, para peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat potensi teknologi AI serta bagaimana ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek kehidupan, pembelajaran dan penghasilan kandungan.

🌟 Memperkasakan Komuniti, Membangunkan Masa Depan AI!

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh komuniti. 💙

Photos from NADI MULIA JAYA's post 18/08/2026

📚✨ AKADEMI ASAS PENERANGAN – NADI X KOMUNITI MADANI ✨📚

Alhamdulillah, telah berlangsung Akademi Asas Penerangan – NADI X Komuniti MADANI pada Sabtu, 15 Ogos 2026, dengan penglibatan Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat bersama Komuniti MADANI.

Antara pengisian utama program adalah Pengucapan Awam, yang memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi serta penyampaian maklumat dengan lebih berkesan.

📱 Para peserta turut didedahkan kepada Mojo Journalism (Mobile Journalism) serta penggunaan Prompt dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif, menarik dan relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

Program ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti dengan kemahiran komunikasi dan digital yang bermanfaat dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

💡 Komuniti Celik Digital, Komuniti Berdaya Saing!

29/07/2026

🌟 Jom Sertai Program AI for Community @ NADI Mulia Jaya🤖✨

Assalamualaikum & salam sejahtera.

NADI Mulia Jaya menjemput semua komuniti untuk menyertai Program AI for Community @ NADI yang akan membantu anda mengenali dan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kehidupan seharian, pembelajaran serta kerjaya.

📅 Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: NADI Mulia Jaya

💡 Program ini PERCUMA dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran AI yang semakin penting pada masa kini!

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau hubungi pihak NADI Mulia Jaya untuk maklumat lanjut.

Nina-0194639353
Alya-0196715379

Tempat adalah terhad. Jom daftar sekarang dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan! 😊💙

Photos from NADI MULIA JAYA's post 15/03/2026

Alhamdulillah, Bazaar Raya NADI Mulia Jaya pada 14 Mac 2026 telah berlangsung dengan meriah 🎉
Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta dan peniaga yang memeriahkan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti:
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🎲 Permainan Tradisional (Batu Seremban & Congkak)
🛍️ Booth Jualan Usahawan Bazar Raya
🩺 Saringan Kesihatan (Tekanan Darah & Kencing Manis)

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat.
Jumpa lagi di program akan datang! 🌙✨

Photos from NADI MULIA JAYA's post 12/03/2026

JOM MERIAHKAN BAZAR RAYA NADI MULIA JAYA!🎉😍✨

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Bazaar Raya NADI yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: NADI Mulia Jaya

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
🎨 Pertandingan Mewarna
•Tahap1 & Tahap2
🎲 Pertandingan Congkak
🪨 Permainan Tradisional Batu Seremban
🛍️ Booth Jualan Raya
❤️ Saringan Kesihatan

🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang dan pengunjung!

✨ Ayuh datang beramai-ramai dan sama-sama memeriahkan suasana menjelang Hari Raya!

07/01/2026

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.

Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani.

Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home

Photos from NADI MULIA JAYA's post 17/12/2025

Hari Bersama Komuniti
13.12.2025 ✨
Bila komuniti bersatu, lebih banyak kebaikan dapat dicipta.
Terima kasih kerana bersama kami menjayakan hari yang bermakna ini.

10/12/2025

📣JEMPUTAN HARI BERSAMA KOMUNITI📣
Salam sejahtera, 🌸

Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh komuniti dan belia di sekitar NADI Mulia Jaya untuk hadir memeriahkan program:

📅 Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
🕘 Masa: 8:00 pagi – 1.00petang
📍 Tempat: NADI Mulia Jaya

Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk:
✅Kaunter pendaftaran ahli NADI & MyDigital ID
✅Mobile counter Tabung Haji
✅Saringan Kesihatan
✅Jualan Usahawan NADI
✅Kaunter Khairat Darul Ehsan
✅Kaunter MPAJ
✅Pertandingan Generate poster menggunakan AI
✅Pertandingan Mewarna
✅Perlawanan E-Sukan –
Mobile Legends: Bang Bang
✅ Cabutan bertuah

Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari komuniti NADI untuk bersama menjayakan program ini 💪💪

Terima kasih atas sokongan anda!
🙏

Sebarang pertanyaan:
0194639353 (Nina)
0196715379 (Alya)

04/12/2025

Tarikh: 4 Disember 2025

[MAKLUMAN RASMI]
Operasi NADI Mulia Jaya yang ditutup sementara berikutan laluan petugas ke NADI tidak dapat diakses akibat banjir. akan dibuka semula seperti biasa pada 5/12/2025 (esok).
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua.
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


No. 14g, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00