KayDa Beauty'spa
Menyediakan Rawatan Facial yang sgt berbaloi!!
�Founder KayDa Beauty'spa
�Walkin Spa | Ke Rumah
02/02/2023
KUEH SIPUT BONDA
Bahan-Bahan:
500 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau s**a manis)
150 ml air
10 tangkai daun kari
Cara-cara:
- Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
- Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
- Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
- Masukkan hirisan daun kari.
- Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
- Rehatkan doh seketika.
- Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
- Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..
Kredit : Ummu Hana
02/02/2023
RESEPI CHICKEN CHOP RANGUP
Bahan-bahan:
* 1 keping bahagian dada ayam
* 1 biji telur
* 1 sudu tepung bestari
* 1 sudu tepung ubi
* Serbuk roti secukupnya
* Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Celupkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam.
2. Gaulkan sehingga agak pekat – boleh tambahkan tepung jika masih cair
3. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan bersama mayonis atau cheezy mayo
Kredit: Kak Haney
02/02/2023
Popia & Tauhu Sumbat
Bahan-bahan:
* Kulit popia
* Taugeh
* Timun
* Lobak
Cara-cara:
1. Ambil kulit popia dan letak sayur2 diatas
2. Gulungkan dan penghujung kulit nanti tacapkan dengan air sebagai gam kulit popia
3. Goreng, bila dah masak toskan minyak
Bahan Kuah:
* Cili kering, bawang putih, bawang besar (diblend)
* Sos cili
* Gula merah
* Gula pasir
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar
2. Bila cili dah agak masak, masukkan sedikit air, sos dan perasakan dengan garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan
Nota: pesan arwah mak saya, lepas popia dah masak tegakkannya untuk toskan minyak supaya kekal ranggup bila dah sejuk. Boleh juga gunakan cara ini untuk buat Tauhu Sumbat
Kredit: suisna aliezsha
01/02/2023
Letih la asyik kempunan ja nak makan, boleh dh buat sendiri😋
Resepi Asam Laksa Original Versi Cina
Bahan-Bahan Pes:
Bawang besar
Bawang merah
Bunga kantan sebatang
Kunyit hidup size jari kelingking
Lengkuas size ibu jari
Serai 5 batang
Asam keping 10 keping
Cili merah
Cili kering
Belacan 2 sudu besar (bakar)
Bahan-Bahan Sampingan:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Timun
Salad
Bawang
Cili api
Cara-Caranya:
1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.
2. Tumis sehingga naik bau.
3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini p**a:
Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum
4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
(Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit saja. Cuci bersih rebus sampai masak. Ikan sardin/selayang pun sedap)
5. Kemudian masukkan semua air rebusan ikan tadi. Tambahkan juga air sehingga kuah tidak terlalu pekat dan tidak cair.
6. Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2 hingga 3 sudu besar serta perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.
7. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.
[Resepi: Faiza Halim]
01/02/2023
01/02/2023
Kek Batik isteri saya buat.
Topping @ Ganache saya buat.
KEK BATIK
Bahan2:-
2 paket biskut marie
1 cwn penuh serbuk koko
1 cwn penuh butter
1 cwn penuh gula
1 cwn penuh air
Topping:-
1 cwn serbuk koko
3/4 cwn minyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn susu cair
Secubit garam
Cara2nya :-
1. Masukkan semua bahan (kecuali biskut marie & bahan topping) dlm kuali, api perlahan.
2. Gaul sebati sampai tak berketul.
3. Patah 2 biskut marie, masuk dlm adunan & gaul rata.
4. Bila dah kacau rata biskut marie, masukkan dlm loyang (sy pakai loyang 10x10) & tekan2 bg padat. Biarkan seketika. Kita buat topping p**a.
5. Masukkan bahan topping dlm periuk dgn api kecil (guna kaedah double boil).
6. Kacau hingga sebati & rata, tutup api. Then blh curah ats adunan biskut marie tadi.
7. Masuk dlm peti ais. Biar sejuk lebih 5jam. Siap!
Tips: Serbuk koko bergantung pada kita nak super sedap gunalah serbuk koko yg berjenama ye.. Lepas tu susu cair tu fungsinya utk kita ejas nak pekat atau cair sos tu nnt. Nak pekat boleh kurangkan. Nak cair boleh lebihkan. Minyak tu saya gun canola nk guna jagung ke mathari ke sawit ke tak kisahkan ikut selera sendiri. Garam penting utk letak supaya taklah rasa manis saja kat coklat sos @ ganche tu nnt. Susu pekat pun boleh ejas sikit kalau taknk manis. Tapi kalau tak sama kejadiannya jgn salahkan resepi ya. Juga boleh tambahkan serbuk nescafe utk naikkan rasa dan juga boleh tabur badam@kacang tanah bakar atasnya utk rasa lemak kacang. Nak masukkan kekacang dlm biskut pun boleh. Mmg sedap ada rasa lemak kekacang.. Try la. Yg nk guna coklat compund/coins/bar ikut la ya. Pun boleh dan jadi.. Tapi tak sama mcm dlm gambar la.
Selamat mencuba
Kredit : Shobri Aziz
01/02/2023
31/01/2023
RESEPI MINI NAN CHEESE
Bahan A:
11 gr/1 peket yis
2 sdm gula
1 sdm susu pekat
3/4 cawan air suam
Bahan B:
2 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
2 sudu besar marjerin
secubit garam
cheese, boleh guna mozzarella atau cheddar
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk, biarkan selama 10 minit.
2. Gaul marjerin, garam dan tepung gandum.
Masukkan campuran yis, uli selama lebih kurang 15 minit sehingga adunan tak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 45 min.
Tumbuk doh untuk buang angin.
Bahagikan doh lepada 6 bahagian dan bentukkan bulat.
4. Gelek dengan roller dan letak cheese. Bulatkan dan gelek semula.
Rehatkan doh sekejap.
5. Masak diatas kuali non-stick, tak payah sapu minyak. Masak dengan api yang terkecil sekali, tutup kuali.
Masak sehingga kedua belah permukaan roti nampak keperangan.
6. Setelah masak boleh sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.
Hidangkan dengan kuah kari.
Credit to owner
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 168-A(Kedai) Hadapan Pasar Minggu
Bachok
16020