Resipi Sedap Lajok
resepi
16/01/2025
Resepi Rempeyek-
(Puas hati buat sendiri.Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji)
3 cawan tepung beras (sy guna cap Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu (B) tepung jagung
ยน/ยฒ cawan Ketumbar (blend kering)
1 sudu (B)jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air agakยฒ,bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat.
Bancuh sahaja semua adunan di atas.dan boleh start mgoreng.Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
Selamat mencuba
kredit: suhada gads
19/12/2024
SOTONG MASAK LEMAK PADANG
1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah
Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Perasan dengan garam
Sedia di hidangkan
Resepi Oleh : Pak Engku
19/12/2024
Sotong Bakar Thai
Bahan-Bahan:
Sotong saiz besar
Isi Udang segengam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar utk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara-cara membuat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar
Cara-cara menyumbat inti:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.
Cara-cara memasak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(sy guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.
Cara-cara membuat sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. ๐
*** Bahan2 mengikut kuantiti sotong & saiz.
Selamat Mencuba!
Kredit : Fadhilah Esa
19/12/2024
SOTONG TEPONG TAK LARI (3)
Tepung ubi + tepung jagung + tepung bestari sikit..
X meletup2, X makan minyak, rangup & elok kejadian..
Sukatan : 1 cawan tepung ubi + 1 cawan tepung jagung + 2 sudu tepung bestari
Telur sebiji
Tepung xyah bancuh..pecah telur gaul2 sotong, angkat terus golek2 dlm tepung..minyak letak banyak, bagi betoi2 panas, api jgn kuat sgt
*saya tambah 1 sudu KFC garam n black pepper tepong bistari 2 sudu makan penuh
Terima kasih Niza Nora for sharing
Resepi asal: Nurul Faidha
19/12/2024
Bahan- Bahan
1 kilo kerang
5 biji cili api - ditumbuk
2 biji cili merah- ditumbuk
1 inci belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili
3 biji limau kasturi
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos ikan
1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 ulas bawang merah hiris nipis
daun ketumbar
Cara -cara Membuatnya
1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu
3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota : masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut selera masing-masing.
Selamat Mencuba !
14/12/2024
Harnie rase nok makan gulai daging....rindu menu kenduri kawen pantai timur ..
lawan nasi Puteh + acor + sambal lada + ikan kering
๐บ Resepi Gulai Kawoh ๐บ
๐Daging sekilo ( boleh rebus dahulu )
๐Rempah gulai kawoh 50gm
๐Kerisik paket kecil..
๐Santan ( kin guna santan kotak kara kecil saja )
๐Air asam jawa
๐Kentang belah 4
๐Nisan
๐Garam kasar ( utk rase padu guna garam kasor ye )
Bahan blend
๐ bwg merah
๐ bwg putih
๐ halia
๐ lengkuas
๐ kunyit hidup
๐ belacan ckit....
Bahan tumis
๐4sekawan
๐cili kering ( blend )
๐Daun pandan ( xde pun xpe )
tumis bhn tumisan hingga naik bau masuk bhn blend dgn bancuhan rempah ...
msk dgg renehkan dgn air dahulu ( mati air org Tranung panggil ).agak kering ...masuk santan + kerisik + nisan....kalau pekat tambah air ckit lgi....masak bagi agak pekat ..kalau nak cair boleh tambah santan cair ๐
Saya guna rempah gulai kawah Terengganu ye....rempah boleh beli kat shopee ...
Selamat mencuba resepi air tgn anok Tranung kite ๐๐
13/12/2024
Resepi daging bakar Danok
Bahan perapan daging:-
-Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
-1sk sos ikan
-2 sb Sos tiram
-2@3 sb Brown sugar
-Sekeping gula melaka
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 1@2 sudu
Bahan sos:-
-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
-1@2 ulas bwg putih
-1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
-2 biji limau nipis
-1 sk brown sugar
-1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
-Chili flakes
-1 sk sos cili
-1 sk sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)
Cara2:-
-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
-Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
-Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
-Masukkan daun ketumbar yg dipotong
-Masukkan chili flakes(kalau s**a pedas boleh tambah)
-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi
~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok
# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow
# utk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging
Kredit: Fb Diaz Yushazlina
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bachok