Urut, Bekam dan Spa Lelaki Kelantan
Lelaki juga perlukan penjagaan kesihatan yang rapi.. mahu ubah penampilan dan keyakinan diri anda ?
30/06/2023
Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidiladha
1444H/2023
Semoga Aidiladha kali ini membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untuk kita. Semoga kita semua dilimpahi Hidayah, Rahmat, Keberkatan dan Keredhaan oleh Allah SWT. Aminn
28/05/2023
pakej urut dan bekam hari ini...
22/05/2023
pakaj urut dan bekam pagi ni...
pakej serendah RM120 sahaja..,😘
21/05/2023
bekam kepala tanpa cukur..
21/05/2023
PUSAT URUT BEKAM DAN SPA LELAKI KELANTAN
Assalamualaikum warga kelantan & sekitar.. untuk makluman semua PUSAT URUT BEKAM DAN SPA LELAKI KELANTAN kini telah kembali beroperasi semula.. untuk kali ini kami juga menawarkan harga pakej paling tidak masuk akal untuk SETIAP PAKEJ DIBAWAH 👇👇👇
Pakej ☝️ : Urut Fullbody & Batin
Pakej ✌️ : Bekam Angin & Darah
SETIAP PAKEJ HANYA BERHARGA :
❗️❗️R M 8 0 . 0 0❗️❗️
❗️❗️R M 8 0 . 0 0❗️❗️
❗️❗️R M 8 0 . 0 0❗️❗️
Utk booking slot, buleh terus call or WhatsApp Abe
P/s : Kami juga menyediakan khidmat bekam bergerak ke rumah anda sekitar kawasan Bachok, Beris, Binjai, Kubang Kerian dan sehaluan dengan nya..
WhatsApp.my/60148080483
WhatsApp.my/601155049775
21/05/2023
mandi wap herba..
21/04/2022
Assalamualaikum
7 Persoalan Anda Mengenai Sunnah Bekam Yang Semakin Dilupakan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan pembakaran dengan api panas (kay). Sesungguhnya, aku melarang umatku daripada berubat dengan kay.”Hadis Sahih Bukhari
Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia, termasuklah dari sudut kesihatan. Tahukah anda, terdapat satu rawatan alternatif yang dinamakan sebagai ‘bekam’?
Mungkin ada segelintir daripada kalangan pembaca sudah pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan, mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak berbahayakah untuk kesihatan?
Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam;
#1 – Apa Itu Bekam?
Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.
#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?
Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”Hadis Riwayat Abu Daud
Mengenai hari-hari dalam seminggu, dari Nafi’ dari Umar r.a yang berkata;
“Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari Allah s.w.t pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan Allah s.w.t menimpakan penyakit padanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang biasanya muncul pada hari Rabu atau malam Rabu.”Riwayat Ibnu Majah
#3 – Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?
Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.
Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.
#4 – Bagaimana Kaedah Bekam Menurut Islam?
Pada zaman Rasulullah s.a.w, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.
Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet.
#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?
Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;
– Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah s.a.w.
– Membantu melancarkan peredaran darah.
– Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
– Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
– Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes)
– Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
– Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
– Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
– Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak lagi manfaatnya.
#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?
Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.
#7 – Selamatkah Bekam?
InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.
Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.
Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah s.a.w yang jarang diwar-warkan. Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?
Bersamalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini, mudah-mudahan beroleh keberkatan kerana menyahut seruan Baginda s.a.w. Wallahualam
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Kok Lentang Gunong
Bachok
16090
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 22:00 |
| Tuesday | 10:00 - 22:00 |
| Wednesday | 10:00 - 22:00 |
| Thursday | 10:00 - 22:00 |
| Friday | 10:00 - 22:00 |
| Saturday | 10:00 - 22:00 |
| Sunday | 10:00 - 22:00 |