Khasiat Habbatussauda

Khasiat Habbatussauda

Share

Habbatussauda, kaya dengan khasiat semula jadi untuk kebaikan badan

26/09/2022

💚PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN💚

Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat

Jangan Pandang Sebelah Mata! Aterosklerosis Boleh Meragut Nyawa! - Fitpedia 24/09/2022

Jangan Pandang Sebelah Mata! Aterosklerosis Boleh Meragut Nyawa! - Fitpedia Tabiat pemakanan tidak sihat yang semakin diamalkan secara meluas oleh majoriti penduduk di Malaysia semakin membimbangkan. Bukan itu sahaja, malah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Semakan Populasi Dunia tahun 2019, penduduk di negara ini merekodkan sebanyak 15.6% kadar obesiti. ...

Penawar Segala Penyakit... 5 Kebaikan Habbatussauda Untuk Kesihatan Kita - Fitpedia 24/09/2022

Penawar Segala Penyakit... 5 Kebaikan Habbatussauda Untuk Kesihatan Kita - Fitpedia Habbatussauda dihasilkan daripada tumbuhan Nigella Sativa daripada kumpulan ‘ranunculus’ (Ranunculaceae).  Ia juga dikenali sebagai black cumin, black seed atau jintan hitam. Sejenis tumbuhan berbunga yang berasal daripada Asia Selatan. Kini, ia sudah boleh didapati di seluruh dunia termasuk ke...

20/09/2022

HABBATUSSAUDA BOLEH TINGKATKAN SISTEM IMUN!

Pernah dengar herba yang bernama habbatussauda? Sejenis herba semulajadi ini dikenali sebagai jintan hitam. Jintan hitam dianggap sebagai herba yang sangat baik dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Banyak kajian membuktikan manfaat jintan hitam bagi daya tahan serta kesihatan tubuh.

Jintan hitam mengandungi zat farmakologi aktif, seperti thymoquinone, carvacrol, dan thymol yang membuatkan sistem kekebalan tubuh semakin kuat. Jenis herba ini berfungsi dengan cara meningkatkan tindak balas sel-sel darah putih dalam melawan jangkitan serta zat-zat asing yang masuk ke dalam tubuh. Bukan itu sahaja, banyak kajian menyatakan bahawa habbatussauda membantu tubuh dalam memaksimumkan pengeluaran sel darah putih, sehingga meningkatkan daya tahan tubuh.

Bahkan bukan hanya baik untuk daya tahan tubuh anda sahaja, herba semula jadi ini juga mengandungi antioksidan dan terbukti mempunyai kemampuan sebagai antikanser, antidiabetes, antibakteria, dan anti-keradangan.

Credit Info: HelloDoktor ( https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-sihat/herba-mengekalkan-kesihatan-sepanjang-puasa/ )

19/09/2022

Rasa pedih-pedih dalam badan ni hm, gastrik ke? eh bukan GERD ke? Eh ke bukan, mcm mana nak bezakan gastrik dengan GERD?
Harini nak share mcm mana kita nak bezakan gastrik dengan GERD.

Ada orang takleh beza tau, dan ada jugak yang ingat gastrik dan GERD ni penyakit yang sama. Bukan tau! Gastrik & GERD adalah 2 penyakit yang berbeza walaupun PENYEBAB penyakit ni sama iaitu angin.

Jom cakap pasal gastrik. Dalam perut kita ada lapisan mukosa yang melindungi dinding perut. Kenapa nak lindungi? Sebab bila perut kita nak cerna dan hadam makanan, ada asid hidroklorik yang bersifat menghakis bantu pecahkan makanan yang kita makan. TAPI bila asid hidroklorik ni TAK STABIL, lapisan mukosa tdi boleh terhakis dan dinding perut boleh cedera sbb terkena asid hidroklorik. Simptom gastrik ialah pedih dalam perut, loya, perut kembung dan hilang selera makan.

GERD tu apa pulak? GERD juga dikenali sebagai penyakit refluks, ialah keradangan di dalam salur makan atau esophagus. Terjadi disebabkan oleh kandungan makanan beserta asid mengalir kembali ke esofagus dan menyebabkan iritasi dalam saluran tersebut.

Antara simptom GERD ialah, pedih ulu hati, sakit dada, kerap sendawa, pening, loya & muntah.
Haa ingat tau, gastrik pedih di perut, GERD pedih di ulu hati atau dalam dada.

Ada Banyak Khasiat Habbatus Sauda, Tapi Yang 5 Ini Paling Popular! 19/09/2022

Ada Banyak Khasiat Habbatus Sauda, Tapi Yang 5 Ini Paling Popular! Tidak dinafikan, ada banyak khasiat habbatus sauda terhadap kesihatan, terutamanya minyak habbatus sauda. Nak tahu lebih lanjut, jom baca!

Penawar Segala Penyakit... 5 Kebaikan Habbatussauda Untuk Kesihatan Kita - Fitpedia 19/09/2022

Untuk perkongsian bersama 🥰

Penawar Segala Penyakit... 5 Kebaikan Habbatussauda Untuk Kesihatan Kita - Fitpedia Habbatussauda dihasilkan daripada tumbuhan Nigella Sativa daripada kumpulan ‘ranunculus’ (Ranunculaceae).  Ia juga dikenali sebagai black cumin, black seed atau jintan hitam. Sejenis tumbuhan berbunga yang berasal daripada Asia Selatan. Kini, ia sudah boleh didapati di seluruh dunia termasuk ke...

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Arau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Arau